Pages

Play dead

Sunday, December 07, 2014

Mulutnya muncung. Tak pandang kiri dan kanan.

"Kenapa ni?"

"Tanya pulak. Tolong jangan pura-pura inosen," katanya dengan muka paling poyo pernah saya lihat.

"Aku memang tak faham kenapa kau monyok tahap ajaib ni."

Dia memaling muka ke tepi sambil mengerut dahi. Makin lama makin komikal wajahnya. Kalau korang pernah tengok Sinchan, mesti korang tahu rupa kening bergerak-gerak macam ulat bulu kena tabur garam. Macam itulah muka dia, kening terjungkit-jungkit, terkemek-kemek muka dia.

Dia bangun dari kerusi dan berjalan ke tingkap. Tangannya menggelungsur pada birai tingkap, sesekali diramas kain satin langsir. Keronyok, buat aku sakit hati kerana aku yang payah seterika kain langsir persis operanya itu. Lahar betul.

"Eiiiiii nyampah la aku tengok Mas Idayu ni main drama dalam Mentor ni. Pilih je lah, nyahhei!"

Mas Idayu?
"Weh, apa kena mengena Mas Idayu dramarama dengan aku?"

Dia pusing dengan laju, terus mengadap aku. Rambut tocangnya yang panjang berkibas macam iklan syampu (ingat aku tak tau, tu extentions jor, huh).

"Ahhhhhh kau beriya sokong dia masa dia poyo-poyo time audition dulu. Jadi dengan kau-kau sekali aku menyampah. Dah la kau tak cantik!"




Oh no you didn't!


Aku bangun, senyum, dan simbah kopi panas yang sedang aku tiup-tiup manja dari tadi, tepat ke muka dia.
*flips hair*



No comments: