Pages

Benda tak best pasal naik pengangkutan awam

Monday, December 08, 2014

Aku naik pengangkutan awam. Setiap hari, pagi dan petang (serta malam) ke dan dari pejabat. Kalau ada orang yang patut bising pasal keadaan pengangkutan awam di Malaysia ni, aku rasa aku antara calon tahap eksekutif ke atas yang paling sesuai. Dari zaman sekolah rendah sampai lah ke tua bangka ni, aku masih setia dengan pengangkutan marhaen ni. Mudah, bajet yang sangat minima, boleh tengok orang, tahu keadaan sosial dan pola perubahannya, serta tak terperangkap dalam jam yang kengkawan aku maki tiap pagi dan tiap malam. Mulakan hari dan akhiri hari berkerja dengan makian doesn't sound so good eh?

(Sebab musabab aku tak naik kereta, lain kali aku cerita. Pembaca tegar blog ni tahu, korang pegi la tanya diorang).

Tapi sesayangnya aku dengan kemudahan awam ni, kengkadang ada juga elemen yang buat aku nak rage. Cuma mungkin rage aku tak la sekerap kengkawan yang memandu, dan tak juga terbawak-bawak ke dalam kehidupan harian (contohnya aku tak ada situasi habis beratus ringgit tak pasal sebab dilanggar mat motor atau terdrift langgar divider).

Contoh benda tak best pasal naik pengangkutan awam:

1. Hujan.
Pasal trafik, itu sudah pasti. Naik bas, 2 jam pun tak muncul-muncul pasal terperangkap dalam banjir kilat. Ini sama macam kengkawan yang memandu.
Pada aku, hujan bermakna jalan kaki dari rumah aku ke stesen komuter bakal berlecak, dan kebarangkalian untuk aku turut basah akibat faktor angin adalah pasti. Waktu ini jugalah aku akan berpeluh berbasah rambut sebab hujan bertemu jalan tar hasilnya bahang. Sounds funny but it's true.
Bila dah basah, mulalah rimas dan naik marah kat benda yang tak sepatutnya; macam tetiba rasa nak maki bangla berbau rempah yang bergayut-gayut dalam lrt.

2. Tren ini sedang menanti menanti signal dari KL Sentral / We are experiencing some technical difficulties, thank you for your patience / Tren akan bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti dengan lebih lama di setiap platform.
atau kata umumnya:
Defukkkkkkkk train stall la pulak, lambat la aku arini!!!!

3. Touch N Go tiba-tiba hilang baki padahal baru topup 100 semalam. Okay yang ini memang akan buat kau rage, terutamanya kalau barisan touch n go tu panjang, dan barisan di kaunter pun hazab. Keadaan baki hilang ni kononnya jadi kalau kita tak tag betul-betul di mesin TnG tu masa kita keluar. Secara automatik sistem akan anggap perjalanan kita tak selesai lagi dan akan charge kompaun tinggi pasal melepasi 24jam tanpa meninggalkan stesen or something like that. Aku pernah kena dua tiga kali. Memang time Tu dalam hati rasa nak beli kete esok jugak! *drama*

Ada sesapa yang naik pengangkutan awam jugak? Apa benda tak best korang?

2 comments:

Rose Azadir said...

Salam kenal, like your self introduction wording, cute... anyway saya blogwalking kat sini. Jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...TQ :)

azyze said...

Rose Azadir:
Salam! Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Nnati saya buat lawatan balas ya hehe.