Pages

Tiga soalan rumusan

Tuesday, May 14, 2013

Dah lama tak sentuh blog ni.
Sibuk dan sebagainya. Alasan aku memang cliche.
Mahu update tapi malas nak berjela. Teringat 3 soalan luarbiasa yang aku dapat minggu lepas dari pelbagai orang. Lepas pikir, aku rasa cukup kot jawapan pada 3 soalan ini merumus keadaan aku sekarang.

1. Wahhhhh dah ada boyfriend sekarang... pegang tangan gi tengok wayang kannnn?
Errr... okay, ini speku. Tidak langsung. Sebenarnya syok jugak kalau aku pegi tengok wayang dengan boyfren pastu pegang tangan segala, kongsi popcorn, lepas wayang pegi minum-minum sambil borak-borak pasal masa depan dan berapa anak kitorang nak -- tapi hakikatnya aku takde boyfren buat masa ni jadi semua ini tidaklah berlaku.

Hmmm actually boring jugak kan single. Tetiba aku macam dapat panggilan illahi untuk cari teman hidup. No, not those whiny 'kenapa aku takde boyfen? Aku nak boyfrennnnnnn" but this is more macam positive. It's like one day aku bangun tido pastu rasa macam... hmmm... eh lama la single. Jom double lah pulak lalallalallalala

Camtu lah. Heheh.


2. Wah, dah masuk setahun kan ko duduk rumah ko. Tak pernah jemput pon kitorang datang. Mesti grand kan rumah ko?
Err... jauh panggang dari api. Kalau korang nak tahu, rumah aku masih kosong lagi. Betul. Dalam setahun ni, aku cuma bejaya accumulate benda wajib je. Katil, almari. Kipas. Lampu. langsir-langsir. Rak buku. Meja makan. Sofa kecik. Dapur. Tu je.

Takde TV besar, takde PS3, takde wall art yang impressive, takde carpet grand, armoire cantik, bilik tetamu masih jadi bilik laundry, library dah macam bilik stor, lampu pathway dah blow tapi tak berganti lagi.... err.. itulah.
Sebab tu aku malas nak ajak orang. Aku suka kekosongan rumah aku tu, tapi memang nampak sedikit tak terurus lah, lebih macam rumah student dari rumah pompuan 30an. Sofa tu pun aku beli pasal kesian tengok mak bapak aku begelimpangan kat lantai setiap kali datang lepak rumah aku.

Oh, satu lagi. Bab jemput datang rumah ni kan...rumah tu macam sanctuary aku. Macam lebih kurang satu-satunya ruang persendirian aku. Jadi aku sangat memilih siapa yang aku jemput, dan berapa lama orang tu datang. Selain ahli keluarga aku, saudara mara semua pun aku tak jemput lagi. Kawan pun adalah dua tiga saja yang dah berjaya datang. Jadi kalau korang belum lagi dihulur jemputan, jangan kecik hati ya. Itu maknanya belum masa. Insyaallah kalau rumah aku dah semenggah dan aku dah boleh lepaskan 'kedekut ruang' aku ni, aku jemput.


3. Aritu ko undi sapa?
Hahahahahahah aku suka tapi tak suka soalan ni.
Korang pun tau aku tak suka politik. Kalau aku dah tak tahan sangat baru la aku berbunyi. Kalau boleh memang  aku tak mau borak pasal benda ni. Tapi memandangkan ko dah tanya, dan bukan ko saja, pakcik teksi pun sibuk nak tau pasal siapa aku undi, aku bagitau ke lah kat sini. Lepas ni jangan tanya lagi.

aku undi XXXX. Undi adalah rahsia. Hehehheeheheeh.



Sekian.
Okay lunch time dah nak abis dan aku masih macam nak menangis nak habiskan bancuhan Apple Cider Vinegar ni. Nak carik CD Sting kejap. Mungkin kekacakan suara Sting boleh tolong cuka tajam ni masuk dalam tekak dengan lebih mudah.


Toodleooos!


3 comments:

A, is for Anomaly said...

Hai Azyze! Sorry to barge in but I'm wondering if you're looking for freelancer? hahaha yeah me. i'm looking for FL job. Do let me know if you know any yea?Thx.

p/s: Oh God, srsly I feel like a douchebag masuk komen tulis menda menyimpang. Hergh.

azyze said...

A:
hahaha takde hal. I do sub jobs out once in a while but mainly press releases, and it would mostly be related to beauty. You okay with that?

A, is for Anomaly said...

Hey, sorry! Yes sure, kalau ada pls drop the details at amin_sharipuddin[at]yahoo[dot]com yeaaa/Also pls delete this nanti tau. Thanks!