Pages

Senyumlah

Wednesday, October 31, 2012

Aku gembira dengan hidup aku sekarang.

Cuma, kadang-kadang, bila aku duduk sendirian, aku teringat pada dia yang pernah melintas seketika di garis hidup aku dan  wajah Sinead O'Connor akan terimbas di hadapan aku, air mata mengalir di pipinya sambil dia menyanyikan bait kata yang cukup menusuk hati aku suatu ketika dulu.

Sesekali, aku terfikir, memang betul, nothing compares to you.

Tapi cuma sesekali.

Musterin' It Monday

Monday, October 22, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

That awkward moment

Thursday, October 18, 2012

I'm sure you've seen at least one romantic movie, right?

You know how the story goes right? Searching, falling head over heels in love with that soulmate, the  heartbreak of finding out that something is seriously wrong / they are not who they really are / something or someone is standing in the way of happiness, and of course, the perfect romantic ending where love wins and eternal happiness is promised as the credit rolls.

Well, my life is like that.
Except it is a loop of all the heartbreaking scenes. Not exactly just about love, just that crushed feeling, over and over again.

I feel like shit. I have a brain, I have feet, yet I still don't know how to 'steer' my life in the favourable 'direction'. Dr. Seuss shouldn't have written all those silly stuff.

A little bread

Tuesday, October 02, 2012

Secara amnya aku manusia yang optimistik. Kamu boleh tanya pada kawan-kawan. Aku yakin ramai yang akan kata aku selalu sangat berfikiran positif, penuh kata-kata peransang, malah mungkin terlalu saccharin ke tahap memualkan. Ya, kawan-kawan panggil aku Kofi Anan. Alah, kalau kamu x kenal Kofi Anan, mungkin kamu tak patut lepak di blog ini selalu sangat. Generasi kita berbeza dan aku tak mahu kamu jadikan aku alasan kamu banyak typo dalam SPM nanti :p

Sebenarnya aku sama human seperti kamu semua. Yang rajin baca blog ini akan tahu tentang sisi melankolia aku yang kadang-kadang beraja di celah bebelan harian dan lawak-lawak bodoh aku. Yang pernah duduk serumah boleh sahkan kemalasan yang bersarang dalam tulang belulang aku, dan yang benar-benar rapat dengan aku akan tahu bertapa takutnya aku dengan ketidaktentuan masa depan dan pessimisnya aku terhadap banyak perkara, terutamanya diri sendiri.

Memang ada orang yang dilahirkan dengan kadar keyakinan diri dan sudut pandang yang cerah. Bagi aku yang tak berapa nak hebat ni, aku ibaratkan diri aku bagai the typical writer yang selalu kamu baca personalitinya dalam buku-buku, filem mahupun cerita sampaian orang dulu-dulu. Aku sering awkward bila dalam kumpulan besar. Aku secara sosialnya seorang yang disenangi, yakin dan selesa dengan diri sendiri dan mudah dibuat kawan, tapi secara peribadiku perasan yang tanpa sedar, aku lebih cenderung menyendiri.

Sebagai seorang Taurus yang dibesarkan dengan konondrum Gemini, sisi setia dan down to earth aku bercanggah ruah dengan keinginan membuktikan my self worthy serta menjadi seseorang yang dikenali ramai. I know I somewhat have a few talents that if given a lil work on, would potentially bring much fame (perhaps even recognition) to me, but I cannot bear the thought of having to live with no privacy 24/7. Oleh itu, saya kekal seorang half-baked artist, her raw work entombed in old journals and friends' personal recording collection. Always, the reclusive writer in me wins.

Jadi bila kau nampak aku bising, ceria dan ebok-ebok, itu Gemini aku. Bila lepak, diam, mendengar dengan baik dan menjadi ransang pemangkin pada ketidaktentuan keadaan, itu Taurus aku. Dan jika aku tampil yakin bergaya dengan fesyen esentrik yang separa awesome separa whhuuttttttdahel, itu adalah aku, dalam mode swagger ajaib yang dikenali di zaman ini sebagai

Opp Opp Opp Opp Oppa Gangnam Style!




Douchebaggery swagger, Asian style. Word. 


Published with Blogger-droid v2.0.9