Pages

King Koopa

Tuesday, June 11, 2013

Aku ni kasar. Tapi hati aku lembut.

Aku nampak gila ranggi. Tapi sebenarnya boleh tahan jugak feminin. Tak tunjuk selalu je.

Ada gak orang kata aku ni confusing. 
Ada yang panggil aku Chameleon pasal fashion sense aku agak ikut sukati kepala hotak aku.
Kengkadang aku dress up dengan attire corporate yang buat PR manager syarikat aku pun tergamam. Heels 6 inci, office workdress, siap jacket blazer bagai.
Then, the next day mungkin aku dengan selamba pakai jeans, kemeja riang ria dengan Fedora atas kepala. Suka hati aku. Macam syarikat ini aku yang punya (macam aje).

Memang suka hati aku. 

Aku rajin pakai sneakers pegi keje. Aku suka Airwalk. Kengkadang hijau, biru, pink kilat-kilat pun ada. PR opis aku selalu macam kena minor cardiac hiccup bila dia nampak aku pakai sneakers. Dia tak faham apasal aku takleh pakai heels ngan baju kerja macam orang lain.

Jawapan aku: Creative License. 

Sebab aku kerja bawah bahagian Kreatif, kitorang ada macam unwritten leeway lah sket bab-bab ni. Tapi aku rasa aku pompuan yang paling sempoi (atau selekeh, ikut persepsi korang). Ade je kawan designer aku pegi keluar keje bank, skang ni masuk balik, dah berhijrah pakai baju syariah compliance je manjang. Sungguh segak. And by syariah aku maksudkan proper corporate attire dengan buttoned up jackets slacks bagai hehe. Aku je nama pernah keje kat a true blue corporate company setahun. Masuk balik dunia writing, jahanammmmmmm hahaha. (Tapi so far belum kembali ke sweater hoodie atau t-shirt. Tu keji sangat)  


Hahahah. Sukati aku je kan.
Umur dah 31 tapi perangai masih macam 23. 
Kalaulah muka pun kekal 23. 

Aku rasa janggal bila aku, berpakaian sneakers lenjan, jeans buruk, dengan kemeja riang-ria dan berambut senget ni kena panggil 'akak' oleh cashier kedai. Oh tua nya. 

Itu je aku nak cakap. Post ni takde perenggan penutup. Sila buat andaian sendiri.

Bwahahahaah.

3 comments:

Anonymous said...

kau kutuk pompuan yang keluar keja bank masuk balik tu ye... wakakakakaaa!!!

pompuan tu bangang. dia takde fashion sense. sebab tu la dia macam tu...

azyze said...

Anon:
Ehhhh manade kutuk. Pujian dalam kekaguman ni. Dia berjaya tak masuk balik dalam dunia pemakaian jimba. Aku ni tetiba nak pakai heels macam asing gila. Haha.

btw, budak bank islamik tu (syariah compliance hehe) adalah antara orang paling stylo ok. Cuma dia stylo bertempat dan tak pakai eyeshadow biru macam sesumpah dia siang hari seperti beberapa amoi dia opis yg confuse night n day makeup hehe

Anonymous said...

bahahahahahahaha!