Pages

Sama seperti Mas Idayu

Friday, August 16, 2013

Bosan bosan bosan bosan bosan, dengan dirimu....

Rasanya blog skin ni antara yang paling lama. Lebih kurang sama lamanya dengan skin kaset John Lennon dulu. Dua tahun lebih. Dah 4 jenis rambut dah aku tukar dalam tempoh ni.

Macam biasa, aku akan ukur perubahan hidup ikut rambut aku pasal sememangnya momentuous events akan diraikan / diratapi dengan perubahan rambut. Untuk dua tahun setengah ni, macam-macam perubahan berlaku, begitu juga rambut aku.

Bermula dengan bob belakang pendek depan panjang, mekudian aku grow out kerinting bagi panjanglepas bahu, pastu cantas pendek layered ala semi pixie, pastu panjang ala shaggy, pastu dengan konfiden aku tarah sebelah botak shaver nombor satu sebelah lagi lurus panjang mencecah dagu. Masuk 6 bulan aku dok touch-up cukur balik everytime rambut tu tumbuh balik, bapak aku memberi kata-kata hikmah bersulam tembakan lazer:

*Sambil driving, dengan muka paling selamba* "Bapak nak tanya.."
"Tanya la."
*Muka straight, macam xde agenda lain* "Yana sampai bila nak style rambut ni?"
*Erk, terkedu. Aiikkkk sebelum ni dia ok je tak bereaksi negatif pun!* "Err... tak tau la. I like it la, Pa. Lain dari orang... senang jaga, cool pun ada. Pastu trendi sikit. Bapak tak suka ke?"
*Sambil senyum* "No lah... bukan... ok ja... tapi lelaki tengok depa tak berani nak tegoq."


Tuuuuuu ddiiiaaaaaaaaaaaaa ayahanda dah bertitah. kalau dah cakap macam ni, takkan tak faham-faham lagi kot? Walaupun time tu aku buat-buat tak faham (aku ni lagi orang suruh lagi aku lawan) tapi dalam hati terus secara automatik niat nak simpan hairstyle ni sampai raya mula berkerekot, remuk dan berkecai menjadi debu dibawa angin. Degil-degil aku, benda macam ni buat aku lemah. Nampaknya lepas 31 tahun, bapak dah tau Kryptonite aku. Cakap lembut, kias dalam. Terus aku rasa bersalah. Ok lah, aku mungkin tak dapat penuhi sesetengah hajat dan impian diorang (baca: kahwin dan beranak pinak; ambik lesen dan beli kereta), tapi rambut aku boleh buat. Apalah sangatkan... 6 bulan tu dah cukup lama kot nak lepas kemaruk 'must try at least once' aku tu. Maka aku pun gigih la simpan rambut.

Hazab nak menyimpan rambut dari botak memang la menggerunkan. Kat aku tak ada apa lah sangat, tapi aku rasa ianya amat menggerunkan orang yang tetiap hari tengok aku dalam komuter / lrt mahupun sesiapa saja secara amnya yang menengok aku. Korang bayangkan, sebelah botak, menunjukkan percambahan rambut berkonsepkan au naturale (yakni kerinting-kerinting semak sukati kaooo), sebelah lagi pulak versi rebonbon anggun terletak yang makin lama menunjukkan roots rambut asal.  Dah separuh achi tamil, separuh kPop sesat dah. Aku tak nafikan, rimas setiap kali tengok cermin, tapi aku bukannya tengok cermin tetiap jam jadi ia taklah mengganggu aku. Walau bagaimanapun, aku ade je kengkawan yang memang betul-betul hardcore tak suka rambut aku. Masa bercukur kemas pun aku kena label banduan penjara la, rambut tak siap la, huduh la (jujur kan kan kan), tolong la duduk side rambut panjang je bila dengan aku, dan sebagainya. Rambut senget sebelah ranggi pun boleh mendapat maklum balas yang cukup... er... 'tegas' dari sorang dua kawan aku, jadi korang bayangkanlah macamana feedback diorang dalam tempoh 3 bulan setengah aku nak tunggu cukur tu tumbuh dan panjang sebelum boleh ditrim. Not that I care though, rambut aku, aku punya suka la kan. Cuma lama-lama menatang tu jadi irritating sebab asyik kena statement je, jadi aku pun secara tak langsung jadi sibuk wish / doa rambut aku cepat la panjang. Siap cuba praktikkan teori 'berak banyak = rambut cepat panjang'. Jangan tanya apa aku buat untuk achieve teori tu, tapi cukup la aku kata yang teori tu ada la 50% true.

Ngam-ngam nak dekat raya, aku berjaya lah trim rambut dan tukar sikit hairstyle. Yang terbaru ni masih senget sebelah panjang sebelah pendek, tapi takde la botak. Rambut kiri ni makin memanjang dan aku rasa lagi dua tiga bulan nak kna trim balik... Insyaallah by end of the year, rambut dah boleh trim bagi sama panjang. Now if only I can get back my single chin to pull off a cute, short hair look... sighhhhhh *muka vain*

Eh, ape bende aku dok cerita tadi?
Ah, penampilan blog ni!
(Sorry, aku memang selalu menyimpang cerita macam ni!)

Macam-macam dah jadi dan aku rasa dah tiba masanya aku dapat roh baru. Kali ni disebabkan aku buntu dan teramat sendap di bahagian medula oblongata akibat tuntutan kareer aku, dan oleh kerana rambut dah dicantas baru-baru ini, I am left with nothing but refreshing this blog. Aku dah lama tinggalkan dunia basic html ni, tapi aku akan cuba.

Bosan lah hitam poyo lama-lama macam ni, tapi tak jumpa apa yang cukup memikat hati.

tengoklah macamana.
But don't tell me you weren't warned on the changes.
  












No comments: