Pages

Sekali lagi

Thursday, May 31, 2012

Hujan hebat. Aku terkandas di stesen komuter. Lagi 2 stesen, aku akan sampai rumah. Tapi tren berhenti Dan sekarang ini aku kurang pasti tren seterusnya datang pukul berapa. Tak ada jadual, rosak agaknya.


Ada seorang perempuan duduk menggigil di sudut platform. Mula-mula aku ingat dia sejuk kebasahan. Tapi, lama aku amati, baru perasan... dia bukan sejuk, tapi menangis.


Teringat waktu aku menangis dalam tren beberapa tahun lepas. Sekarang rasa macam kelakar, tapi di waktu kejadian, aku tak terfikir pun orang tengok ke, ape ke.


Sabar ye adik. Pengganti dia akan datang. Mungkin awal, mungkin lambat. Mungkin penantian kamu macam saya...


It hurts, but trust me, this too shall pass.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: