Pages

Phoenix

Thursday, April 28, 2016

She begins to unravel the long brown cloth wrapping her head of hair
She shivers
Her toes curl on the gravel under her feet
The moon slumbers
As he slips every single button, his hands taunt her resolve
Each pop resounds in her mind playing a reel she thought long dismissed
His caresses blind her
(He cheated!)
His gaze enthrals her
(He crushed your dreams!)
His whispers sink her--
(He betrayed your trust!)
down into a bottomless pit of desire and longing and missing and

She doesn't want to remember
The remnants of her glowing strength has turn to ember
Seethes red, soon grey, to turn to ashes, scatters
This is her moratorium to anything and everything him
The last light impales on his lust
She will take it, use it, she will fuel her own until her baskets of weave adorns out in wreaths that hangs on their casket
She begins to wrap her long brown cloth of doggedness on her broken nature

She rises.

PJ 27042016

Lagu Hari Sabtu

Kegagalan

Tuesday, April 12, 2016

Looks like my One Post A Day April is not going as good as I thought it would. Crap.




Obsesi masakini

Perot

Friday, April 08, 2016


It's official, we are expecting!

Tolong carikan seorang Dax

Thursday, April 07, 2016

... sebab video ini adalah genius.

Sekarang saya perlukan seorang Dax yang boleh sama-sama jalan-jalan kero. Tak payah artis, orang biasa sederhana dah cukup. Thanks, god. :)


PRC, tobat taknak plis

Wednesday, April 06, 2016

Sejak dua menjak ni banyak betul cerita pasal tourists dari China yang membuat onar, kan? Setahun dua dulu, paling-paling pun nampak artikel luahan rasa dari Singaporeans pasal teruknya pelancong dari People's Republic of China ni, masa tu memang sekadar baca dan geleng saja, Tapi sekarang, haih dah mula rasa bahangnya sebab dah tertepek kat muka sendiri dua tiga kali.

Pengalaman aku dengan PRC setakat ini belum hardcore lagi, tapi aku rasa elok jugak kongsi just in case ada yang berdepan dengan situasi yang sama.

..

Kes satu -- comolot tak hengat
Haaaaaaaa ni tak sama kan dengan kebanyakan luahan orang? Ni kejadian betul-betul ok. Aku naik Air Asia dari Beijing pulang ke KL, 2014. Sebab berseorangan, aku book window seat. Aku bersebelahan dengan pasangan muda dari China, rasanya umur lewat 20an kot. Masa mula-mula duduk, dok pegang-pegang, usap muka bagai. Aku buat dek je la pasal buat apa nak port hal orang kan. Budaya dia pun tak kesah gitu so aku pandang laur je la. Tapi makin lama makin meriah pulak aktiviti gatal diorang dan tetiba dok comolot dengan penuh kegembiraan. Aku berdehem pun tak faham. Berenti kejap, lepas tu mula balik. Flight full gila so aku yakin tak dapat tukar seat kalau request. Punyalah tak selesa, tapi sebab aku pun dah penat gila transit 8 jam kat airport, aku tido je terus.Percaya tak kalau aku kata. bila aku terjaga in between sleep, masih meraba comolot! Dah nak mendarat pun massihhhhhhhhhh.nasib baik takde rabaan dasyat atau any other sexual act. kalau tak, mau aku tetiba masuk seru pondan mualaf.


Ni dah kenapa pulak meromen apple. Haih la PRC people.




Kes dua -- I want now, now!
Ini masa aku pergi Jepun haritu. Masuk kapal terbang segerombolan, tolak-tolak dan potong queue. Ok kita passanger lain anggap itu sifat kiasu pakcik makcik je la so takat roll eyes je. Pastu dah elok kitorang duduk, terdengan commotion kat belakang. Tiga orang mat saleh berdiri kebingungan sambil tunjuk tiket kat stewardess. Rupanya group ni nak duduk sama-sama so selamba dia duduk hot seat. Taknak bangun, malah naik suara lagi.

"I'm sorry Sir, these seats are booked seats. You'll have to sit according to your ticket number."
"No, I want wosheblablablabla" sambung cakap in Mandarin.
"Sorry Sir you need to move to your seats, see, it's there," pramugari tunjuk seat tengah.
"No! I want now. Now!"

Satu hal. Lama kot delay. Dalam 20 minit nak tunggu diorang habis bertengkar. Lepas tu bila dah berjaya pindahkan ke seat sepatutnya, dengan konfiden dia bukak topi dengan coat, sidai kat seat depan. Pastu makan kuaci yeeeeeee. Makan kuaci riang-ria sambil borak kuat-kuat. Hari tu, aku bersyukur sangat aku tak dapat seat sebelah diorang. Tutup muka dengan jacket and tido.
Sampai KL semua orang bagi the PRCs turun dulu, dan wah aftermath kuaci dia... sungguh menyedihkan. Kesian cleaning crew.

Nasib baik la tak jadi macam kes gambar ni. 
Mengamuk pastu disimbahnya muka pramugari tu dengan megi berkuah panas.  



Kes tiga - Queue ini, bapak aku yang punya.
Bangkok, beratur nak balut beg. Kitorang dah beratur lama kot, 2-3 orang kat depan, Tetiba elok je orang depan angkat beg turun dari tenpat cling wrap tu, sruuiittttttt entah dari mana datang dua malaun PRC berdesup menyelinap tepi kitorang dan letak beg atas kaunter tu terus. Kebetulan mamat balut tu memang nampak agak melankoli jadi mungkin dia malas nak bising. Dia balut je. Si Nurul apa lagi, dah la tengah lapar, shopping baju tak dapat, lepas tu kena potong queue. Hampir-hampir je dimaki minah tu. Tapi sabarrrrrr.

Nurul masuk toilet. Sorang makcik PRC dengan konfiden tak beratur, masuk cubicle yang baru kosong. Nurul geleng. Dia masuk cubicle sebelah. Tetiba praanngggg! botol kaca terhempas ke lantai dalam cubicle sebelah, bersepai masuk cubicle Nurul. Nasib baik tak luka. Rupanya botol minuman kaca makcik PRC tu, dan dengan selamba dia keluar, membebel, basuh tangan dan blah. Takde pun nak alert orang pasal kaca tu. Nurul berasap.

Sekali masa beratur nak check in beg, kedepok geng ahso PRC pakai rempuh aku dan Nurul untuk potong queue. Akhirnya Nurul dah tak tahan. "Eyyy jahanam la. pukimak babiiiiiiiiiiiiiiiiii." Tapi senyap-senyap je dia cakap pasal Nurul bersopan. Tak macam PRC. Hahahahaha.


Aku nak naik dulu! Tak, aku! Aku! Aku! KKhhhaaaakkk tui (diorang suka ludah merata) 




Kesimpulannya, aku bernasib baik sebab dugaan PRc aku tak seteruk kes PRC berak atas carpet dalam flight ataupun kena siku pasal nak rebut makanan. Hopefully, as they spread their wings accross the world, diorang boleh la belajar bertamadun sikit. Kesian bila PRC kena lump dalam satu group 'jahanam' padahal mesti ada PRC yang watlekwatpis.

Paling penting sekali, kita jangan bila pergi negara orang, terus lupa adat dan adab. Just because nobody knows you there, doesn't mean people won't say shit when you act like an asshole. Nanti jadi balik kat kita, padan muka.


Seronoknyaaaaaaa!

Tuesday, April 05, 2016

Tengok kawan aku si Ida Yunus Out of My Mind mengembara panjang sekali lagi tahun ini membuat aku rasa sungguhlah jealous baq hang! Tapi ni jealous versi gembira, kagum dan teringin, bukanlah jenis jaki tu.


A photo posted by @idayunusz on


Ida ni memang kaki travel yang cukup aku salute. Dialah yang jebakkan aku travel jauh-jauh-jauh ke tempat ayng aku rasa macam tak tercapai dek kemampuan. Dia juga tunjuk macamana dengan bajet ciput pun kita boleh teroka bumi ni, asalkan buat research jitu. Banyak keberanian berjalan aku, aku dapat selepas observe dan borak-borak dengan Ida.


A photo posted by @idayunusz on


Dua tahun lepas, dia complete Trans-Siberian railway sendirian lepas kami berpisah di Mongolia. Dari Russia dia sambung pulak ke negara Eropah lain. Tahun ni, sekali lagi dia melalui Tran-Siberia dengan membawa krew TV. Selesai kembara sebulan dengan geng TV tu, dia teruskan pula ke Itali, dan sekarang ni dah ada di Iceland. Kuaajjaq dah dapat layan Aurora Borealis! Hebak mu!


A photo posted by @idayunusz on


Aku nak cerita panjang-panjang, rasanya macam tak do Ida any justice. Jadi aku nak syorkan korang pergi la follow dia kat Instagram dia.

Ida, aku jelessssssss! 2017 kembara besar kita, jangan tak jadi huarh huaghhhhhhh




 

A Blogpost A Day April

Monday, April 04, 2016

Alkisahnyaaaaaa....
Dah berapa bulan dah ha, dah masuk April pun tapi apa benda pun tak ber'update'. Memang susah sangat nak patah balik ke dunia blog especially bila sekarang ni ada banyak media ekspresi/royanan digital seperti Instagram, Whatsapp... semuanya cepat, pantas, ringkas. Zaman aku aktif berblog dulu, yang ada cuma FB dan content FB aku pendek dan ringkas (seperti IG aku sekarang) jadi ruang membebel dan kongsi minda aku adalah blog. Jadi bila platform bebelan dah ada banyak, dan dah dipecah-pecahkan ikut intensiti dan khalayak yang berbeza, maka kuranglah isi untuk blog. Dari pemerhatian entri dua tahun kebelakangan ni... memang sungguh tak ada isi untuk blog hahhaah.

Semalam adik ipar aku tiba-tiba mentioned that he found this blog (aku yakin via googling azyze lah tu hahaahah) dan entah kenapa aku rasa macam eeerrrrrrrrrkkkkkkkkkkkkk alamak ini diari aku dari zaman post-uni! Terkelendat kejap sebab kalau korang baca dari awal (2003 rasanya), memang perubahan aku agak progeresif. Rasa segan pun ada, rasa kagum pun ada... tapi yang utamanya adalah rasa rindu. Seriosa tetiba rasa rindu bila dia tanya "Are you still writing there?"

Hakikatnya aku ni cuma dua-tiga entri sahaja setahun, sekarang. Sedih sungguh.
Kena buat sesuatu.


Jadi, mengambil inspirasi dari VEODA (Video A Day April) di Youtube, aku akan dedikasikan April sebagai cabaran satu posting setiap hari. bayangkan 30 entri berturut-turut. Boleh pecahkan rekod tahun lepas dan sebelumnya, hahah! Jadi yes, mulai hari ini, ini dia posting kickstart April. Dan sebagai content, nah lagu yang buat masa sekarang menghuni kepala hotak aku. Oldie but Goldie nih. Sapa tak layan memang rugi.

(Mungkin boleh mula kembali posting lagu Sabtu, macam dulu)




Selamat April, jiwa!

Objektif #1, setel!

Sunday, April 03, 2016



Pejabbat? 



Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa Sasaran 2016 pertama telahpun berjaya dirangkumkan, alhamdulillah!

Berbaloi merendam perasaan berjimba, menyekat nafsu berbelanja dan menyumbang ribuan setiap bulan... syukur dipermudahkan.

Bebas dari rantaian pinjaman pembelajaran. Sungguh liberating! Terima kasih PTPTN kerana bagi aku peluang menghabiskan Diploma. Tak ada diploma, maka tak adalah peluang sambung degree. Alhamdulillah degree dulu berbiasiswa JPA. Jika tidak... adoi. Mungkin aku sampai ke tua tak selesai.

Sekarang, masa fikir mahu menambah hutang duniawi (kereta) atau tidak. Hahaha.
*Gali lubang tutup lubang*

Hijrah hati, edisi lampau

Saturday, April 02, 2016

Di tengah Gurun Gobi, Mongolia. Mac 2014. 


Genap 2 tahun lalu, kembara backpacking pertama aku dari Beijing ke Gobi. Sungguh rindu momen luar kebiasaan dan trankuiliti yang aku lalui. Semuanya asing dan cukup mentenaga jiwa aku yang haus.

Tahun ini seperti tak ada senggang untuk aku berkelana panjang mahupun luas. Tak apalah. Kita throwback banyak-bayak dalam kepala.
Hehe.

Bayer-lah for the memories, Mongolia.

Definisi minda mengikut senarai baca kamu

Friday, April 01, 2016

Sesuatu dari masa silam, tiba-tiba rasa seperti mahu buat. 


1. Grab the nearest book. 
2. Open the book to page 123. 
3. Find the fifth sentence. 
4. Post the text of the sentence in a reply to my journal and in your journal along with these instructions. 
5. Don't search around and look for the "coolest" book you can find. Do what's actually next to you. 


My sentence: 
Calmly talking  ten to the dozen, he introduces me, reels off an item code, price and phone number, and before I know it it's over to me to describe the brand and explain why this necklace is unique. 

- Artikel 'Lights, Camera, QVC!' oleh Sali Hughes dari majalah Glamour UK.