Pages

I'm not a girl, not yet a woman?!

Saturday, January 04, 2014

Terkedu akak di pagi hari apabila melihat emel dengan title ini di dalam inbox email office akak.



Secara spontan, bila baca tajuk-tajuk versi soalan macam ni, akak pasti terus jawab. Masalahnya kali ni akak sekadar buka mulut, tapi lepas tu tutup balik. Errr... am I a girl or a woman? Rasanya of course woman pasal akak dah tiga satu, tapi boleh ke panggil woman kalau akak masih tak suka pakai baju keje pegi keje, tak jumpa lagi rona lipstick yang sesuai untuk akak (lipstik pada pompuan sama macam holy grail gitu), jerawat masih berpesta di pipi gebu akak serta akak masih rasa eksaited bila pikir pasal kebarangkalian membuat prank pada sesiapa walaupun boss akak? 
Apa pengukur seorang 'wanita dewasa?'
Akak pun kurang pasti. Tapi akak tahu, kalau akak tanya kengkawan, semua jawapan pasti berlainan. Kawan akak UnqashaRinggitRose mungkin rasa menjadi woman itu adalah menjadi wanita berkerjaya beranak vogue dengan suami berhobi main golf. Kawan akak AidaAris mungkin rasa kehebatan kekeluargaan serta perubahan tanggungjawab dari seorang remaja clubbing lagu RnB kepada seorang isteri dan ibu berdedikasi. Kalau tanya Ikbalkhakhim mungkin pada dia woman itu adalah apabila seseorang itu ada keyakinan, cara projection yang cukup flawless dan keselesaan melakar arah hidup sendiri tanpa dibayangi sesiapa (walaupun IkbalKhakhim bukanlah wanita, tapi dia memahami, gittew).

 Akak rasa ada kematangan yang menjengah seseorang perempuan itu tatkala dia benar-benar berubah menjadi dewasa. It's not obvious in some cases, dan akak rasa akak sudah baur-baur ini. Tak berani nak claim akak ni woman sangat pasal kengkadang akak rasa akak sungguh la haramzadey bab-bab menjadi wanita. Mana tidaknya, aritu akak dah kena carut dengan adik akak pasal akak kata kat dia akak nak pegi first date pakai sneakers. Zaaaaassssss dia tepet ayat "Don't be like those women in Total Makeover before the makeover, ok". Mampu adik sendiri carut ko gitu? Terus akak tengok kejelitaan lahiriah dia dan terasa akak ni ibarat Hunchback of Notre Dame dan dia Esmeralda.   
Akak berani kata akak ni sudah berbaur wanita sebenar adalah kerana sejak dua menjak ini akak banyak betul cabaran mental dan kekeluargaan yang melanda hidup akak. Benda yang kalau ikutkan hati (atau akak versi 10 tahun  lepas) mungkin akan menangis sampai lebam, gusar, hilang selera makan serta meroyan ajaib, namun akak rasa akak berjaya handle dengan kesabaran dan agak tenang. Walaupun akak rasa ingin sekali mengoyakkan kepala seseorang itu dari badannya dan jahit pada babun bontot merah ataupun memaksa seseorang mendengar lagu-lagu nyanyian semula oleh Man Khan selama 100 hari berturut-turut (hangpa search Dok Mano kat youtube), akak sekadar memberi tarbiyyah lazer sajor pada insan-insan tersebut. Selebihnya akak lebih "let's think of a way to solve this problem".

That made me realize that those were pretty adult things to do. When I stepped back and assess instead of launching myself at first chance, when I started to think of others before me, and the most prominent realization came to me when I look back and realized that I willingly sacrificed something I have been planning and coveting for for so long so I could took up commitments that are entirely alien to my personal benefit (well, indirectly ada la). I guess for that, I do get to call myself a kinda-woman, don't I?


To each their own. We are all different and you are as much a woman as you think you are.



I'm 31, I'm pretty much responsible for myself, I have commitments and pay all my bills, I lead a team at work, I indulge in sexay lingerie once in a while... and I still play hopscotch in the office corridors, sometimes sleep without taking my makeup off and believe that jeans and sneakers are still 'da bomb' (although i do have a few killer heels for when I need some foxin').
I embrace and love the kid that survived thru my puberty and young adulthood --because in the end, you define your own 'adult'. You define your own WOMANHOOD.

No comments: