Pages

Betul cakap Louis Armstrong

Tuesday, August 07, 2012

Dunia ini sungguh indah sebenarnya.

Sesekali bila aku jalan kaki balik dari kerja, barisan pokok tinggi berbunga ala sakura di kawan berdekatan rumah akan buat aku ternganga sekejap... aku akan terhenti dan ambil beberapa saat menelek pokok-pokok tersebut. Pelik agaknya, aku bermuka gleeful tengok pokok, sebab pernah sekali ada brother ni tengok aku macam aku hilang akal padahal bukannya aku berjoget gembira ke, hape ke. Shows how much we disregard the small but abundant miracles in life god has peppered around us eh?


Thing is, aku rasa aku pun cuma sesekali je akan tersedar keindahan dunia dan hidup. Kebanyakan masanya aku lebih occupied dengan beban kerja, soal kewangan yang macam tak pernah cukup, penat, 'masalah2' sampingan lain... lebih banyak fikir yang negatif, bukan positif. Kenapa?


Mungkin tak cukup bersyukur agaknya. Mungkin solat tak cukup kusyuk dan lengkap agaknya. Mungkin tak begitu menghargai masa, terkejar-kejar dengan duniawi hingga tak ada masa untuk diri sendiri, apatah lagi alam sekeliling.


Apa pun, lepas ini aku kena belajar lebih banyak menghayati dunia sekitar aku. Takut nanti bila dah tak ada kudrat, baru nak rasa rugi atau kekurangan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: