Pages

Kerengsaan

Tuesday, July 03, 2012

Malam yang dingin membuat aku menarik selimut nipisku dengan lebih ketat, agar lebih rapat dengan tubuh... menjadi helaian kulit kedua yang menyalut peri dengan suam-suam yang seperti ada, seperti tidak.

Teringat akan semalam.
Semalam, aku terjaga secara spontan, lebih kurang pukul 3 pagi (rasanya) untuk menukar posisi tidur dari bahagian kiri katil ke kanan, Sudah jadi habit, kerana tak mahu tilam x digunakan dengan sekata.

Dalam nak lena semula, aku dengan tak sengaja terfikir, payah jugak kalau tidur seorang atas katil bersaiz besar. Nak kena set kepala untuk bangun tengah malam dan tukar posisi lah, nak kena biasakan golek-golek lah (sebab orang kata kalau ada kawasan tak bersentuh lama, nanti 'ada yang menumpang'), nak kena terbalikkan tilam setiap bulan lah...

Kalau tidur berdua, taklah susah-susah nak fikir pasal nak gunakan segala ruang yang ada.

Pagi tadi, ketika teringat akan keluh hati aku beberapa jam sebelumnya, baru aku terperasan.
Apakah tetiba kepala hotak memikirkan 'kalau tidur berdua'?
Hahahahaahahah.

Boleh fikir praktikaliti tidur. Tak terfikir langsung elemen seksual.
Nampak sangat aku dah matang (atau tua, hehe).

gambar tak ada kena mengena tapi nak bubuh juga sebab stumbled upon it somewhere on the net and it is so adorable! hahahah. Sumber dah tak ingat kat mana.

2 comments:

Bedak Nyonya said...

kalau tidur berdua????????? wah! dah ada seru tu **jgn tanya iols!! iols sudah tamat tempoh!!! tetibe sentap sendiri**

azyze said...

bedak nyonya:
motiffff hahahahah! i finally get to see your blog heheh :P