Pages

Perkara-perkara yang menghindar pemblogan

Tuesday, June 25, 2019

1. MEDIA SOSIAL LAIN

Hampir 18 tahun dahulu, ketika aku mula berblogging, yang beraja di alam maya adalah myspace, friendster, yahoo search dan laman-laman blog. Pada waktu itu seorang anonimus lancang namun considerate seperti aku lebih sukakan platform bertabir, jadi blog adalah lembar terbaik untuk mengekspresi diri, meluah benda-benda trivial yang bersarang di minda tanpa diketahui atau dihakimi sesiapa. Aku bermula dengan Mindsay (rip) dan setelah berjumpa Blogger, well, jatuh cinta dan the rest is history.
Aku berjaya mengekalkan morotarium tak bertempoh tamat untuk pelbagai media sosial, termasuk twitter. Yang terhasut adalah facebook kerana teman uni dan sekolah ramai di sana (kalau tidak, tak bermasyarakatlah aku! #ambivertyangintrovert). Hanya facebook dan blog ini selama bertahun, hinggalah terseru mengepos gambar dalam medium fotografi minimalis baru di 2010, Instagram.
Itulah titik punca keruntuhan konsistensi posting blog ini.

Tak lama selepas itu hobi DIY dan menjahit memperkenal Pinterest pada aku. Urgh. Goodbye actual scrapbooks and moodboards (ya, aku buat semua ini dahulu)

Jangan ceritalah tentang podcast yang menggantikan pembacaan buku fizikal, fmovies dan kemudian netflix membantut keinginan interaksi kemanusiaan.
Urgh.

Social media are demons, people. Avoid!

(Namun esok pagi-pagi aku akan teruskan rutin dengar klip TEDtalk atau DeeKosh atau The Real di Youtube sambil mandi)



2. HOBI BARU

...atau hobi lama yang hidup kembali. Aku akan melalui sawan menjahit dalam fasa-fasa sporadik hidup. Ketika membesar, mak menjahit baju kurung raya dan baju sekolah kami since I can remember, dan jauh di sudut hati si gemok darjah 6 (di waktu itu) aku impikan skil hebat merekacipta pakaian supaya aku tak perlu pakai jeans lelaki yang bapak beli di Giant sebab di zaman itu, baju perempuan yang lebih besar dari saiz badan kanak-kanak kilang Guangzhou almost non-existent. Nak tempah, mmmm rasanya istilah itu taqk wujud dalam keadaan ekonomi keluarga kami. Alhamdulillah  mak bapak pastikan kami cukup makan (kalau tidak, tak lah aku agam, kan?) namun untuk lebih dari itu, tak ada.

Oppsss, I digress. Rumusannya:

  • Darjah 6 - sertai kelab menjahit yang asyik buat cross-stitch. Lepas 4 bulan, aku lari dan join kelab kebudayaan
  • Tingkatan 2 - purse dari perca jeans dan duct tape
  • Uni - DIY t-shirt potong, beg jeans + pencil cases
  • 2016 - actually bought a cheap sewing machine, beli kain berlambak gila dan berjaya jahit one flair skirt dan 2 simple tops in the first 2 weeks, hanya dengan belasah dan youtube. Weeehhhhh it's possible

Ps: Tahun ni tak jahit apa lagi. Pffttttt




3. BANYAK KEMBARA

Secara teorinya, banyak berjalanlah dapat banyak bahan untuk menulis. Which is true... tapi setelah beberapa kali berjalan dan gagal menulis tentangnya, aku perasan bahawa paten aku adalah:

Niat nak blog or write a book abt it later - conciously start catit dan snap pics benda2 yang jadi di awal perjalanan - wah! wow! this is awesome - terkagum dengan segalanya - lupa nak catat apa-apa - ok lah let'a just live in the moment - balik dan menyesal >_<




4. PROGRES KERJA

Sebagai seorang penulis, aku menulis setiap hari, perlu fikir dan luah idea setiap masa dan juga buat kerja-kerja editorial dan mentor penulis junior lain.
Makanya sesudah berkerja, otak aku lebih gemar mencari alternatif yang tidak melibatkan lebih banyak penulisan.

Nota: alhamdulillah, aku lalui pelbagai perkembangan lateral dan vertikal dalam rezeki kerjaya aku.  Buat masa ini aku sedang melalui fasa menilai semula pilihan jalan di depan, namun ya, syukur that I had it good the past 12 years or so.



Dan
5. JUMPA SESEORANG, RAJIN DATING DAN KAHWIN. 

4 comments:

تاج للخدمات المنزلية said...


شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالاحساء


شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر
شركة المثالية للتنظيف بالجبيل
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف

تاج للخدمات المنزلية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر

Alexa said...

Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

WHATSAPP : +6285921063064
BBM : SENTA88
LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

AGEN POKER TERPERCAYA
SITUS POKER ONLINE RESMI

عبده العمراوى said...




شركة تسليك مجارى بالاحساء
شركة تنظيف منازل بالنعيرية