Pages

Why do you wear the Guy Fawkes Mask?

Monday, November 05, 2012



Hari ini adalah Guy Fawkes Day di UK.
Guy Fawkes merupakan salah seorang dari 13 konspirator yang terlibat dalam rancangan meletupkan House of Lords pada 1605. Pihak berkuasa telah berjaya mengantoikan Fawkes dan rakan-rakannnya dan setelah dibicarakan (Fawkes mengaku tidak bersalah), Fawkes dan kawan-kawan dijatuhkan hukuman gantung, dikerat dan dihantar ke empat penjuru negara sebagai pengajaran kepada rakyat (fuh!). Penduduk London telah digalakkan menyambut kejatuhan konspirasi 'Gunpowder Treason Plot' tersebut pada setiap 5 November, dan keraian tersebut dikenali sebagai Guy Fawkes Day. Patung-patung Guy Fawkes akan dibakar sebagai tanda kebencian mereka.


Walau bagaimanapun,
seperti mana-mana pesalahlaku lantang yang mati di tangan kerajaan, status beliau berubah menjadi ikon pejuang kebebasan yang kini semakin dicontohi. Topeng Fawkes menjadi popular setelah novel grafik Alan Moore, V for Vendetta menjadi kultus besar seluruh dunia. Susulan kebangkitan rakyat pelbagai negara menentang kerajaan semakin menjadi-jadi, topeng Fawkes kini dianggap sebagai simbol perjuangan menentang opresi serta kebebasan mutlak.

Tak lama lagi, rasanya topeng ini akan menjadi penyebab kamu ditahan jika memakainya di rapat umum serta sesi demonstrasi kerana stigma keganasan yang melekat dengannya.

Jadi sebelum kamu suka-suka sarung topeng ini, kenali siapa dan apa perjuangan Fawkes. Jika kamu banyak terkesan dengan V for Vendetta (sepeti saya), tak kiralah versi novel atau filem (saya syorkan novel grafiknya), baca atau fahamkan betul-betul bait kata yang diungkap oleh V sebelum anda join in the bandwagon.

Ini kerana perjuangan menentang keganasan dan penindasan harus terus wujud, tetapi cara ianya dijalankan tidak harus terikat dengan letupan dan pembunuhan. Dunia sudah berubah, dan mentaliti kita juga harus sejajar dengannya.

I'm a V believer, but that doesn't mean that I'd walk into Bangunan Parlimen and blow up our government. There's always reasoning... and when those fail, don't jump the gun. Brew your ideas through thought provoking media and other sources of communication. Ideas are bulletproof, and words will never lose their power. Do not succumb to the bombs and tanks. When united, our voices will be heard. Back in Fawkes' day, diorang takde means untuk menyebarkan pemahaman sepertimana kita. In our borderless age, war, violence and acts of terrorism are no longer means for freedom. There is a reason why god gave you your brain, there's a reason why hate is scorn upon. Rebel against the establishment in an intelligent way, because remember, YOU might one day BECOME the establishment. An uprise could start with the best intentions but anything violent would almost always trigger a domino effect of unspeakable destruction, either material or spiritual.

The earth's clock is already ticking it's armageddon, heaving its last breaths away. Why shorten our stay on it with destruction and senseless hate.

Be the provocateur for peace, not hate.

Let the mask represent not anonymity for destruction, but a unity against demolition and the power of the strongest revolution -- one of the mind, not blind might.




No comments: