Pages

Perkataan dari otak

Thursday, October 31, 2013

It's been a while since I read anything. I didn't even finish reading On The Road, and I rarely leave a book unfinished.

Aku perasan, bila jarang membaca, aku makin jarang mahu menulis dia luar lingkup pekerjaan aku. Blog rasanya dah bersawang lelabah gajah. Buku idea aku lagi lah tidak bersentuh. Semacam susah untuk aku menyusun kata dan menterjemah perasaan aku.

Sejak wujudnya pelbagai apps, aku lebih terjurus ke arah visual. Masa-masa membaca (dalam tren, sebelum tidur, dalam perjalanan) kini diganti dengan instagram, whatsapp, pinterest, flipboard ataupun menonton video di TED.

Bila aku stress, tangan tetap mencari pensel tetapi untuk melakar doodle, bukan untuk menulis. Melakar benda abstract yang tak ada makna memberi aku ketenangan yang berlainan, dan memberi kesabaran dari bahang amarah.

Masa senggang pula lebih terarah ke sesi perjumpaan dengan rakan dan keluarga, atau aktiviti lain seperti menonton wayang, layan dvd atau pengembaraan impromptu  (seperti naik Colmar semata untuk camwhore haha). Baru-baru ini aku jatuh cinta dengan ATV, dan ini, aku rasa, bakal menjerumus aku ke dunia baru yang semakin menjauh dari helaian kertas kecintaan aku suatu masa dulu.

Sudah lama tidak duduk di sofa dengan senaskah buku dan segelas teh, membaca sambil ditemani tiupan  angin petang.

Aku rindu.

4 comments:

fndrocka said...

bila kurang membaca, aku rasa seperti kurang bersenam,,banyak lemak

azyze said...

Fndrocka:
betul. setuju sangat. lebih teruk kalau badan dah sedia gemuk macam saya ni ha. Semua berlemak baik tukar nama jadi the blob hahahaahah

farazura said...

betul ti, Kalau kita kurang membaca ,jadi susah untuk menulis, writers block

azyze said...

Farazura:
kan! Kengkadang saya rasa banyak sangat tengok media lain pun jadi punca kenapa otak tak mahu mencipta. Sebab dah biasa disogok imej. Susah nak pikir sendiri gamaknya.