Pages

A little bread

Tuesday, October 02, 2012

Secara amnya aku manusia yang optimistik. Kamu boleh tanya pada kawan-kawan. Aku yakin ramai yang akan kata aku selalu sangat berfikiran positif, penuh kata-kata peransang, malah mungkin terlalu saccharin ke tahap memualkan. Ya, kawan-kawan panggil aku Kofi Anan. Alah, kalau kamu x kenal Kofi Anan, mungkin kamu tak patut lepak di blog ini selalu sangat. Generasi kita berbeza dan aku tak mahu kamu jadikan aku alasan kamu banyak typo dalam SPM nanti :p

Sebenarnya aku sama human seperti kamu semua. Yang rajin baca blog ini akan tahu tentang sisi melankolia aku yang kadang-kadang beraja di celah bebelan harian dan lawak-lawak bodoh aku. Yang pernah duduk serumah boleh sahkan kemalasan yang bersarang dalam tulang belulang aku, dan yang benar-benar rapat dengan aku akan tahu bertapa takutnya aku dengan ketidaktentuan masa depan dan pessimisnya aku terhadap banyak perkara, terutamanya diri sendiri.

Memang ada orang yang dilahirkan dengan kadar keyakinan diri dan sudut pandang yang cerah. Bagi aku yang tak berapa nak hebat ni, aku ibaratkan diri aku bagai the typical writer yang selalu kamu baca personalitinya dalam buku-buku, filem mahupun cerita sampaian orang dulu-dulu. Aku sering awkward bila dalam kumpulan besar. Aku secara sosialnya seorang yang disenangi, yakin dan selesa dengan diri sendiri dan mudah dibuat kawan, tapi secara peribadiku perasan yang tanpa sedar, aku lebih cenderung menyendiri.

Sebagai seorang Taurus yang dibesarkan dengan konondrum Gemini, sisi setia dan down to earth aku bercanggah ruah dengan keinginan membuktikan my self worthy serta menjadi seseorang yang dikenali ramai. I know I somewhat have a few talents that if given a lil work on, would potentially bring much fame (perhaps even recognition) to me, but I cannot bear the thought of having to live with no privacy 24/7. Oleh itu, saya kekal seorang half-baked artist, her raw work entombed in old journals and friends' personal recording collection. Always, the reclusive writer in me wins.

Jadi bila kau nampak aku bising, ceria dan ebok-ebok, itu Gemini aku. Bila lepak, diam, mendengar dengan baik dan menjadi ransang pemangkin pada ketidaktentuan keadaan, itu Taurus aku. Dan jika aku tampil yakin bergaya dengan fesyen esentrik yang separa awesome separa whhuuttttttdahel, itu adalah aku, dalam mode swagger ajaib yang dikenali di zaman ini sebagai

Opp Opp Opp Opp Oppa Gangnam Style!




Douchebaggery swagger, Asian style. Word. 


Published with Blogger-droid v2.0.9

6 comments:

mizzyN said...

Aku idamkan kasut pesen oxford, terima kasih.

mizzyN said...

Jika kau duduk di opis aku, pasti ko lagi ingin jadi tak glamer bila tengok kehidupan retis hari2. boleh ke sana ke mari orang tak kenal, kalau hari mood tak baik tak payah nak senyum lebih2 kat sekalian alam.

A, is for Anomaly said...

on a contrast, I'm a cynical and bitter Taurus. I hate pretty much everything but unconsciously, I long to be like the people I loathe.

azyze said...
This comment has been removed by the author.
azyze said...

mizzyN:
ah, aku idamkan pendidikan Oxford. Berangan.

Yeah setuju, dari zaman belajar pun kau tau aku memang lain dari kebanyakan. Selalu lawan arus perdana, lebih pelikdari biasa (orang kata. aku rasa aku cool je). Kalau di opis ko, aku confirm hardcore anti-social haha


Anomaly:
Holy Beetlejuice, you're a Taurean too? Amazing!

A Tauro will only be cynical, bitter or untrusting if he/she has been deeply betrayed. For the most part, we are forgiving. So I'm guessing you went thru some deep shit, huh? No worries... by the time you hit your 30th mark (I'm assuming you're younger than me), most of the sucky part of life will unravel and a huge burden will automatically be lifted from your shoulders. Waktu itu, benda yang satu masa dulu bikin kudis dalam hati, terus hilang macam kawan yang liat nak bayar hutang :P

Errrr.. siapa yang kamu nak jadi tu? Hihi

mizzyN said...

mizzyn
I thank Allah SWT aku x glamer lagi, setakat ni la. kalau glamer x bleh pakai baju atas lain bawah lain, sentiasa kena nampak put together. Lepas tu masa makan xde org tgk lebih2, google nama sendiri x de pape hasil pun kat the net.