Pages

2014: Dalam retrospektif

Monday, February 23, 2015

2014.
Fuh. Sekejap aje dah nak sampai ke penghujung. Rasa macam baru je bulan Mac, tengok-tengok aiikkkkk Disember? Errr... banyak sasaran yang tak tercapai lagi ni, eheh (・_・;)

(Edited: Eh apasal dah nak masuk Mac 2015? Apa masalah aku ni lambat update blog? Apaaaaaa *drama je padahal malas*)


Secara keseluruhan, 2014 adalah tahun yang agak unik untuk aku. Jika 2011 adalah tahun korporat, 2012 tahun dugaan, dan 2013 adalah tahun bounce back dan dating (tapi masih single?!), 2014 membawa pelbagai perkara baru. Seperti biasa, aku tak buat sebarang azam penting di awal tahun, kecuali mungkin mahu lebih fit dan cun-melecun. Hah! Ye lah sangat Yam oiiiii... semalam aku timbang, hambik ko dah naik 6 kilo dari bulan Mac. Kau ado target nak kurus tapi tergemok? Makan hati nyaahhhhhhhhhhh. Azwan Ali #onemealperday, aku #onedaytotryeverything. Mampooooo?

(Kesimpulannya, rupa semakin menuju ke rumah agam. Ittew jur. Haha.)

Aaaannnyyywayyyyy,
seperti yang aku kata tadi, 2014 takde azam official. Tapi aku ada la terdetik di benak untuk cuba banyak benda-benda baru dalam hidup. Buat apa yang aku tak berani nak buat atau tak terfikir nak buat. Langgar kebiasaan -- sebab aku ni sejak dua menjak ni memang terlalu rutin. Manusia paling bosan adalah aku. Keje, makan, balik tido, keje makan, balik tido. Yang variasi cuma makanan je beb, semua aku alu-alukan (kecuali yang haram la. Haish korang ni.)

Jadi bila tengok balik akaun instagram aku yang lebih rajin dihapdet berbanding blog ini (sorry sayang) serta sapu-sapu balik sawang kat kepala hotak, aku rasa tahun lepas aku berjaya buat macam-macam 'First'. Kebanyakannya awesome, beberapa tak begitu positif tapi aku terima sebagai pekej kehidupan. Standard ah, Mariah Carey pun banyak momen shitty dalam hidup dia kotttttt.

Okay recap, recap!


TOP 10 MEMORIES OF 2014:





1. Backpack China & Mongolia!

Ini adalah highlight 2014 aku. Sungguh! Banyak momen lain tapi yang ini adalah fuuhhhhhh betul meninggalkan kesan. Aku pernah je backpack ke Thailand dua kali sebelum ni tapi itu untuk Songkran dan cuma beberapa hari je. Aku anggap agak tame la. Pengalaman ke luar negara lain pula samada atas urusan keje / sekolah atau holiday versi ada member bawak jalan jadi tak adventure mana.

Masa Ida ajak aku pegi ronda Beijing - Keretapi Trans-Siberia - Mongolia (kisah disebalik permulaan adventur di sini), serius aku berdebar dengan keterujaan. Aku cuma ada beberapa minggu untuk baca Lonely Planet, usha websites dan selebihnya aku serahkan pada takdir (chewah). Ida kaki jalan yang cukup berpengalaman yang gila kentang jadi aku sangat yakin aku akan selamat dengan dia, dan ya aku memang selamat... and I had the time of my life!

Beijing memapar rupa China yang aku kurang duga. Bandar sesak dalam kering dingin musim sejuk dicampur keindahan monumen sejarah dan masa lampau membuat aku sangat terpana. Art 798 antara benda yang aku enjoy -- sangat awesome! Despite the media reporting about Chinese hating Malaysians etc (aku di sana saat MH370 sedang panas), aku selamat di Beijing, malah ramai yang kami jumpa rata-rata bersimpati dengan Malaysia.  Yang banyak buat spekulasi dan banyak komen pasal negara kita adalah Americans yang aku jumpa di Uulanbataar. Pfffttttt typical.

Mongolia... Mongolia.. where do I start? Gurun Gobi yang super huge memberi seribu satu landskap yang berubah dari lautan pasir ke gunungan salju ke dataran steppe, semua sempat dijamah mata. Aku tak sempat menikmati salji tapi cukup la aku katakan aku memang perak gila kot with my first snow desert experience -- and my first asthma attack masa tengah jalan tengah-tengah sungai ais. Ubat dalam van kat the other end. Rasa nak tumbuk muka sendiri masa tu!

Okay la, kalau aku bebel banyak lagi maka post ni akan jadi post Beijing-Mongolia. Aku simpulkan, pengalaman seminggu berlantai gurun -20c dalam khemah Gher nativ Mongolia, keindahan perjalanan dalam keretapi dari China dan rona-rona Beijing membuat Wanderlust aku makin bercambah. Pengalaman paling berharga dan aku bersyukur kerana aku dapat peluang ke sana. Alhamdulillah.

(nanti aku buat recap BEI-UBT ye)  






2. Concerts!

Dua konsert dengan dua pengalaman berbeza. Pertama, John Legend di KLConvec yang aku beli di minit terakhir dan pergi bersama Ikzal. Oh John... walaupun aku tak drooling macam 90% bebudak muda hipster yang cuma kenal John thru his latest album -- heh, aku dah lalui fasa obses JL masa album pertama 10 tahun lepas -- tapi John mantap seluruh persembahan, telling stories in between songs. Mungkin for the benefit of new fans kot. Bagi fan lama macam aku, rasa macam dia tone down intensity dia to about 60% tapi takpe la pasal bila lagi agaknya dia nak datang Malaysia balik, ye dak?

Konsert kedua sekaligus penutup jimba 2014 adalah sangat mengghairahkan hokay! Tenacious D! Gaahhhhhh aku masih lagi high walaupun gig diorang dah berlalu empat bulan lepas. Mungkin dadah dia lain sikit sebab aku rasa aku sorang je yang minat Tenacious D sampai tahap ada CDs and pegi konsert bagai. Bila fikir balik, jauh sangat minat aku dengan kengkawan aku. Kalau ada yang suka pun takat oh Jack Black, cool. Itu je. Gig The Ds pun ramai budak muda yang datang sebab Jack Black, bukan the group. Most of the guys were banging their heads and bopping away, tapi yang aku pelik ramai gila kot bebudak pompuan yang takat berdiri tepi boyfriend dengan muka indifferent. Sayang je beli tiket tapi tak enjoy. Rugi.
Oh, gig Tenacious D ni juga momentuous untuk aku sebab...






3. Layan sorang-sorang!

Yep, kali pertama wa pegi konsert sengsorang, beb! My friends macam tak caya je. Hahaha. Pelik ke?
Ehhh sebenarnya tak la pelik sangat. Dulu pun aku macam korang jugak bab ni pasal dari kecik kita dah diberi impresi, bila sengsorang maknanya ko loser. Tapi tu mentaliti bebudak je. Bila dah sampai umur aku ni, aku dah tau apa yang aku suka dan tak suka, siapa yang boleh ngam dan siapa yang elok lepak sekali-sekala je, dan paling penting sekali: sesetengah benda lebih best buat sorang-sorang. Contohnya konsert Tenacious D tu. Kengkawan aku semua tak layan, so takkan aku tak nak pegi pasal tu je? Kan? Tak sangka aku enjoy gila kat konsert tu walaupun aku sengsorang. Bayangkan kalau aku pegi dengan kawan yang ala-ala je... uhhhhh nak pikir dia enjoy ke tak, silap-silap dia buat bitch face nak balik tak ke haru hahahaah.

2014 aku rajinkan diri menghabiskan masa dengan diri aku sendiri - tengok wayang sendiri, lepak makan malam sendiri, jalan-jalan dan shopping sendiri. Masa balik dari Mongolia ke KL pun aku sorang-sorang dan memula macam-macam horror aku bayangkan, tapi ok je. Kejar bas kat airport, lepak 8 jam transit, naik flight sorang-sorang... ok je beb!
Pengajaran paling penting dari pengalaman ini: belajar berdiri atas kaki sendiri. Kalau rasa bosan dengan diri sendiri, perbaikilah supaya jadi orang yang lebih mengujakan. Sometimes you need to stop thinking of people and learn to love yourself first.





4. Ganda kenalan

Bagi yang kenal aku, mesti tahu aku manusia separa sanguine separa awkward yang tak berapa minat nak bersosial. Untunglah travel sana sini dengan beberapa kumpulan berbeza ke beberapa tempat buat serta aktiviti sorang-sorang aku banyak memperkenalkan aku dengan orang baru, dan ada yang dah jadi kawan.
Contoh paling mudah, Ida, 'pasangan' aku masa ke BEI-UBT. Dia kawan kepada kawan zaman studi aku dan kami jumpa sekali je 10 tahun lepas. tetiba selamba aku blasah pergi jalan dengan dia. Frankly speaking, aku masih rasa Ida manusia ajaib yang sangat mudah nak ngam. Selamba, agak cautious tapi sangat trusting. I did quite a few things with her I wouldn't have done alone (orang kata nak kenal true colours seseorang, travel dengan dia).
Aku juga join beberapa kumpulan travel backpack dan banyak belajar benda baru. Sungguh membuka mata!





5. Luaskan kuasamu, perut!

Ye. Ini adalah rasa kegembiraan bersulamkan rasa bersalah, sebab tahun 2014 aku asyik makaannnnnn je. I enjoyed rediscovering how awesome rice and all other rich Malaysian food are. Dulu aku kawal makan, jadi di 2014 tindakan aku untuk let it loose dan bergembira makan memberi aku banyak betul momen kekenyangan dalam senyuman.

Aku cuba macam-macam makanan dari pelbagai negara... sampaikan cengkerik, scorpion dan daging kuda pun aku cuba. Memang best wei! Korang kena faham perbezaan di antara makan, dan betul-betul menikmati makanan. Berbeza. Seorang foodie hanya akan gembira bila lidah dapat merasa pelbagai makanan orgasmik. Tapi tu lah, bila si gemuk jadi foodie, dia berubah menjadi Jabba The Hut. Jadi 2015 aku kena jaga sikit supaya tak dihinggap penyakit. Insyaallah. 2014 was a good food year and aku bersyukur aku diberi peluang untuk betul-betul menikmati 1001 rasa dunia.





6. Mendalami kerohanian.

Rajinkan diri buat benda yang jarang dibuat, belajar benda-benda baru untuk dekatkan diri dengan Allah. Masih banyak yang berlubang dalam amalan aku, masih banyak habit yang perlu aku tinggalkan... dan aku take it one or two steps at a time. Insyaallah. Aku mahu terus belajar dan ingatkan diri setiap hari untuk bersyukur dengan semua yang aku kecapi sekarang supaya tak Istidraj.






7. Ahoy, fat kid running!

Tahun 2014 melihat aku memasuki beberapa acara larian atau Run. 2013 masuk walk aje dan tercungap-cungap. Alhamdulillah 2014 masuk run pulak. Bagi budak semput asthmatic yang tak pernah lari lebih dari keliling padang bola sepak sekolah, aku rasa macam whhoooaaaaa serious ke aku boleh lari?! Gila ajaib weh! Walau bagaimanapun, aku lari tak lah laju, dan aku lari tak lah continuously... kadang-kadang aku rasa banyak brisk walk dari lari je, hahahaah. Tapi better dari duduk ternak lemak kan? Terima kasih kepada kawan aku Iera sebab rajin join run sama-sama. Dia selalu lagi laju dari aku tapi kita masuk run bukan nak lari pegang tangan sebelah-sebelah kan. Aku follow pace aku dan kita sama-sama dorong each other.
Rutin hujung minggu pun ada la jugak jogging dan sebagainya. Tahun 2015 kena lebih banyak lagi sebab nak buang donut-donut yang dah tebal ni ha hehe.






8. Teroka sisi artistik

Aku suka dan rajin mendoodle tapi doodle bukan karya seni tinggi. Well, at least not to most. (doodle aku poyo jur)
Tahun lepas, aku pergi 3 program ala-ala kelas painting. Pertama kali pegang berus dan palette lepas abes sekolah menengah. Belajar ekspresikan artistic flair melalui lukisan. Selama sekolah dulu aku selalu rasa aku ni buta kayu bab-bab lukis ni. Ko bagi aku watercolor atau pensel warna, lagi la aku takut. Tapi rupanya tak la teruk sangat aku ni. Boleh tahan la. Insyaallah aku nak cuba buat lebih lagi di 2015. Belajar jinakkan diri dengan akrilik pulak. Nak belajar color mixing.






9. Menebar layar kerjaya 

10 tahun dulu masa aku baru grad, dengan yakin aku beritahu penemuramah pasal projection 10 tahun aku adalah aku mungkin sudah mempunyai a small integrated media house. Hah kaauuuuuuuu mananya media house, mana? House of horrors mungkin ada hahaha!

2014 melihat kehadiran semula boss lama aku mengetuai divisyen aku (yang agak longgar strukturnya akibat penghapusan sistem cluster SEA), dan aku rasa teramat sangat gembira sebab akhirnya, aku jumpa mentor kerjaya aku. Bayangkan selama hampir 8 tahun, aku sendirian menulis, tak banyak feedback yang boleh aku kutip sebab I was the 'specialist' in my line in this office, and takde sesiapa yang boleh bagi kritikan membina. Semuanya aku pakai trial and error, ikut naluri dan kerja ibarat one day at a time sebab aku bukannya ada tanggungjawab besar mahupun halatuju kareer yang jelas (ye, sedih kan?)

Kehadiran boss dan mentor terbaik aku ni buka mata pada banyak cabaran dan perkembangan tanggungjawab yang amat-amat menakutkan aku. Alhamdulillah sokongan boss buat aku yakin sedikit demi sedikit untuk menerajui unit aku, walaupun aku memang seorang 'reluctant leader'.
Aku akan cuba, inyaallah aku akan cuba. Aku harap boss akan kekal menjadi mentor aku selama at least 5 tahun lagi, pasal aku takut woooooooo nak galas tanggungjawab lebih besar. Skang ni 20% je dari kehebatan boss aku ada kat aku. Banyaknya nak belajarrrrrr! Tapi alhamdulillah atas peluang baru ini.





10. Eh, femininnyeeeee

Bahahahahaha. Okay la yang ni kena mengaku pasal tahun 2014 adalah tahun aku kembali berskirt setelah 7 tahun meninggalkannya. Serious beb. 7 tahun wa tak pakai skirt pasal wa jeans sneakers sweater segala bagai dulu. 2012 berjinak-jinak pakai dress kerja, dan masuk 2014 jimba rimba rasa nak gedik feminin sikit. Benda ni tak nampak special pada makhluk wanita lain, tapi untuk aku agak agam perubahannya sebab aku minah rock rugged weh, hahahahah (sendiri mengaku minah rugged, camno?)

Tahun 2014 jugak melihat kali pertama aku mula pakai warna bibir. Serius. Percaya tak? Aku manusia lip balm dan gloss aje selama ini. Tapi tahun ini, kuberanikan menenyeh bibir dengan warna pelik-pelik, dan belajar kurangkan monotonous lip gloss rona natural aku tu. Akhirnya aku dah jumpa shades yagn sesuai.. oh ada rupanyaaaaa! Nama je keje dalam industri makeup & fashion, sekarang baru nak start? Teruk betul hahahaha. Tapi rasa cantik la. Eh eh, cantiknye aku. Chantek keerrrrrrrrrrrr hahahaah

Trivia: korang tau tak, selama blog ni anonymous dari 2004-2013, ramai gila ingat aku lelaki? Maybe cara penulisan aku kot. Hahahaha lawak ok!


Melk plus size tapi melk confident tan and beautiful, how? Why bother why bother, just pose bahahaahah! Tu dia narsisis menutup post ni haha.

Sudeh jangan nak carut aku sangat!

2 comments:

Naderiey M said...

Oh wow, a profile picture finally.

azyze said...

Naderiey:
Setelah 11 tahun di dunia siber, kan? Hahahaha