Pages

Buang air mata

Tuesday, January 03, 2012

Ok ok.

Akhirnya aku iyakan aja bila mak dan Eze sibuk ajak tengok Ombak Rindu. Nasib baik dah ada kat Astro First, jadi aku tak lah keluarkan sampai RM60 nak pergi wayang. Tak payah sterika baju, wangi-wangi, mekap, pergi rebut-rebut seat dengan orang, pastu dengar pulak minah tah mana-mana membebel pasal jalan cerita filem tu sebab dia dah 3 kali tengok dan tengok tau kejap lagi kesian sangat kat Izzah bila Haris belasah dia bla bla bla

Tekan butang kat remote, hantar sms, download movie. Dah setel. Boleh tengok 48 jam.
Aku tak nak cerita panjang pasal plot cerita ni, pasal apa yang jadi, pasal real atau tidak storyline dia. Bagi aku benda tu semua kamu boleh tengok sendiri, atau google je. Yang aku nak cerita, adalah tentang hype Ombak Rindu.

I just don't get it.

Biasa je kot. Sure, adaptasi dari novel selalunya memang best. Dan ok, cerita ni tak lah teruk. Cuma entah, aku rasa sederhana saja. Dari review kawan-kawan, semua mengatakan yang cerita ni gila kental tahap menangisnya. Aku rasa air mata aku bergenang dasyat cuma sekali saja, itu pun sebab bila aku tengok Lisa Surihani menangis nak buang cincin kahwin tapi tak jadi tu, aku teringat kat seorang sepupu, membayangkan perasaan dia masa dia dapat tahu yang suami dia kahwin dua. That was it. Aku hati batu ke? I doubt it. Aritu tengok cerita Hindi pasal budak-budak pun aku nangis.



Maya Karin memang cantik. Tak hairanlah pakai tudung pun cantik. Rasanya Azizah Mahzan cantik tak pakai tudung?


Lakonan pulak... ok, camni eh. Maya Karin masih Maya Karin. You get her usual acting style lah. Abang Aaron pun, kita dah tengok lakonan mamat jantan macho terdera oleh cinta ni dalam macam-macam drama. Memang lakonan diorang berkesan dan penjiwaan watak tu ada, tapi ntah. Camtu je la. Lisa Surihani pada aku agak agresif, so boleh la. Azizah Mahzan seperti biasa, bawa watak mak datin bitchy dengan jayanya. Ya Allah, rambut, hazaaabbbbbbb. Teringat rambut Datin Maimon Boboi. Selainnya, jalan cerita samada terlalu choppy atau scene kena delete pasal takde efek langsung. Aku rasa watak makcik ngan pakcik Maya tu tak payah guna pelakon berkaliber pun takpe. Sikit sangat. Impak hancur.


Sepanjang cerita, aku terganggu dengan trasitions dari scene ke scene. Banyaknya efek fade to black. Masa aku belajar dulu, aku pun memang suka gila guna fade to black untuk editing dokumetari, terutamanya untuk music videos yang kental-kental sebab fade to black nampak konklusif. Tapi tak lah guna di setiap scene. Untuk lagu metal memang la ok, tapi untuk cerita cinta rasanya overdose kot.


Paling tak boleh blah, ending cerita yang hadoyai clichenyaaaaaa! Lama pulak tu! Rasanya kalau dia tunjuk sikit je, lepas tu kapal berlayar in the sunset ke lagi best dari dok cakap berjela-jela. Sebaliknya, ada beberapa scene yang aku rasa boleh dipanjangkan untuk bagi impak.


Soundtrack juga sepatutnya lebih menggugat jiwa. Bayangkan scene kena halau keluar rumah dalam hujan lebat -- kalau la soundtrack dia lebih kental, pastu Maya Karin tak la buat muka tabah sangat, kasi aksi jiwa lara sikit, tengah jalan boleh pulak beg berterabur... ade la feel sikit kot.

I think secara purata, cerita ni okay la. I can see why it grossed so high. Memang ter-jerker, especially untuk kita orang Melayu yang tipikal. Tipikal tak salah. Tipikal kadang-kadang adalah formula kejayaan. Cuma tipikal, kalau selalu sangat, jadi blaise. Tawar, tak ada excitement.

Mungkin ada yang rasa ini cerita kampung, sebab itu aku tak suka. Cun pun cerita kampung tapi aku suka je.

Adik aku pula kata aku tak boleh appreciate cerita ni sebab aku tak baca buku dia. Kalau baca baru aku sedih gila. Well, kalau macam tu, filem ni tak berjaya menterjemahkan emosi buku tu lah, kan? If I do read the book and find the story as awesome as everyone is saying it is, then kudos to the writer. Doesn't change much about the movie though. Tugas filem ni adalah untuk memberi visual landscape kepada novel tersebut. Perhaps by trying to stay true to the novel, it had to be a lil choppy. Sayang sungguh.

Walau bagaimana pun, aku menanti saat Salina difilemkan oleh Osman Ali. Yang itu, dengan passion Osman Ali yang bertahun membara, aku pasti, akan jadi yang terbaik dari beliau.

No comments: