Pages

2015: Dalam Retrospektif

Monday, January 04, 2016

Whoaaaaaaaaa. Dah nak masuk 2016!

You know that saying "time flies when you're having fun"? Well, when you're an adult, time flies,  period. Seriosa, the wheel of everything seems to be turning at full speed, and between your routine work and personal life, there's little you can do. In my case, since work dominates my workday waking hours, and with weekends being recuperation time... I barely noticed the time drain. MAJOR IGNORANCE.

So now, after 5 lacklustre posts in 2015, I am saddled with the 'responsibility' of recapturing the highlights of the year. Why am I doing this, you may ask, when it seems to burden me? Well, this is for the future, so that future me will be able to look back through the blog archive and not feel like an ass for not noting the good, the bad and the inspiring things that moulded me into my future self.

Does that make sense? Well, future me would say yes. I think.

Honestly, melihat secara kasar, aku tak rasa aku ada cukup perkara untuk lengkapkan 10 perkara untuk senarai ni. Kau nak tahu sedih tu apa? Sedih tu bila kau tak perasan berlakunya benda-benda ajaib dalam hidup. Which means, aku mungkin tak cukup kerap bersyukur, atau tak cukup kerap berhenti to smell the flowers (or coffee). Terrifying, and these are points to ponder in the future. Sigh. But alas, I will try.

So anyway, here we go


6 RANDOM THINGS THAT HAPPENED IN 2015:

1. Solo Backpacking ke Jepun!




I can now officially stike 2 items off my bucket list -- 1. Kembali ke Jepun, dan 2. Mengembara solo. Wohooo sangat menggembirakan okay! Sedikit intro tentang trip ke Jepun in a nutshell di di sini
Seperti yang dijanjikan, soon I will write a complete post on my short and sweet Japanese trip. Tungguuuuu (matila tunggu lagi katanya ahahaha)

Istimewanya trip ini dengan trip backpacking aku, selain it's my first solo one, adalah dapat berjumpa semula dengan keluarga angkat yang menjaga aku selama aku di sana pada 1998 atas aktiviti pertukaran pelajar. Berjumpa dengan Chisato / Chie-san, oka-san dan anak-anak Chie maman cukup menggembirakan sebab kami dah lama terputus hubungan. Sehari sebelum aku pergi (sebab ini trip megejut so take masa nak plan), aku gamble hantar mesej pada semua Chisato Mizutani yang ada di FB serta hantar surat ke alamat lama mereka. Kami hampir tak berjumpa, mujur Chie membalas emel aku pada hari kedua aku di Kyoto... dan mereka turun ke Kyoto dari Kamigori semana-mata untuk berjumpa! Duit shinkansen mahal kot, tapi mereka tetap berbesar hati datang. Kami hanya bersama buat beberapa jam tapi aku rasa cukup happy. Selepas 17 tahun oiiiii, Chisato pun day beranak 3 kot! Hahahahaha. Memang one of my best memories in 2015 ni.

p/s: satu lagi trip, Bangkok Nov 2015 dengan Nurul & Yuzrol. Layaannnn #museummayat!




2. The wolf pack got expanded!


Siap photo session kat France, Switzerland bagai... Kau ado? Aku pun takdo

Hahahahahaha, indeed! Yep, one of my sisters got married. Finally ada jugak kenduri dalam keluarga Encik E dan Puan S. Ez was a beautifulllllllllll bride, and I couldn't be happier -- her husband Fr is a very sporting, fun man who is kind and worships my sister like Kanye worships Kim (haaa tak tahan kan, KimK hahaha).

Kami sekeluarga gembira tengok Ez & Fr together, they are truly made for each other. It's amazing how he is adapting fast to the family, he's an only child so rasanya mesti dia awkward gila kot masa mula-mula kenal and kawen dengan Ez. Being a family of 6, we have our individual quirks and baggages (what family doesn't) but he seems aiight. And my sister, she's also adapting to a family that's used to being a nucleus unit, it is not easy to let someone disrupt that tight of a unit... so baguslah, sama-sama belajar menyesuaikan diri, coz this, this is for life. Looking at the both of them, it's surely for life :)

How has it changed me? Memula happy gila, lepas tu going towards the nikah date I was overwhelmed with kakak pengantin jitters -- you know, the reality that I won't have my best sibling-friend for random dinners / outings / bitching sessions... and after the wedding, happy happy the pressure is off my back hahaahah

Sekarang ni kena remind that everything I have in sixes -- pinggan mangkuk, lapik meja, beli souvenir, semua dah jadi 7 heheeheh

Ez & Fr. All the love in the world, to the moon and back. I'm a proud sister :)





3. Asik makannnnn je 


Some of the wonderful eats: The best Unagi Don evah! at Tokyo's Tsukiji Market, 
green flatbread pizza at Tous le Jour and Thai food at Rosdet Kampung Baru   


Ok, this point will one day come back and bite me in the ass, and could probably also evoke a "You should've stopped, you saw all the signs!" by the doctor. Yes, I am guilty of cooking awesome food and indulging in wonderful gastronomical experiences... well, basically,  just plain gluttony.

Weh, makan itu best. Seriously.

Lebih mengasyikkan bila kita tetiba ada geng makan -- tiba-tiba kejadian trip surprise makan adhoc yang sepatutnya tangling terjadi Johor-Melaka-Kuala Lumpur jadi katalis kepada banyak sesi makan berkumpulan yang lain.

Tapi aktiviti ni serampang dua mata, uols, dan mata satu lagi is fucking my body baddddd.

Satu benda aku kena mengaku, I've been using food as comfort and nowadays aku perasan aku jadik jittery bila takde benda nak munch throughout the day. Apape je la, kepok, buah, apape. And I'm chugging waayyyyy too much coffee and other sugary stuff (damn you milo kaw). This has to stop. I do this to myself, so I gotta take control.

Maybe after this mug of milo o.



4. Doodling & Inktober


One of the recent doodles in case you are wondering how my time wasting stuff looks like

Inktober yang best gilos! First time participating and rasanya aku churned out minimum 2 intricate doodles dalam seminggu, strictly drawn masa dalam commuter / LRT atau sebelum tidur. I also did this with an online friend, we shared our efforts so ada la motivasi skit. I've continued doodling and am now getting good at just free-handling them instead of thinking what next. 
Selain tu dulu aku doodle time brainstorm, sekarang dah mula doodle dengan blank mind. Itu progress. 
Di office aku doodle atas ketras A4, dan sekarang I have a dedicated wall for them. My boss seems to approve, cuma dia masih prefer aku tak doodle masa brainstorm dengan dia. Whoops. Heheh. 




5. "Korang ni adik beradik ke?"
  

 

Soalan paling popular dari orang opis dan makhluk sejagat sebab aku dengan kawan rapat aku si Iera selalu lepak sama. Dah la department sama, lunch pun sama, balik sama, kadang-kadang kebetulan pakai baju warna sama atau jenis sama (macam tetiba aku tebiat pakai maxi, dia tebiat pakai skirt panjang)... ada sekali dua tu kitorang siap terbeli baju sama pada waktu berlainan! Ni kalau tak best friend, memang aku tak tau la apa. Hahaahah 

Rasanya dengan Iera ni memang boleh masuk almost 95%. Dari perangai dan habit, sifat suka merepek, clothing preferences (dan saiz lebih kurang hahaha) semuanya hampir sama. Satu lagi, aku rasa dengan dia ni memang aku betul-betul boleh cakap APA SAJA, samada benda kelakar, berinformasi, malahan share pendapat versi tepek pun boleh sebab kitorang jarang judge. Dengan kengkawan lain aku ada la jugak tapi pasal semua ada pendirian sendiri (setiap Vouchers ada personality dan minat tersendiri - which makes us a unique clique!), kadang-kadang kita samada dismiss pendapat diorang atau kita proses berlainan. Minah sorang ni, pasal sama, jadi jarang terkecik hati. Tapi sebagai insan yang agak dalam dunia sendiri, aku sedar aku perlu lebih peka sikit. Manalah tau dia cover je tapi sedeh sebenarnya hahahaha 

Makasih Iera (walaupun dia tak baca blog ni), teruskan kebongokan kita agar kita sentiasa muda di hati! "Ek'eh, suda makan bayerrr laaaaa" 



6. Your life doesn't suck as much as you think it does

Kembara solo ke Jepun pada awal Mei tempohari membuatkan aku lebih percaya pada keupayaan diri, dan membuka mata pada diri aku sendiri bahawa kadangkala gerak hati itu harus diikut, dan biar apa pun yang terjadi, penyesalan akan lebih berganda jika aku tak cuba. Ini sebenarnya sedikit ironik sebab kalau ikutkan, aku memang sekang diri aku dari pelbagai benda.

Banyak aspek dalam hidup aku yang aku 'tak cuba', biar dari segi sekangan keyakinan, keterbatasan upaya, norma-norma keagamaan... kalau kau letakkan aku pada skala loser dalam Buzzfeed atau mana-mana laman web berkonsepkan YOLO yang wujud dalam dunia ni, level 'sedeh!' aku mungkin di skala 70%. 30% tu kasi can la pasal aku menyandang some adults responsibilities on my own, and I do, once in a while get to indulge, like travels etc. Tapi 70% lagi memang #poyo #sedih #hidupsekadarhidup dan oh jangan lupa, the white elephant in every gathering and kenduri rooms I go to, #foreveralone.com.

Jap, jap.
Chill kejap.

Seriously, adakah aku mahu kejayaan dan perihal hidup aku didiktat oleh Buzzfeed? Nope. Adakah aku mahu biarkan hari aku longlai semata sebab aku baca some random inspiring "things you'll regret not doing when you're in your 20s/30s" dan aku cuma mampu cakap "yep, done that" pada mungkin 40%? Nope. Kalau nak ikutkan websites ni, aku memang manusia loserville la... tapi loser ke kalau aku tak pernah get wasted, tak promiscuous, tak berani nak 'quit that job and travel while you're young'?

Kamus erti hidup kita mungkin berbeza, tapi halatuju kita sama. Aku cuma perlu remind myself that when I bitch or let life kick me to the ground -- to look around and see that some of my friends are having it a lot rougher that me. A lot. And honestly, despite my lacking in the Buzzfeed-approved adventure department, my life doesn't suck as much as I though it did. And for that, alhamdulillah.    


On with the show then, 2016!





2 comments:

Naderiey M said...

Happy New Year you all. Everyone's a loser in some ways and winners in other ways. You win some you lose some, like how millionaires are mostly tak hensem tapi kaya raya aaa ahahha. Tak sesuai nak rasa gembira bile memikirkan orang lain lagi sedih, :PPPP

Ok ciao. I've been thinking a lot, with age comes thinking, luckily too many hobbies to keep the stress at bay. Tata.

azyze said...

Nadh:
Yeah, you're right.
With age comes stress too. You have hobbies... and I have, well, I have alone time in abundance. Hahaha.

Happy new year, babe :)