Pages

Bukannya...

Monday, August 06, 2012

Kadang-kadang manusia ni ada macam-macam.
Biarpun sama bangsa atau sama agama, ada jugak yang kadang-kadang buat kita mahu mengucapkan Wadefaq. Kalau dengan kawan-kawan, kebarangkalian aku cakap sahaja Wadefaq itu sungguh tinggi. Tapi kebanyakan masanya, bila senario sebegini terjadi dalam lingkungan orang yang kurang dikenali, aku cuma mampu terkedip-kedip mata sambil berwajah terkejut ala ikon YM yang mata terbeliak mulut ternganga tu. Tak tahu? Ala, macam muka Tan Hong Ming bila dapat tahu crush dia kata boyfriend dia Tan Hong Ming tuuuuu... haaaaa, camtu la.

Selalunya diorang akan segan sendiri setelah melihat aku buat muka over-exagerrate cengitu. Tapi ada jugak yang tak faham bahasa. Contohnya seorang makhluk Allah ni. Ada ke patut, dia kata

"Alah... perisa babi, bukannya babi. Kalau babi aku tak makan la."

Apakah itu kawan-kawan? Sudah ku buat muka terkejut, dia masih bersifat selamba dengan gaya eleh normal apa makan benda perisa babi.

Di saat itu aku terasa seperti nak terlangkup jatuh macam Chow Sing Chi dalam cerita-cerita mengarut dia. AiyyyaaaaaaK * kejung jatuh*

No comments: