Pages

Jay-Z

Tuesday, April 24, 2012

"Bila tukar jadi 30?" tanya dia sambil menghirup kopi pekat.

"May karang. Lagi 30 hari dari sekarang," jawab saya, memandang kepulan asap yang menerawang dari meja sebelah. Tangan pantas mengibas hindar asap. Baru syampoo rambut ni, weh.

"Tak lama lagi. Dah plan bila nak kawen?"

Saya jungkit kening. Rasa macam jungkit sebelah tapi mungkin dua-dua naik dan menyebabkan dahi bergaris-garis sebab saya memang tak pernah reti pun jungkit kening sebelah macam The Rock tu.

"Kawen ape kalau boyfriend pun takde. Man-man ah. Banyak benda aku nak settle ni.Keje, rumah, kete..."

Muka dia stoic. Sekali pandang macam tak nampak pun dia bercakap. Tapi kalau duduk dekat, korang dengar la bebelan dia. Dah macam makcik tua dah. tak sama langsung dengan perwatakan lelaki cool 30 tahun yang bawak kereta Mini yang gila stylo.

"Aku yang entah hapa-hapa ni pun dah nak kawen dah hujung tahun ni. Ko jangan lambat sangat weh. Nanti susah nak dapat anak."

Dahhhhhh cerita anak pulak! Tebiat ke hape lelaki ni?

"I'm only going 30, dude. Relax lah. Like Jay-Z said, 30s is the new 20s." saya senyum sinis sambil gelak sikit-sikit.

Kali ini wajahnya ditoleh tepat ke arah saya. "Tapi Jay-Z ada Beyonce, bongok. Kau ada sapa? Tu ha, even Zahida Rafik ada Shafie Afdal."

Siot betul. Samakan aku dengan Zahida Rafik?!

*Tak tau nak rasa flattered pasal disamakan dengan artis atau nak rasa jijik pasal disamakan dengan artis*

2 comments:

thoyol said...

be proud of it. Bukan senang nak jadi Zahida Rafik tue, kena sorok2 jumpa Shapie Afdal.. Hehe..

azyze said...

Thoyol:
Hahahahah! Muka nak kna botox dulu ah baru bleh date menteri tua :P

Thanks for stopping by :)