Pages

Sedekat denganMu

Sunday, May 06, 2012

Semalaman meneleku nasib
Tuhan sentiasa ada denganku
Saat aku rebah, datang tangan-tangan membantuku bangkit semula
Saat aku berdiri teguh, aku ada yang tersayang disekelilingku untuk berkongsi kejayaan
Saat semuanya berlalu, aku mampu pandang ke belakang dan berkata

"Aku lalui semuanya, jatuh bangun adalah apa yang membentukku menjadi siapa aku kini.
Aku takkan jadi siapa aku hari ini jika bukan kerana dugaannya."

Alhamdulillah, Kau sayang diriku lebih dari aku menyayanginya.
Mana mungkin aku meminta lebih dari yang Kau berikan, sedangkan apa yang sudah kau limpahi ini pun, sekelumit pun tak terbalas olehku?

Aku terima pemberianmu dengan penuh rasa rendah diri dan syukur
Oleh itu aku pendam rasa dan impian... untuk sesuatu yang sudah lama kuinginkan
Yang kurasakan bakal melengkapi jiwa kosongku
Kerana aku malu untuk meminta lagi... siapalah aku

Suatu hari nanti akan ku panjatkan doa
Mohon dimakbulkan yang paling dihajati
Tapi buat masa ini aku tak mampu meminta lebih
Bukan kerana aku tak percayakan keEsaanMu
Namun
Ya Rabbi,
aku malu, aku segan, aku hina

Tapi seperti yang tertera dalam kitabmu
DiKau lebih dekat denganku dari urat merih ku sendiri
DiKau tahu isi kalbuku
Maka dengarlah impianku

No comments: