Pages

Hoarder of memories

Wednesday, February 12, 2014

Sempit.
Sesempit kotak memori yang semakin sendat berisi kenangan-kenangan pedih yang hanya buat kau menangis setiap kali ia muncul ke permukaan fikiranmu.

Mengapa tidak lapangkan sahaja, buang segala semak samun dan beri lebih ruang kepada bongkah-bongkah pengalaman baru yang lebih memberansangkan?

Hmmm, cakap memang senang.
Realitinya kes ini seperti mak dan bapak aku. Otak, seperti mak, bila sampai satu tahap yang terlalu merimaskan maka dia akan mula mengumpul dan membuang sampah-sampah memori yang tidak lagi relevan. Masalahnya, perangai hati saling tak tumpah dengan bapak. Dia akan perlahan-lahan pergi kutip balik kesemua 'semak' yang sudah dibuang. Boleh guna lagi ni, katanya. Benda ni ada sentimental value, katanya.

Sebab itulah aku kata cakap memang senang.

Bila hati jadi hoarder, memang berselirat la kepala hotak kau.

2 comments:

Anita said...

sip Bro,
semangat untuk menggapai harapan , oke :-)

azyze said...

Anita:
Thanks, feb!
(eheh, sis sebenarnya)