Pages

Don't overdo the irises, please

Tuesday, May 14, 2013

Hok aloh.

Aku tengok dia. "Korang ni, bende kecik je kot. Takkan pasal tu pun nak gaduh."

Masam mukanya. "Kalau ko tengok pun, kau muntah kot. Aku dah kata aku suka dia sedia ada. Tak payah la nak tambah-tambah comel tu."

"Ala, kalau dia nak cantik-cantik untuk ko, apa salahnya? Kang diua selekeh ko plak segan nak bawak kuar," kata aku, rimas tengok muka dia yang marah meluap-luap pada benda yang sungguh remeh.

Dia mendengus. "Jap lagi dia sampai, ko tengok la sendiri. Aku dah warn jangan pakai, dia kata nak jugak pasal dah beli dari Korea. Arrgghhh stress dowh!"

Tak sampai 5 minit lepas tu, dari jauh aku nampak Iza masuk ke restoran tempat kami makan. Ayu je aku tengok. Dres maxi kuning yang tak berapa nak lekap ke badan, inner biru firuz, tudung tribal trend terkini, dengan espadrilles berwarna-warni. Aku yang perempuan ni pun rasa dia cantik gila, ntah apasal ntah dia marah sangat.

Tapi

Eh, apa tu? Biar betul Iza ni.... Iza senyum sampai ke telinga, aku pulak makin membeliak. Minah ni okay ke tak?!

"Haaa... baru kau tau, kan? Ko tak terkejut ke kalau malam-malam aku singgah rumah dia nak bagi barang yang bapak dia kirim, dia keluar umah muka serabai tapi camtu?"dia tengok muka aku dengan ekspresi I Told You So yang sungguh dasyat.


Iza sampai di meja. Dengan pantas memaut lengan boyfriend dia yang tak berapa hingin tu, dan berpaling memandang aku dengan pantas.

"Hi Elle! Cantik tak, nok?" kata Iza sambil mengerdip mata dua tiga kali, laju-laju.

Aku terkedu.

Sebab dari dekat efek dia lagi dasyat. Aku rasa segala bulu kat badan aku ni meremang dasyat. Woh... rasa macam kena sedut dalam vorteks menakutkan dan bakal tercampak ke galaksi tak dikenalpasti dan dimakan alien berlendir yang sungguh errccckkkkk!

Apa kau tak meremang kalau kau tengok kawan / gefren ko mata macam Lady gaga kena rasukan Chandramukhi?



Pitam sekejap.

No comments: