Pages

Revisiting an old memory

Sunday, June 09, 2013

Kalil terakhir aku cakap dengan dia, Januari lepas. Selalunya jumpa sahaja untuk melepak, tapi dia berada di Kuantan pada masa itu dan dia mahu borak. Mula rancak di whatsapp tapi dia asyik ajak berbual melalui panggilan. Aku bergurau, kau rindu kat suara aku ya. Dia gelakkan saja, tapi masih berkeras mahu berbual langsung. Maka dari zap kami beralih ke panggilan.

Macam-macam kami bualkan. Gelak berdekah-dekah. Jarang berbual di telefon membuat aku terasa sedikit kekok, tapi lama kelamaan aku beransur ok, dan sama kuat menyakat. Borak pasal muzik, pasal makanan, pasal keluarga, pasal kehilangan...

Dia bercerita tentang pemergian bapanya... Saat-saat terakhir mereka bersama. Ada kerapuhan dalam suaranya... Sesuatu yang tak pernah diperlihatkannya sepanjang persahabatan kami. Malam itu seperti malam revelasi.. Kami bercerita tentang impian-impian bodoh dan mimpi-mimpi siang hari. Semuanya bagai tak mustahil. Jangan risau, katanya pada aku. Rezeki itu akan datang, katanya optimis. Jangan putus harap, katanya.

Perbualan 4 jam, satu malam itu rasanya lebih peribadi dari sebarang sesi lepak sua muka kami selama itu. Aku juga rasa, di hati kecil aku, yang dia seperti ada sesuatu yang nak dinyatakan tapi tak terlafaz. Waktu itu aku rasa mungkin sekadar perasaan aku, jadi aku ketepikan. 

Orang selalu kata, trust your gut instinct.

Dia menghilang. Memang aku tak tahu ke mana, di mana, dan apa yang sudah jadi. Hidup atau mati, susah atau senang... Mesej tak bebalas, panggilan tak berjawab. Dia seperti tersejat ke udara. Not even a trace.  

Aku tak tahu mengapa dia hilang begitu sahaja. Aku rasa dia dah bersedia untuk pergi, cuma mungkin lebih mudah untuk berlalu tanpa menyatakan goodbye. Mungkin. 

Tipu kalau aku kata aku tak sedih. Setiap kawan ada nilainya tersendiri. Dia seseorang yang muncul dalam fasa transisi kehidupan aku, dia kawan yang tiba paralel dengan saat cambah kematangan aku. Sungguh, aku sayu dia hilang begitu sahaja. Tapi aku tak mahu sedih lama kerana dengan dia aku gembira. Kenapa perlu bersedih, bukan?


Orang selalu kata, people come into your life for reasons. Sometimes unknown, but never for no reason. 

Memang betul. 

Dalam tempoh yang agak singkat, dia mengajar aku mengenali sisi baru diri aku. Benda-benda kecil yang aku tak tahu, mula nampak. Aku jumpa satu keberanian membuka diri pada kebarangkalian berbeza, dia membuat aku mula faham perkara yang samar. Banyak juga yang kabur-kabur tentang persahabatan kami, tapi setidaknya aku celik sedikit dari sebelumnya. 

Kadang-kadang, macam sekarang, aku terfikir pasal dia. 
Kalau dia masih hidup, aku doakan dia bahagia. Bisnesnya berjalan lancar seperti yang diharap, hidup bahagia, keluarga pun terjaga. Jika dia hilang kerana pulang menghadap ilahi, aku doakan dia tenang. 

Aku bayangkan, satu hari aku akan dapat jumpa dia semula. Kau tahu, macam akhir cerita Batman tu. Mungkin duduk di cafe, aku nampak dia di meja hujung, sedang dengan kasual makan atau berbual dengan isteri dan anak-anak. Dan aku, dari jauh, menangkap anak matanya. Buat bebrapa saat pandangan kami bertemu, dan dari kejauhan itu mata aku akan menzahirkan rasa gembira aku melihat dia elok dan bahagia. Bertukar senyuman pantas. Aku akan berlalu dengan senyuman masih di bibir. Aku tak perlu menegur. Dia tak perlu membuka bicara. Cukup sekadar aku tahu dia ay-okay.

Mungkin. Satu hari nanti. Insyaallah.

1 comment:

tenku butang said...

hai.. salam kenal,

done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog