Pages

cabaran

Thursday, August 09, 2012

Tuhan datangkan macam-macam dugaan dalam pelbagai bentuk.


Kadang-kadang ianya nyata, macam bencana alam. Kadang-kadang dalam bentuk yang lebih halus, seperti mendapat perkara baik secara berganda-ganda pada jangkamasa yang singkat.


Satu menguji kecekalan hati menghadapi kesukaran, satu lagi menduga antara keterujaan, syukur dan kemegahan.


Keduanya menguji kepercayaan kita kepada kuasaNya. Keduanya memerlukan kita bertafakur dalam kerendahan diri.


Normal untuk kita berasa keliru. Aku selalu keliru dengan musibah atau anugerah. Bila musibah, aku sedih mengenang nasib. Bila beranugerah, terkadang aku persoalkan kenapa tuhan begitu baik dengan aku, apa tang aku lakukan untuk dapat rezeki sebegitu baik.


Tapi tak elok mempersoalkan kejadianNya. Semua yg berlaku ada sebabnya. Mungkin nak cabar kekentalan kita.


Aku Cuba cari hikmah di sebalik sesuatu dugaan.Contohnya, bila penat balik kerja lewat malam Dan mendapati paip bilik air pecah dan habis banjir bilik-bilik, maka aku lihat saja dugaan tersebut sebagai ujian. Dan hikmahnya, lepas ni tak payah kemas rumah untuk raya pasal semuanya dah aku buat malam smalam.


Sakit belakang mengemop Dan angkut karpet? Hmm tak jumpa lagi hikmahnya. Mungkin nak saja test keupayaan diri kot?


Mungkin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: