Pages

We meet again, Japan!

Thursday, June 11, 2015


Akihabara selepas senja -- malam pertama di Tokyo!

Yes, percaya atau tidak, sampai juga aku ke pangkuan tanahair angkat aku, hahaha!
Selepas 17 tahun beb, 17 tahun sejak pertama kali menjejak kaki di tanah mentari terbit ni, akhirnya aku sampai semula... dan kali ini aku rasa cukup special sebab selain berjaya sampai balik Jepun (yang, if you asked me a few years ago pun aku tak sangka aku akan mampu jejak),
kembara kali ini melakar sejarah lain -- pertama kali aku kembara backpacking secara solo!

Yezzaaaaaaa bebeh, travel solo ke Jepun. DAN semuanya ad-hoc. Takde planning yang lama. Takde beli tiket murah setahun sebelum travel pastu kumpul duit, takde beli macam-macam buku dan tengok itinerary dan bajet orang pastu buat pelan perancangan yang teliti, dan paling utama, takde langsung brush up basic Japanese yang aku dan tinggalkan lepas semester 4 degree dulu.

Sebenarnya aku sendiri rasa agak kagum dengan kecekalan dan kering hati aku pasal aku decide cepat sangat. Tapi tu la, kengkadang gejolak hati ni susah nak cakap. Dan alhamdulillah since ada allocation lebih dari duit bonus, maka aku pejam mata dan book aja tiket tu.

Asalnya aku dah rancang nak ke Kyrgysztan lepas raya tahun ni, juga perjalanan solo, travel ala nomadik naik kuda masuk lembah dan panjat gunung bagai. Trip yang akan agak mahal tapi masa aku mula plan tu, rasa macam mampu dan sempat je nak bajet. Dan disebabkan aku ada masa lebih kurang 8 bulan untuk hadam plan ni dan mak bapak aku pun dah restu (diorang lega gila aku tak jadi pegi India, but that's another story) maka aku pun gembira-gembira je nak pegi negara Asia Tengah ni.

Sekali, jeng-jeng-jeng, muncul beberapa benda yang agak merubah priority kewangan aku dan aku confirm la tak mampu nak pergi Kyrgysztan.
Kemudian, the fact that I was going to turn 33 in about 20 days buat aku rasa cuak tak travel mana-mana dan buat apa yang substantial (ini mungkin namanya mid-life crisis). Selain itu, tekanan kerja mula buat aku gugur rambut ibarat iklan yunnam.
(ok, aku memang drama lebih tapi you get the drift)

Maka aku decide aku perlu pergi somewhere sebelum aku bertukar menjadi raksasa gorgon dan melempang semua insan-insan 'budiman' di opis. Hmmmm mana nak pegi? Aku tanya pada kawan aku, Mar tentang Korea, senang atau tidak nak survive di sana dan dia tanya, kenapa tidak Jepun? Lebih best, lebih rare, lebih different.

Hmmmmm... tak terfikir weh! Betul jugak. Berlambak kot Malaysians kat Korea. Kalau nak travel yang momentuous kena la lokasi pun best sikit, ye tak? Maka aku pun terus malam tu jugak call parents aku mintak restu nak ke Jepun. Mula-mula diorang terkejut dan mungkin anggap aku dah buang tebiat (I heard it in my mom's voice like whhhaaaaaaaaaaatttt), tapi agaknya 5 minit kemudian diorang sedar yang aku ni keras kepala dan akan cari jalan jugak untuk yakinkan diorang so diorang restukan aja akhirnya.

Whooossaaaaaaaa jangan terlebih eksaited, tenang!


Maka dalam masa seminggu aku 1. beli tiket & book tempat tinggal, 2. yakinkan boss untuk bagi aku cuti seminggu memandangkan aku tak jadi pergi Kyrgysztan tiga minggu, 3. rush setelkan kerja,  4. research lite-lite pasal Jepun.

Mujur ada member yangkenal sorang kawan yang baru je balik dari travel sebulan di Jepun. Alhamdulillah Allah permudahkan knowledge seeking session aku, sebab walaupun tak kenal each other, Izura dengan baik hatinya berkongsi cerita dan a few maps dengan aku. Anddddd 4 hari lepas berbual dengan Izura, aku pun gerak ke Jepun.

Wohoooo!  


Ini janji, bukan tipu,
aku akan dokumenkan cerita Jepun aku. I had strangers help me, so I want to help other strangers back. My way of giving back lah, gitu :)

Soon, aiight!

Nah aku belanja 2 gambar dulu:



Pemandangan dari rooftop guesthouse aku di Tokyo: 
yang kiri tu adalah bangunan Tokyo Skytree di Oshiage, Tokyo. 
On a good day you can even see Mount Fuji in the horizon.  




Arashiyama Bamboo Groove di Kyoto. 
Antara lokasi tercantik yang aku pernah lawat dalam 32 tahun aku hidup. 
I will go back one day and enjoy it for longer. 

No comments: