Pages

5 kejadian harapan untuk 2016

Monday, January 04, 2016

Okay bebop, dah cerita retrospektif, kena cerita sikit harapan.

Sebenarnya tahun lepas aku tak letak target spesifik untuk dipenuhi, dan itu adalah antara sebab utama (aku rasa la) 2015 rasa hambar without much achievements. So tahun ni aku nak letak sikit... tapi kita ambik target realistik la supaya tak rasa loser kuasa 8. Lebih parah kang kalau tak rasa apa (pengsan)


5 HARAPAN 2016


1. Selesaikan PTPTN

Murni ke idok? Segan wei, tak buat diploma maka tak dapat la aku naik degree, grad, keje bagus, beli rumah, jalan merata, beli baju... jadi aku akan langsaikan hutang diploma yang masih berkepok tu. Bila dah settle kang, baru lega nak buat plan travel yang extensive dan expensive skit. Sekarang ni asal aku berangan je nak travel, ada suara kecik kata "Woi tak malu, PTPTN tak bayar tapi berjimba boleh! Tak sabar PTPTN cari kat Padang Masyar ke"

Ada satu akak dalam tren yang keje SSPN cakap kat aku "Memang la banyak. tapi kalau ko tak bersungguh bayar, takat seratus dua je sebulan, lambat la habis. Tak start, tak bersungguh, mana nak setel. Nanti anak-anak ko blacklisted pasal ko."

Terus terfikir anak-anak Eze / Fina/ Am. Lagipun, kalau diorang buat kat anak aku, memang aku mengamuk, jadi mari jadi contoh baik.

Aku target selesaikan semuanya pada Mac 2016. Ini aku la, rasa aku. Korang kalau berjimba tapi tak bayar itu up to korang la. Jangan lupa.. tak mampu, dengan tak mampu pasal dah guna untuk berjimba, lain ye. Aku tak judge tau. Aku senyum je hehehe



2. Settlekan sinus

As I'm typing this, my runny nose has tissues up both holes, I'm developing a fever, fingers are cold and eyes are sore. Semuanya pasal sinus. Flu menjadi-jadi dengan purata 1 minggu sihat, 3 minggu sakit tapi mampu keje, 1 minggu sakit terdampar dalam sebulan (tapi tak straight shot la). Jadi itu sungguh tak efisyen, rekod pejabat yang memalukan serta menyakitkan -- sangat menyakitkan. Migraine dah macam tag team dan aku dah tak larat lah nak tanggung bersin teruk pagi-pagi dan tidur malam yang tak nyenyak langsung. This has to end. Mungkin Februari? Jan ada important event jadi hold out sikit till Feb.


3. Kurangkan or pangkah terus instant noodles / kiub ayam / sodium laden processed food

Kalau ikutkan, takdelah banyak sangat. Bukan setiap hari tapi dari tak makan langsung in 2011-2012, sekarang makan ring ria. Ohhhhh no no no. Aku perasan lidah aku macam dah mula rasa bluekkkk kat that msg-fake taste so that's a good sign. 



4. Kurangkan kopi 
Lebihkan green tea dan roibos, homemade green & fruit juices serta minuman lain yang tak banyak gula / caffeine. 



5. Selesaikan cat rumah & gantung semua benda

Kalau adik aku, dia akan cakap pemalas harooommm dah ni. Sejak masuk dok kampul-kumpul frames la hape la, sekarang ni semua tu dok kumpul habuk. Partly because I can't make my mind up with the paint / layout, partly because i don't have enough money to get furnitures for the other rooms properly installed, and the dark stylings I like will require air-conditioning, which, I'm not ready to commit to paying. Tapi tahun ni kena jugak! Nah mask 4 tahun kot!   



Ok itu je. 
Panjang-panjang kang tak achieve, malu. Heheheh.





2 comments:

deeps said...

happy new year
hope you are feeling much better

azyze said...

Deeps:
Thanks!
Still sick but i'm trying to look on the bright side. You have a great year too :)