Pages

nfcsootfasggykaqpwxjy

Tuesday, July 31, 2012

Awak,

Perasaan sakit sorang-sorang memang x best. Lebih-lebih lagi bila kita terpaksa datang kerja dan buat presentation walaupun kita masih sakit, hingus meleleh dan kepala tingtong.


Balik rumah pula, tak ada yang nak tengok makan pakai. Kalau dulu ada emak. Sekarang cuma ada... tak ada apa.

Macam perlu ke klinik juga ni...


Perasaan sakit sorang-sorang memang x best.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terasa seperti ini

Saturday, July 28, 2012

Mungkinkah ada Johnny Depp aku menanti dengan mata solemn,  dalam penantian yang sama? Mungkinkah dia juga mencerminkan genang kesepian diselindungi keceriaan?

Terima kasih Paul McCartney, Natalie Portman dan Johnny Depp kerana menterjemahkan isi hati aku dengan tepat.

Encik soulmate, sabar okeh. Bersabar menanti aku yang sedang berusaha menjadi yang terbaik untuk diri kamu, ya.

Kalau ada di janjikan di luh mahfuz, maka jumpalah kita satu hari nanti. Insyaallah.



Belum berkesempatan

Thursday, July 26, 2012

Saya sungguh malu dengan kadar kekerapan penulisan di sini. Semakin hari semakin merudum. Sebelum jejak 30 haritu punyalah berkobar. Sekarang ni dah macam pelita habis minyak. Tinggal bekas-bekas tang sumbu, itu pun tak lama lagi nak padam.


Sebetulnya gua busy, bro. Sebahagian besarnya adalah kerana kerja. Buat masa sekarang ni, memang tak terkejar nak menyiapkan workload. Bayangkan je la, kalau satu atau dua task sekali jalan, mungkin mampu la nak duduk, fikir dan tulis dengan tenang. Ni kalau dah sekali brief dapat tiga empat job? Kalau selang dua hari ada lagi dua tiga job? Pastu ada pulak ad-hoc masuk menyelit? Bak kata mamak Maidin pelakon tu, Punggah!!


Mujur lah ada ruang untuk cari penulis junior. Harap-harap dapat jumpa seorang yang bilingual dan boleh betul-betul menulis, tak sekadar bilingual bercakap saja. Setakat ini ada seorang dua yang berpotensi, tapi diorang ni ada 'liabiliti' sikit... kalau ambik, nak kena tahan dengan beberapa 'cabaran' yang ada... dan cari jalan untuk menggilap kekurangan menjadi kelebihan. Haaaa itu yang payah tu. But a good challenge doesn't come often. Nak menilai kalau-kalau challenge tu worth risking or not, itu yang mencabar haha. I just hope my decision, whatever it will be and for whomever, will benefit both parties. Insyaallah. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

M.Nasir memang sempoi

Monday, July 16, 2012

Berkesempatan ke Konsert M.Nasir di Malaysian Philharmonic Orchestra pada Jumaat lepas.


Awalnya nak membuat review untuk konsert tersebut tapi belum berkelapangan. Tengok lah, kalau-kalau terasa nak buang tebiat menulis review melalui telefon. Hehe


Tinggal lima hari sebelum kita berpuasa. Cepat gila. Rasa macam baru beberapa bulan lepas saya menyambut Aidilfitri dengan kawan-kawan di pejabat Korporat. Sekarang sudah kembali menulis di bidang fesyen. Dua dunia yang cukup berbeza. I do miss my colleagues in Bukit Bintang. The people, the environment...


Alhamdulillah, apart from the weird 2months experience at AGNI, none of the companies I've worked for were hellish. Yes, there were sleepless nights, times when jobs were bumper to bumper (we see jobs as traffic) and I'd have crazy eyebags and all, but that's part of the working world, right?


Now, back in the writing industry, I must admit that I have started to feel the heat... the crazy scheduling, jobs coming in volumes et al. Good thing I'll soon be getting a junior writer.


This month marks my 7th year in the working world. Can't believe it's been that long since I left university. Doing Masters has taken a back seat for the moment. I have commitments now (god, commitments. I am old!).


Hutang, something I once told myself never to be burdened with, but let's get real -- getting a good education, decent home and comfy traveling means without loans would be awesome but almost impossible for an average Jane like me. Unless I stretch every penny, save, and only get those things at the age of, er, 60 maybe? Can't have your cake and eat it too, right? Ptptn during diploma, and now my housing loan. Soon a car would be added to the list.. Hutang dewasa, they say.


Back in 2008, I consulted a friend about committing to a house, if it was wise to do so (at that time my pay was barely legible for a loan of the asked amount). She said an asset is not a burden, and that if I refuse to even consider a car or house now, I would find myself renting a house and still taking the train to work at 40. Ok, that was scary projection, so I took the plunge. So far, I've restrained myself from adding any more loans, and have not succumbed to the lure of credit cards. Let's hope it stays that way. 


Looks like the coming raya will require me to get a sofa and perhaps a carpet or two. Yep, I've gotten away with no furniture and curtains for the past few months. You read it right, no curtains. Hehe. Good thing I'm not an exhibitionist heh.   


Enough babble for now. My train will be arriving @PJ in about 7 minutes or so. Let's hope I have time to write about the concert.


Y'all have a good week, aiight. Love love.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Things to miss during Ramadhan

Wednesday, July 11, 2012

I've been cooking almost every day since I moved into my own pad. Great coz my cooking skills are getting more and more awesome (hehe), not so great because that means I'm eating wayyyy past 8pm.


There's a small pasar malam right outside my place every Tuesday and Thursday, but I rarely buy anything there... cept fresh vegetables and kuih peneram pakcik kurus.


I'll miss cooking leisurely during Ramadhan...  


Published with Blogger-droid v2.0.4

Hilang satu lagi

Tuesday, July 10, 2012

Blog ini berkabung seketika atas pemergian salah seorang ikon bahasa di tanahair, Mak Engku atau Azah Aziz, yang pergi meniggalkan kita semalam.

Saya tak tahu nak tulis apa.. sungguh sedih. Tapi mati itu pasti dan kita yang tinggal hanya mampu mendoakan kesejahteraan roh beliau. Insyaallah, beliau berada dekat di sisiNya.

Mak engku, terima kasih kerana berjuang demi memartabatkan budaya bangsa kita.
Salam...

Gambar dari www.utusan.com.my

Kerengsaan

Tuesday, July 03, 2012

Malam yang dingin membuat aku menarik selimut nipisku dengan lebih ketat, agar lebih rapat dengan tubuh... menjadi helaian kulit kedua yang menyalut peri dengan suam-suam yang seperti ada, seperti tidak.

Teringat akan semalam.
Semalam, aku terjaga secara spontan, lebih kurang pukul 3 pagi (rasanya) untuk menukar posisi tidur dari bahagian kiri katil ke kanan, Sudah jadi habit, kerana tak mahu tilam x digunakan dengan sekata.

Dalam nak lena semula, aku dengan tak sengaja terfikir, payah jugak kalau tidur seorang atas katil bersaiz besar. Nak kena set kepala untuk bangun tengah malam dan tukar posisi lah, nak kena biasakan golek-golek lah (sebab orang kata kalau ada kawasan tak bersentuh lama, nanti 'ada yang menumpang'), nak kena terbalikkan tilam setiap bulan lah...

Kalau tidur berdua, taklah susah-susah nak fikir pasal nak gunakan segala ruang yang ada.

Pagi tadi, ketika teringat akan keluh hati aku beberapa jam sebelumnya, baru aku terperasan.
Apakah tetiba kepala hotak memikirkan 'kalau tidur berdua'?
Hahahahaahahah.

Boleh fikir praktikaliti tidur. Tak terfikir langsung elemen seksual.
Nampak sangat aku dah matang (atau tua, hehe).

gambar tak ada kena mengena tapi nak bubuh juga sebab stumbled upon it somewhere on the net and it is so adorable! hahahah. Sumber dah tak ingat kat mana.