Pages

Tweeting nonsense

Sunday, December 09, 2012

Aku tak ada twitter. Sebab pertama, aku tak suka diri aku jadi googleable, dan sebab kedua, aku rasa aku hanya akan penuhkan twitter page aku dengan musings yang bodoh, merepek atau keduanya sekali.

Berapa banyak dari kita yang tengok tweet orang dan rasa "Ape ke bongoknya dia ni? Benda macam ni tak payah masuk tweet lah woi!", tapi bila kita ada tweeter sendiri, sama je hauknya? Come on, jangan deny... aku yang kental gila dekat facebook tu pun minggu lepas dah broke my cardinal rule on writing statuses about the office (dalam kemarahan aku pasal duit yang dicuri orang tu), jadi apa lah sangat nak dibandingkan dengan orang lain kan? Bukan semua orang cukup witty untuk menulis perkara menarik / kelakar / menguji minda dalam 140 karakter pada setiap masa. Aku, lagi la. Blog ni cukup kot jadi bukti yang aku ni, kalau nak cerita satu benda, lapan juta perenggan kena kona baru sampai. Tweeter memanglah bukan platform aku. Lagfpun kalau aku ada tweeter, ada masa ke nak tweet? Hmmm...

Aku rasa, kebanyakan tweet aku mungkin berlaku di waktu-waktu senggang aku, yakni masa dalam komuter dan tren setiap pagi dan malam, waktu berteleku di jamban, waktu tunggu teksi, dan mungkin sebelum aku tidur. Waktu-waktu ini pemikiran eureka memang selalu berlaku, tapi seperti mana manusia averagr lain, eureka aku, jika dipikir lebih dari 1 minit, akan mula menampakkan bocor-bocor yang secara pantas menenggelamkan momen genius aku ke dasar sea of stupid thoughts, menigggalkan buih-buih regret yang tibul do permukaan, mengingatkan aku betapa ceteknya pemikiran aku.

Memang aku bukan material tweeter lah.

Tapi, kalau, kalaulah aku ada tweeter, apa agaknya update-update tak munasabah aku eh?

4 comments:

A, is for Anomaly said...

possible tweets:

"ehmahgard busuknya orang sebelah i dalam tren ni"

atau

"siot la apahal lunch hari ni cas sampai rm7!"

atau

"pengguna jalan (insert any jalan)),korang semua drive macam tenuk!"


there you go.

azyze said...

Anomaly:
hahahaha. Not really my tweet-type.
Bet it's yours, eh? hehheeheh

A, is for Anomaly said...

nope,except the third example.

mizzyN said...

Aku nak tweet kat sini je la

"Bespren kat zaman dip ni payah betul nak jumpa, nak ajak gi event indie pun masa tak sesuai, Tunggu anak kedua keluar kot baru boleh jumpa."

Haha, aku tweet 20 kali sehari tapi mcm 3 kali seminggu je. Kadang2 tak tweet pun, mana dan je mcm baca suratkabo.