Pages

Belum berkesempatan

Thursday, July 26, 2012

Saya sungguh malu dengan kadar kekerapan penulisan di sini. Semakin hari semakin merudum. Sebelum jejak 30 haritu punyalah berkobar. Sekarang ni dah macam pelita habis minyak. Tinggal bekas-bekas tang sumbu, itu pun tak lama lagi nak padam.


Sebetulnya gua busy, bro. Sebahagian besarnya adalah kerana kerja. Buat masa sekarang ni, memang tak terkejar nak menyiapkan workload. Bayangkan je la, kalau satu atau dua task sekali jalan, mungkin mampu la nak duduk, fikir dan tulis dengan tenang. Ni kalau dah sekali brief dapat tiga empat job? Kalau selang dua hari ada lagi dua tiga job? Pastu ada pulak ad-hoc masuk menyelit? Bak kata mamak Maidin pelakon tu, Punggah!!


Mujur lah ada ruang untuk cari penulis junior. Harap-harap dapat jumpa seorang yang bilingual dan boleh betul-betul menulis, tak sekadar bilingual bercakap saja. Setakat ini ada seorang dua yang berpotensi, tapi diorang ni ada 'liabiliti' sikit... kalau ambik, nak kena tahan dengan beberapa 'cabaran' yang ada... dan cari jalan untuk menggilap kekurangan menjadi kelebihan. Haaaa itu yang payah tu. But a good challenge doesn't come often. Nak menilai kalau-kalau challenge tu worth risking or not, itu yang mencabar haha. I just hope my decision, whatever it will be and for whomever, will benefit both parties. Insyaallah. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: