Pages

My 5 top quick fix

Tuesday, March 13, 2012

Hello kids!
Been a while since I wrote anything down, eh? Sorry lah korang, bukan saja-saja tak nak menulis, tapi bila berdiam diri tu maknanya samada saya memang sibuk berkerja ataupun saya sibuk bermalasan (heheh!) Dunia berputar pada kadar yang amat pantas dan saya seolah telah sama-sam terheret dalam the rat race yang tak berpenghujung. Selain soal kerja, perkara-perkara lain sekadar touch and go saja. Everything needs to be on the fast lane. Tak boleh nak tembel-tembel sangat dah skang ni.

Cakap pasal fast lane ni, korang perasan tak kadang-kadang, bila dah tak ada masa lah benda-benda nak jadi? Atau bila dah suntuk sangat nak buat sesuatu, ada je masalah hinggap? Saya pun macam tu jugak, tapi mujur lah ada yang sudi bagi petua dan kebetulan saya rajin gak baca trivia dan artikel di internet. Boleh la cuba DIY apa yang patut. Jimat masa, jimat kos, dan yang paling penting, efektif!



So meh nak kongsi sikit ngan korang, my top 5 fast fixes:





1. Vitagen
Dulu masa kecik, selalu kumpul duit nak beli sebab sedap! Sekarang saya jarang minum sebab macam tak ekonomikal hahaha. Tapi ketahuilah, botol kecik cenonet ini adalah penyelesaian kepada masalah ceri beri yang cukup pantas! Minum sebotol, dalam masa 1-2 jam, perut dah takkan meragam and your stool will become slightly harder. Berkesan untuk ceri beri versi hamburan mahupun versi perairan Terusan Suez. Works on kids and adults.

Kos: singgit. Kalau pergi doktor nak ambik charcoal pills or garam cerber tu mau 30-40 ringgit.




2. Avene Thermal Spring Water Mist
Bagi yang rajin mekap, sure tau pasal makeup fixer, benda alah yang korang spray kat muka sebelum dan selepas mekap untuk bagi makeup stay kan. Daripada korang nak membazir cari kedai mekap untuk fixer ni, baik korang pegi je memana farmasi dan beli Thermal Spring Water Mist. Ada macam-macam jenama, paling popular Evian dan Avene.

Selain jadi fixer, kita boleh jugak guna sebagai refresher. Especially untuk orang yang asal kena panas, muka merah tahap grilled lobster tu, haaa spray je mende ni untuk cool kan muka. Ada macam-macam saiz tapi yang paling sesuai 100ml / 150ml lah pasal senang nak masuk dalam handbag.


Saya guna benda ni mainly untuk moisturize my face throughout the day. Muka saya jenis kering dalam (might be slightly oily on the surface tapi lack of moisture content inside) so this mist helps that as well!



Kos: 20 ringgit lebih kat Guardian, Watson atau mana-mana farmasi sama jenis untuk saiz 150ml. Makeup fix kat MAC dalam lingkungan 80 ringgit, jenama lain ada sampai RM150!



3. Pisang
Yes, pisang, uols! Banya gila kegunaan. Dah la sedap, versatile pulak tu!

Apa, esok ada dating tapi muka tetiba berjerawat macam cendawan Super Mario? Kopek pisang, pastu guna bahagian dalam kulit tu dan tenyeh pelan-pelan ke seluruh muka (tutup mata, kalau tak, mau pedih biji mata kome!). Ulang dalam seminggu dua kali. Gatal kena gigit nyamuk pun berkesan. Ni penyelesaian selamat untuk babies / anak kecik yang kena gigit nyamuk. Kulit pisang tu akan neutralkan rasa gatal.

Nak rambut hitam berkilau? Guna pisang yang dah dilenyek sebagai mask.

Kalau korang tengah diet, carry a banana with you. Kajian mendapati bau pisang boleh tolong supress hunger pangs. Dan kalau lapar sangat, makan sebiji pisang. kenyangnya sama macam makan nasi separuh pinggan. Fuh hebat!

Kos: sesikat RM2.50 untuk pisang emas yang comel lagi lazat.






4. Lip Balm / Pelembap bibir (tak berwarna)
Ni memang best. Selamat di bibir maknanya selamat di bahagian lain! Jadi:
Kengkadang ada kawasan muka mengelupas sikit kan, macam kat hidung ke... coles sikit lip balm dengan jari, pastu sapu kat kawasan mengelupas so tak nampak sangat kelupas tu.


Last minute presentation, baru perasan muka hauk? Sapu sikit lip balm dengan jari pada kening agar nampak kemas, kemudian sapu di tulang pipi agar nampak dewy. Kalau takde lipstick, sapu lipbalm lebih sikit kat bibir dan lepas tu, coles sikit blusher, sapu kat bibir dan adun. Jangan tebal sangat blusher tu, nanti jadi bibir opera cina pulak.



Kos: dari RM3.00 untuk yang tak berjenama, kalau kat farmasi dalam lingkungan RM6.90- 14.90. Nak guna lip balm berjenama tinggi pun boleh tapi rugi lah. Guna yang biasa-biasa sudeehhh




5. Double Sided Tape & Black Clip
Okay, technically ni dah 6 benda, tapi memandangkan dua benda alah ni dikira macam geng so kita anggap satu je lah eh, hehe.


Double sided memang penyelamat! Jahitan kat hujung seluar kan mudah terbukak, terutamanya seluar slack. Kena pulak time nak meeting dengan client. Dengan double sided tape, masalah itu tidak wujud lagiiiiiii! *muka smartshop*. saya dah pernah guna double sided untuk macam-macam: bingkai spek mata terpatah, bahagian duit syiling dompet terkoyak lah...


Satu lagi, kalau pakai baju berkolar luas / boatneck atau scoopneck, elakkan dari menampakkan lurah dengan menampal sikit double sided tape pada pangkal kolar di bahagian dalam, pastu tekan supaya melekat ke dada. Pastikan ni double sided yang nipis tu. Kalau yang tebal tu nanti nampak huduh pulak. Tadaaa... tunduk-tunduk pun takde masalah!


Klip hitam tu pulak boleh jadi pencangkuk kalau tali beg tangan putus, boleh buat cable holder (google cable holder clip).




Sebenarnya ada banyak lagi quick fix lain tapi kita man-man ah ye. Next time saya share lagi. Hope these quick fixes helps you as it has helped me a gazillion times :)

2 comments:

mizzyN said...

Kalolah bleh klik ikon Like, tapi takde plak. Pasal vitagen tu aku pernah baca yang kalau kita nak gi mana2 negara yang kureng sikit kebersihan hawker stall dia minum vitagen manyak2. Kalo sakit perut pun, perut kita lebih gagah daripada biasa.

azyze said...

mizzyN:
ahh yes, nanti saya praktikkan jika saya mahu ke mana-mana yang sebegitu :)