Pages

Peluh

Tuesday, September 18, 2012

Ada perempuan masuk dalam komuter dengan peluh menitik. Dari hujung rambut, basah. Kalau tengok dari jauh seperti biasa, tapi dekat-dekat boleh nampak peluh menitis di kolar bajunya. Di dahi dan pipi peluh mula mekar bertitik, dan kadangkala laju meleleh dari sisi dahi ke tepi telinga lantas berkumpul di hujung dagu, sebelum jatuh ke lantai (kadag-kadang ke atas baju).

Setiap pagi mesti begitu. Walaupun dia berbaju kerja lengkap dengan blazer warna gelap dan kasut tumit tinggi, mahupun baju hitam lengan panjang dengan tali pinggang clincher serta gelang kerincing, hinggalah bila dia berseluar jeans dengan blaus nipis yang cukup kasual... 9.5 dari 10 kali, dia pasti berpeluh dasyat.

Orang pelik memandang dia. Kenapa perempuan ini berpeluh sakan? Mungkin dia ada penyakit? Takkan dia terkejarkan tren tiap-tiap hari?


Sebenarnya dia tiap-tiap pagi akan berjalan kaki dari rumahnya ke stesen komuter. Dari rumahnya, dia lalu di hadapan kompleks bagunan kediaman berstrata tinggi, kemudian dia masuk pula ke kawasan rumah-rumah kampung usang berkereta Vios dan Hyundai. Sesekali dia akan berhenti menggoyangkan kaki agar kerikil-kerikil kecil yang temasuk ke dalam kasutnya terpelanting keluar, kadang-kadang dia tunduk melipat seluar dari basah terkena jalan yang berlapis air embun subuh.

Jalannya agak laju. Tidaklah sehingga berlari, kerana dia berbaju kerja. Tidak juga terlalu perlahan seperti tidak mengambil kira masa. Dia berjalan separa laju, seperti 'brisk walking'. Tubuh yang berisi kadang-kala bagai susah nak percaya boleh bergerak sepantasnya, tetapi memang mampu. Masa mula dahulu, dia ambil masa 30 minit. Kemudian 20. Kini dalam 15 dia sudah mampu sampai ke destinasi, krcuali jika lagu yang berkumandang di telinga sedikit jazzy atau chill. Pagi-pagi mood sudah ditempa oleh muzik pilihan, jadi adakalanya dia terikutkan rentak yang di gegendang.

Jadi sebab itulah, tiap-tiap hari perempuan itu akan berpeluh sakan setibanya dia di stesen komuter. Dia mungkin kelihatan seperti wanita berkerjaya (kadang-kadang selekeh pula) yang tak mungkin menapak ke kerja, tapi, pssssstttt! dia sebenarnya tak berkereta pun!

Macamana saya tahu? Haaaaa tentulah saya tahu,
sebab

perempuan tu adalah saya. Hahahahahaha!


3 comments:

Anonymous said...

mesti busuk kan

azyze said...

anon:
hahahaha tak tau la pulak busuk ke tak. rasanya jalan tak cukup jauh untuk keluar peluh busuk. sekadar basah-basah manja je kot. kalau busuk sure tengik punya kan bila dah kering. so far takde.

but just to be sure, i'll ask my colleague. hahaahah :P

azyze said...
This comment has been removed by the author.