Pages

Wajah Baru, Resepi Lazat Yang Sama!

Thursday, November 13, 2014

Korang ingat KFC je boleh claim rupa baru tapi resepi kegemaran korang masih sama?

Ye, ye. Korang tak silap page. Ini masih lagi azyze.blogspot.com, blog yang dah lama korang tak jenguk pasal tuan punya macam dah kuburkan aje minat menulis dia. Adakah perubahan dari hitam kelam ke putih sesuci kapas ini melambangkan jiwa tuan punya yang seluhur dan sejernih salju yang mencair saat musim bunga melewati pergunungan Alps? (Fuuhhhhhh, terasa seperti penulis novel zaman 80an)

Takde, beb.
Luhur telus mulus segala adalah imaginasi semata-mata. I'm still the same person. Cuma... bosan weh, asal bukak itam gitu gak. Sekali sekala nak la jugak tukar, kan. Memandangkan aktiviti menarah mahupun mengubahsuai rambut terpaksa dihentikan buat seketika sehingga keadaan rambut kembali ideal untuk dibuli semula, maka perubahan hidup perlu dilakukan dalam bentuk lain. Cara paling mudah? Tukar layout blog. Hahahahaha bertapa salahnya tanggapan mudah itu. Susah wei!



Ghope blog itam teman dengan kaset bertentikel yang sama je. Lemau.



Citarasa yang dah berubah mengikut edaran masa (dan usia, sebenarnya!) membuatkan template-template blog percuma yang ada di internet tak memikat hati langsung. Sebagai manusia yang dah terbiasa menggodam dan menggoreng template biasa menjadi luarbiasa unik, agak pelik juga bila tak jumpa sebarang template asas yang berpotensi digodak. Lama wei ronda-ronda internet. Hampir putus asa dan kecewa, kerana selagi rupa tak dirubah, entahlah, semangat menulis pun tak mahu kembali. Kerja, balik tidur, esok kerja semula. Kalau ada masa, buat marathon Supernaturals. Bukak blog sekali-sekala tapi hati malap-malap nak padam.

Sampailah satu hari, datang pencerahan dalam bentuk imaginasi ikon hitam, emas dan putih.
Maka terberanaklah kelahiran semula blog ini!



Tadaaaaa!


Selain rupa baru, kelahiran semula perlukan nama baru, nafas baru, kisah baru.
Maka mari cari tajuk blog yang agak universal agar penyinggah antarabangsa boleh faham serba sedikit tentang blog sebelum membaca.

Absence (Ketiadaan / Tanpa) of Concinnity (keeleganan sastera /artistik) 


Amacam, jujur tak? Hidup kena jujur pasal jujur itu nilai murni.
Hehehe.

So amacam pencerahan baru ni? Cun tak?
Eh eh aku tanya pasal design baru blog ni, bukan muka aku tepi tu.

But since we are on the topic, 
yes, itulah aku. Jangan kejam sangat ye bila mengutuk, kasi can la kat anonymous turn public ni. Alang-alang nak tukar, tepek je la sekali muka kat situ. Tapi ini tempoh tengah gedik blog baru. Ada kemungkinan bila tempoh euforia berakhir, aku mungkin akan terasa segan dan jadi anonymous balik. Jadi nikmatilah senyuman manis aku tu sementara stok masih ada ok. Heh.

Doakanlah dengan ketibaan sinar baru dalam hidupku ini, maka semangat menulis cerita-cerita merepek namun menghiburkan akan kembali rancak.

Here's to new beginnings!

2 comments:

ouT oF My MinD said...

wehooooo.....ko pun sudah jadi bermuka di blog....
aku pun dh penat dgn layout entah apa2...
apakah kita sudah tua...??? ohmy!

azyze said...

OOMM:
bermuka tapi macam tak berapa selesa. Tengok la… kalau tetiba mood anti-social aku datang, aku buang la pic tu. heheh.
Tapi tu la… dah tua ni nak clean-clean aje. Dulu segala mak nenek sarat hitam gelap sume ada.