Pages

Sedehhhh!

Monday, September 23, 2013

Aku pernah cerita tak kat sini yang aku perah dapat tawaran tulis novel? Novelette to be exact, tak setebal novel biasa. Mungkin separuh dari novel biasa panjangnya.

Semuanya kebetulan. Rancangan yang ditawarkan pada aku pun agak kebetulan juga, dan agak mudah untuk aku capai (sepatutnya). Tapi percaya tak, aku yang cakap macam bontot ayam berak kapur ni pun boleh kena Writer's Block? Balik-balik sampai Chapter 3 je. Aku tukar plot, still stuck kat situ. Samapikan aku totally abandon buku tu, tulis something totally different pun still terkandas kat Bab 3. Akhirnya aku akur dengan badi Bab 3 yang aku kena time tu dan novelet itu pun berkubur tanpa nisan.

Publisher bebas tu ada mintak aku karang profil aku dalam satu muka surat untuk diletakkan di kulit belakang novelet tersebut. Tang ni pun boleh tahan lama aku pikir. Au baca banyak kulit belakang semata-mata nak tengok macamana orang tulis profil dengan efektif.

(ya, penulisan profil pun ada tekniknya ya. Ini kredibiliti kamu, sebab ini benda yang orang akan baca - depan dan belakang, sebelum selak novel tersebut)

Akhirnya aku rasa aku hanya perlutulis apa yang aku tahu tentag diri aku dan bukannya something yang terlalu 'nak jual'. Lagipun sekadar novelet, bukannya buku yang yang akan dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Kalau 10 orang baca pun dah cukup baik kot haahahah.

Tengah korek-korek isi perut hard disk aku yang dah lama tak bersentuh, terjumpa profil yang aku tulis tu. Masih sama dan relevan dengan aku versi sekarang ni. Aku masih insan yang sama dan masih inginkan benda-benda yang sama. Tak ada peruabhan mahuun penambahbaikan. Masih Azyze yang tingtong itu :P

Kiranya aku berjaya lah menulis novelet tersebut, mungkin korang akan jumpa buku dengan kulit belakang bertulisan:





Sebuah rancangan menarik yang dibawakan khas oleh RTM untuk tontonan anda seisi keluarga

atau


Azyze (sebutannya A-za-iz) merupakan seorang wanita lewat 20an dari metropolitan Kuala Lumpur yang melanggar sebarang interpretasi umum seorang wanita 20an dari Kuala Lumpur.

Dilahirkan beberapa dekad lewat dari idola-idolanya (ya, dia tamak jadi ada lebih dari satu), copywriter sepenuh masa ini percaya bahawa penulisan dan muzik adalah dua punca utama beliau masih hidup hingga hari ini. Dan oh, asthma inhaler beliau. 

Azyze melihat dirinya sebagai penulis luar kotak – adakalanya kerana atribut topik penulisannya yang di luar jangkaan, kebanyakan masanya kerana menulis perkara-perkara picisan dalam konteks yang lebih besar namun bersifat keperibadian.

Sebelum menjadikan penulisan sebagai punca rezeki dan hobi (tiada variasi langsung), Azyze pernah mengemudi rancangan radio beliau sendiri, berkerja dengan badan bukan kerajaan dan menjadi pelayan Medan Selera.

Hobi Azyze, selain dari jawapan tipikal ’mendengar muzik, membaca dan menulis’ adalah bermain gitar dengan kombinasi tiga kod asas serta melakar kerajaan fantasi dari awan-awanan. Beliau tidak mempunyai sebarang perhubungan dengan Ayah Pin.

Impian terbesar Azyze adalah untuk berjumpa dengan The Beatles atau mendengar taklimat dari M.Nasir kerana taklimat paling bosan pun boleh menjadi menarik jika ianya dari M.Nasir. 

1 comment:

wira said...

bgmn tips spy konsisten ya?