Pages

10 benda yang tak patut dicakap/ dibuat pada orang a.k.a. jagalah adab, beb

Wednesday, July 01, 2015

You know how we always say "Friends are honest to each other?"

Pada aku kejujuran tu memang penting, tapi adakalanya sesetengah benda lebih baik tak disentuh, atau paling tidak pun, berdiplomatiklah. Sesetengah orang dibesarkan dengan keluarga yang aga kritikal atau jenis cakap apa aku fikir. Benda ni okay kalau dipraktikkan dengan ahli keluarga je sebab pusing-pusing pun kita juga, kan. Tapi kalau dengan kawan, pada aku ada batasannya. 

There's a difference between being honest and being rude. There's also a difference between proactive and making yourself look like a deuche.

Ada juga orang, yang jenis buat benda semua pikir diri sendir sahaja. Ehhhh aku bayar so hak aku la. Ehhhh aku sampai dulu so kau boleh pergi mati. Ehhhh mata aku so suka aku la nak kata huduh ke tak. Hmmmm perangai syaiton sangat kan? 


Mai mai kita kenalpasti supaya kita tak terjebak. 


Top 10 benda yang tak patut dicakap / buat pada orang (jagalah adab ye)

1. Pergh, rambut baru kau buruk, siot!
Takde siapa yang sengaja pergi salun, keluarkan duit sampai beratus untuk potong rambut yang gaya telangkup mangkuk Temenggung Jugah. Takda sapa yang nak nampak bangang. Selalunya kalau rambut someone tu buruk, chances are style tu buruk di mata kau, tapi tak pada dia. Even if dia pun rasa tak berapa gemar dengan rambut baru dia tu, apa dia boleh buat?  If they can do something about it, they would've done it. 
You're only allowed to do something if you friend's hair looks like below, in which sila drive dia  straight ke salon dan bayarkan lah duit nak tarah semua tu:

Kalau muka dia macam ni, maknanya dia mintak tolong dalam kesunyian.
Jangan kutuk lelebih, sila tolong.



2. Eh berapa bulan dah ni, kak / Bila due ni, kak?
Okkaayyyyyy kalau tak pasti orang tu mengandung ke tak, sila jangan jadi peramah sangat nak tegur pasal kalau dia tak mengandung, memang nahas lah kau dibenci sampai milenia depan. Perempuan ni sensitif pasal penampilan dia, bentuk badan dia. Dan sebenarnya aku rasa takde perempuan kot yang sengaja je nak pakai baju ketat nampak perut berlapis atau pakai seluar berselulit kental, mahupun berbaju sleeveless sambil mempersembahkan lengan lembik ala-ala kantung kangaru. 
Kalau sure, boleh tanya. Kalau tak, cari topik lain sebab kau pun cuma pura-pura caring je, kan?


Adoyai. 




3. Kalau kau kurus, ko mesti nampak macam Fathia / Anuar Zain / Anzalna / Shukri Yahya 
Ini maknanya kau cakap dia gemok. Lelaki atau perempuan, di zaman selfie ni semua tak suka kalau orang kata dia nampak gemok. Cara mudah nak luahkan pendapat bernas korang ni adalah dengan tak payah tambah la komen kurus/gemuk tu. Kan senang. 
"Eh, muka ko ada iras-iras Emma Maembong la." dah. Setel. 

"Eh, ko macam Anuar Zain tapi versi gemuk."
"Ooo kau pun, macam cirit Anuar Zain."


4. Ex I dulu suka ………..
Whoa whoa. Kau ni belum over your ex ke? Nama pun bekas kekasih, so tak payah la asyik-asyik nak sebut nama dia. Lebih teruk kalau kau siap compare ex dengan kekasih sekarang. 
Jangan terkejut, aku ada kawan dah kahwin yang masih kena compare dengan ex suami dia. Last-last bertegang lidah bergaduh kecik hati sampai seminggu. Suami tu rupanya tak perasan pun apa dia cakap tu menyakitkan hati si isteri. 

Tang ni memang kadang-kadang lelaki tak berapa nak faham perempuan, begitu juga perempuan pun lambat pickup perasaan si lelaki. Kalau dia dah tercakap, kita pun takkan nak makan hati sampai bila-bila kan? So senang cerita, tegur je la kali pertama. Cakap baik-baik versi getis "Oooo compare kita degan ex dia pulak ye…" dalam nada mengada tapi dalam hati tuhan saja yang tahu. 

Insyaallah dia faham. Kalau tak faham jugak, pelangkung je la hahaha! 


Bermulut juburi? Bersedialah.



5. Belajar tinggi-tinggi, kenapa kerja camni?
Kau jumpa member yang dulu pandai gila kat uni. Dia ni setiap sem dapat 3.85 ke atas. Masa grad dapat Anugerah Naib Chancellor. Umur masuk 25 dah setel PHD. Alih-alih kau jumpa dia 10 tahun lepas grad dan dia tengah meniaga jual ikan bakar kat pasar malam. Maka kau pun dengan terkejutnya melafazkan kata-kata juburi dari bibir kau.

Dude, mana kau tau dia meniaga ikan je? Kot-kot dia ada empayar ikan bakar delivery online? Tak pun dia buat Mutual Fund dengan client jutawan hartawan yang dia kenal dari kabel masa buat Masters? 
Kalau dia orang bijak pandai, maknanya adalah sebab dia tak buat kerja-kerja konvensional. Mungkin kerja dia renyah dan penat tapi gaji bersih dia jauh lebih tinggi dari kerja kau yang berkerusi empuk tapi jadi kuli orang atasan. Mungkin dia jauhhhhh lebih gembira dan bahagia dari kau yang bergaji acah-acah tak sampai 10k tapi kerja sampai takde social life? *laser chermin ke muka aku*



6. Pegang or rub baju/beg orang sambil cakap "Kat mana kau beli ni?"
Okay jujur je lah kan, dengan soalan gini, cemanapun orang tu jawab, kau mesti judge dia. Kalau dia jawab "Oh kat Padini" kau akan kata huh beg murah. Kalau "Oh ni Longchamp limited edition" kau akan kata dia jenis membazir beli branded konon, atau kau mengeji macam ni pasar malam pun ada sejibik. Kalau dia kata "Oh, rahsia hikhikhik" kau kata macam la aku nak beli sangat. 

Jadi sebaiknya kau puji je. Kalau dia nak cakap, dia cakap la. Selalunya Asians memang ada habit nak explain pasal benda yang baru dipuji jadi kau akan tahun jugak akhirnya. Tapi kalau dah tau dia memang jenis beli barang branded dan rela makan megi, tak payah la tanya. Dah tau dah pun kan?



7. Suka tanya benda bodoh sebelum research
Ye, betul, malu bertanya sesat jalan. Tapi di zaman teknologi ni, lebih bagus kalau kau bertanya pada teknologi kau yang lebih hebat dari sikit-sikit tanya orang padahal jawapannya boleh kau Google atau buat research sikit. 
Benda ni paling aku perasan jadi kat orang malas tahap lahanatullah, ataupun Gen Y/Z. Masalah gen Y/Z ni adalah diorang diberanakkan dalam era Google dan Youtube. Dan diorang ni juga lahir dalam keluarga yang lebih senang dari generasi-generasi sebelumnya. Apa nak, semua dapat. Samada dari segi materi mahupun online. So secara tak langsung diorang rasa they deserve to get answers dan orang patut bagi je la jawapan. 
Bagi orang dari generasi aku yang nak buat assignment kena pegi library mentelaah, nak pergi sekolah kena jalan kaki, nak beli benda-benda hiasan bukan wajib atau majalah kena kumpul duit sendiri, kena tanya soalan macam "Hai saya nak gi Krabi tapi taktau pape. Plis bagi itinery full dan bajet serta apa tempat best kat Krabi" sampai 10 kali kat Forum adalah cukup menyakitkan hati. Kalau tanya pasal Machu Pichu ke, Balkan ke, Egypt ke ye la jugak jauh dan rare. Ni Krabi. KRABI?!

Seriously. Kalau benda tu mudah gila, macam nak tau contact number restoran, dan kau jenis tak berenggang dengan phone kau, sila google. Jngan nak perabih masa aku google benda untuk benda bodoh. Kredit kau habis? Nasib kau la, sapa suruh gayut?

Cuaca? Book hotel pun tanya? Dua-dua boleh google, dik!
Jangan malas sangat aih.




8. "Cepat la, banyak lagi lauk lain nak ambik ni" pastu kaut buffet macam jentolak.
Amboi amboi amboi Senah, beratur kat buffet nak buka puasa, mulut terkumat-kamit cakap line slow. Sambil tu leher dah macam zirafah dok tinjau takut-takut lauk best dah habis dikebas. Masa tu kau pikir orang depan kau ni tak reti ke nak ambik berpada-pada ingat orang belakang, tapi bila sampai turn kau tuuuuu diaaaaaaa kaut macam mengaut kepah kedalam bakul!
Sabaq na, ambillah kalau boleh habiskan. Kalau rasa-rasa rambang sangat mata, okay ambillah macam-macam jenis tapi pada portion yang lebih kecil. Jadi lepas tu dah boleh agak mana satu nak tambah, mana satu boleh skip. Ni kalau kau ambik chicken wings sampai 15 konon nak ambik untuk kawan semeja, lepas tu kawan kau tak jamah pun, apa jadi kat makanan yang lebih tu?

Marilah beradab makan walaupun kau bayar Rm99 untuk buffet tersebut. Apa, kau dapat buffet free? Jadi jangan berperangai monyet pasal bukan duit kau pun. Bak kata mamak dalam Mat Raja Kapoor, "Orang bayar unko makan. Bannyaaakkk cantek! Hek'eh!"


Yeah selagi mampu kutaruhkan jua!




9. Berjimba ria slow motion masa nak keluar parking
Ini lebih kepada sifat timbangrasa. Aku tengok, kalau time nak cari parking tu, orang selalu bengang je pasal orang yang  reverse out tu lembab, main henpon, betulkan rambut, korek gigi, mahupun lepak minum air satu bekas before keluar. Kita jenuh tunggu. Tapi kan, bila turn kita nak keluar, sama je lembab!
Perangai yang baik adalah bertimbangrasa… kalau dah setel, gerak cepat sebab parking memang selalunya susah nak dapat. Kalau perlu lebih masa untuk buat benda whatever kau, just geleng kepala and cakap no, not going out yet supaya kereta tu boleh move on cari parking lain. 

Oh, satu lagi, tunggu orang habis makan. Okay, yang ni aku nak cakap psal orang yang menunggu. Ya, anda lapar, Ya, anda terpaksa queue, tapi jangan la pandang orang yang tengah makan jegil-jegil macam menggesa diorang makan cepat. Awak datang lambat, jadi sabar la. Kalau malas tunggu, pergilah ke restoran lain. Kalau sudi tunggu, kasi can la orang tu makan dengan aman, habis dengan aman. Dia bayar tau untuk makanan dan servis restoran tu. Bagi yang tengah makan, kalau rasa-rasa dah kenyang dan dah setel, apa kata panggil bil dan bayar. Kesian kat orang yang tengah menunggu tu. 



10. Luahan perasaan di FB.
Oh, oh, oh. Ini satu yang paling paling tak patut kau buat di media social. Aku tahu sebab aku interview orang juga, dan bila aku dah zoom in on a few candidates, langkah sebelum aku pilih adalah dengan mengGoogle diorang. Yes, ini bukan aku je ye, aku belajar dari orang HR di syarikat-syarikat besar. 

Zaman sekarang ni ramai orang yang treat social media macam diaries diorang. Masalah dengan perkara ni adalah diari adalah catatan untuk diri sendiri, manakala media adalah tontonan umum. Jadi benda bodoh macam kau mencarut pasal ada orang potong kereta kau tadi, nampak agak kasar di FB, terutamanya kalau kau ada majikan/ ahli keluarga di FB. 

Berbalik pada bakal majikan mengGoogle, nak tau cemana kita assess korang thru FB?

Post tangisan leleh kecewa putus cinta hatiku mati -- depressed bercinta ni nanti ganggu work peformance dia.

Post carut babi naharooommmmm marah -- baran, tak berfikiran matang dan susah nak kerja dengan orang nanti.

Post tak puas hati pasal kerja -- wah dia cakap pasal benda2 macam ni kat FB? Kalau dia kerja dengan kita, entah apa la lagi yang dia buat yang akan jatuhkan imej syarikat.

Post banayak kekasih tidur sana-sini dan lacuran -- sepatutnya this stays private. Ada kemungkinan akan terlibat dalam hubungan sesama oficemate dan mungkin bawa masalah. 

Ye aku tau bunyi macam tak fair untuk judge orang tanpa lihat prestasi kerja, tapi selalunya prsonaliti mencerminkan habit berkerja dan takde majikan yang nak hire orang yang asyik rage 24jam di FB / Twitter. Insaflah wei. Demi kerjaya dan keluarga. 


Okey, ada apape yang nak tambah? 


1 comment:

pdah83 said...

Hahaha..post ni mmg klako n setuju 100%. Especially no 5,6 and 7. Sbnrnye dtg sbb nk baca pasal solo backpacking ke Jepun tp terjumpa pasal ni lak. Please update/share experience pasal kembara ke Jepun tu. I'm 32 dan teringin nk gie Jepun tp tak de kwn2 yg berminat so maybe terpaksa pegi sorang. Thanks.

p/s: Hmm..tp de jgk kutuk bos kt fb but not directly la. Kih3