Pages

unsure

Friday, September 28, 2012

Unsure
You're blowing hot and cold
One minute its yes, the next you phase out
One second you treat me like a princess, the next I'm just part of the ignored crowd

Maybe you should make it easy for the both of us
And just say your intentions out loud

Please?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Possibly maybe

Thursday, September 27, 2012

That awkward moment when you realize that your red pen's ink looks like period...

Published with Blogger-droid v2.0.9

As my shoes fill up with water

Monday, September 24, 2012


"And maybe I'm too young, to keep good love from going wrong"
"Broken down and hungry for your love but no way to feed it"
"It's never over, she's the tear that hangs inside my song forever"

Mungkin juga.
Aku benci tapi aku obses dengan lagu Jeff Buckley, Lover You Should Have Come Over.
Dah setahun. Sepatutnya aku sudah melepasi fasa obsesi aku dengan lagu ini. Tapi nampaknya lagu ini masih menghantui aku.

Mungkin aku perlu mengaku dengan diri sendiri, sebak hati pada lagu ini nampaknya akan sentiasa hadir setiap kali lagu ini berkumpandang, biar saat aku gembira mahupun sedih. Dan juga kenyataan bahawa aku memang seorang sucker for sad tunes.

Lagu ini kini memasuki carta hati pecah sepanjang zaman aku, sama dengan Eleanor Rigby oleh Beatles dan Blower's Daughter oleh Damien Rice.

seven days in sunny June

Why you had to drop that bomb on me?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Peluh

Tuesday, September 18, 2012

Ada perempuan masuk dalam komuter dengan peluh menitik. Dari hujung rambut, basah. Kalau tengok dari jauh seperti biasa, tapi dekat-dekat boleh nampak peluh menitis di kolar bajunya. Di dahi dan pipi peluh mula mekar bertitik, dan kadangkala laju meleleh dari sisi dahi ke tepi telinga lantas berkumpul di hujung dagu, sebelum jatuh ke lantai (kadag-kadang ke atas baju).

Setiap pagi mesti begitu. Walaupun dia berbaju kerja lengkap dengan blazer warna gelap dan kasut tumit tinggi, mahupun baju hitam lengan panjang dengan tali pinggang clincher serta gelang kerincing, hinggalah bila dia berseluar jeans dengan blaus nipis yang cukup kasual... 9.5 dari 10 kali, dia pasti berpeluh dasyat.

Orang pelik memandang dia. Kenapa perempuan ini berpeluh sakan? Mungkin dia ada penyakit? Takkan dia terkejarkan tren tiap-tiap hari?


Sebenarnya dia tiap-tiap pagi akan berjalan kaki dari rumahnya ke stesen komuter. Dari rumahnya, dia lalu di hadapan kompleks bagunan kediaman berstrata tinggi, kemudian dia masuk pula ke kawasan rumah-rumah kampung usang berkereta Vios dan Hyundai. Sesekali dia akan berhenti menggoyangkan kaki agar kerikil-kerikil kecil yang temasuk ke dalam kasutnya terpelanting keluar, kadang-kadang dia tunduk melipat seluar dari basah terkena jalan yang berlapis air embun subuh.

Jalannya agak laju. Tidaklah sehingga berlari, kerana dia berbaju kerja. Tidak juga terlalu perlahan seperti tidak mengambil kira masa. Dia berjalan separa laju, seperti 'brisk walking'. Tubuh yang berisi kadang-kala bagai susah nak percaya boleh bergerak sepantasnya, tetapi memang mampu. Masa mula dahulu, dia ambil masa 30 minit. Kemudian 20. Kini dalam 15 dia sudah mampu sampai ke destinasi, krcuali jika lagu yang berkumandang di telinga sedikit jazzy atau chill. Pagi-pagi mood sudah ditempa oleh muzik pilihan, jadi adakalanya dia terikutkan rentak yang di gegendang.

Jadi sebab itulah, tiap-tiap hari perempuan itu akan berpeluh sakan setibanya dia di stesen komuter. Dia mungkin kelihatan seperti wanita berkerjaya (kadang-kadang selekeh pula) yang tak mungkin menapak ke kerja, tapi, pssssstttt! dia sebenarnya tak berkereta pun!

Macamana saya tahu? Haaaaa tentulah saya tahu,
sebab

perempuan tu adalah saya. Hahahahahaha!


Melimpah

Sesempit alur peluh kepentingan dirimu sendiri
Limpah titisnya langsung jatuh memercik
Melempias pada kain-kain putih yang suci
Selama ini berbakti melindung tubuhmu
Dari terik mentari, basah hujan, tajam ribut angin
Tanpa satu fikir pun
Kau kotori

Tetap kain-kain itu kau jadikan alas kakimu untuk berjalan terus
Sebagai 'kasut'
Sebagai tuala
Sebagai pelantar untuk maju ke destinasi mu

Bila kain sudah racik
Aku ingin tahu
Adakah ia akan kau simpan dalam kocek
Sebagai peringatan jasanya
Atau sekadar ditinggalkan atas tanah kering
Biar usang tak berlaman
Dan akhirnya hancur tak bertanda?

Society? Self righteous Haters?

Friday, September 07, 2012

Who taught you to hate the color of your skin?

Who taught you to hate the texture of your hair?

Who taught you to hate the shape of your nose and the shape of your lips?

Who taught you to hate yourself from the top of your head to the soles of your feet?


-Malcolm X, 1962


Published with Blogger-droid v2.0.4

And just like that, he was gone

Sunday, September 02, 2012

Things I never learn:

To be careful of my heart.