Pages

HIV/ AIDS, ada aku kesah?!

Friday, December 02, 2011




As many of you know, 1 Disember (semalam) adalah Hari AIDS Sedunia. Ia diraikan di hampir semua negara di pelusuk dunia untuk menggalakkan kesedaran tentan pandemik ni.



Rasanya ramai antara kita yang dok dengar pasal HIV/AIDS ni dari kecik. Kat sekolah kita dengar, kat TV kita tengok iklan-iklan, dalam majalah ngan suratkhabar... kiranya kalau saya tanya mana-mana orang secara rawak samada diorang tahu pasal HIV AIDS ke tak, chances are semua akan kata tahu. Tapi tahu apa?




Saya anggapkan kebanyakan orang kita masih seperti penduduk US di awal dan pertengahan 90an. Mereka sudah mula sedar yang HIV/AIDS itu bahaya, tak boleh diambil ringan, tapi tak tahu apa-apa fakta dan lebih banyak percaya cerita karut-marut yang didengar secara gosip.



Contoh paling mudah, siapa ada dapat sms / FB status / twitter update semalam yang kata jangan minum Coke & Pepsi sebab ada pekerja kat kilang yang HIV+ dah tumpahkan darah dia dalam container air kat situ? Ramai gila. Saya dapat 3 FB statuses macam tu, dan malu nak mengaku, adik saya sendiri pun sms benda tu pada saya. I think she spammed it to a lot of other people as well. Sigh...



Sib baik la dia hantar kat saya. So after explaining to her, she posted my debunking facts on her FB wall. At least ramai orang akan baca dan faham.



Tapi apa cer orang-orang yang takde sape nak tolong explainkan? Nak pegi google sendiri fakta HIV/AIDS? Haarraaammmmmmm.



So takpe adik-adik, akak-akak, abang-abang, meh lemme answer some of your questions about HIV/AIDS. Now these questions dulu diajukan pada saya oleh remaja hinggalah orang dewasa ok. Ada antara soalan ni yang berbunyi bengong gile tapi pada saya macam ni lah ek, bila cakap pasal kes hidup mati kita, takde soalan yang bodoh.



Read on!






HIV/AIDS boleh berjangkit kalau kissing tak?
Tak boleh, kecuali kamu gigit lidah masing-masing dan minum darah tu bergelen-gelen.

HIV hanya berjangkit melalui 4 benda ni: darah, air mani (semen), air mazi (precum), bendalir faraj (vaginal fluid). Air liur, peluh, sentuhan, batuk ke semua tak boleh.






Eh, ade je orang tak buat sex tapi dapat HIV/ AIDS...
memang ada, sebab ada aktiviti lain yang boleh pindahkan HIV from one person to another.


Ada 3 cara jangkitan yang utama iaitu Seks tak selamat (samada anal or vaginal), perkongsian jarum atau dari ibu kepada anak. So kalau orang tu ambik dadah, pastu jarum suntikan tu dikongsi beramai-ramai, maka tinggilah peluang HIV merebak.






Aku bukan gay, apasal nak kena HIV pulak?
Ok, jom tengok statistik di Malaysia. Pada tahun 2010, 47% dari kes HIV yang dilaporkan adalah dari perkongsian jarum, 40% dari heteroseksual (straight lah maknanya), 1% dari ibu kepada anak dan hanya 8% dari golongan homoseksual. Now tell me, masih fikir HIV/AIDS masalah orang gay?



HIV tak pilih mangsa. Kita hitam ke, putih ke, melayu ke cina ke india ke, gemuk ke, keding ke, sama je. Kalau korang buat seks pakai langgar je, korang kongsi jarum ambik dadah, korang bertukar-tukar pasangan tanpa mengambil langkah penjagaan yang baik, kebarangkalian kena HIV tu tinggi gila.






Wei, jangan minum air tin cap Peksis tu! Ada emel kata pekerja dia dah tumpahkan darah HIV dalam container! Mampus ah kita weiiiii
Relaks beb. Hal makan minum ni memang mencuakkan, tapi meh nak story sikit: HIV adalah virus yang hanya boleh hidup di dalam badan manusia. Jadi kalau la darah HIV tumpah dalam makanan ke, atas meja ke, kat baju ke, tepi jalan ke, virus tu tak boleh merebak kat kita kecuali 1. darah tu masih fresh (baru dua tiga saat lepas tertumpah DAN 2. kawasan yang tersentuh tu ada luka.






Tapi kalau termakan, cemana?!!
Kebarangkalian memang ada, tapi tipiiisssssss gila. Korang cuma boleh dijangkiti kalau 1. Darah tu fresh, 2. korang kena ada luka di mulut atau tekak, dan 3. korang minum bergelen-gelen darah tu.



Nyamuk pun hisap darah. Sama je ngan kongsi jarum.
Seperti yang dikongsikan tadi, HIV cuma boleh hidup dalam darah manusia. Bila nyamuk isap darah seseorang, dia tak menolak balik darah orang sebelumnya ke dalam badan kita. lagipun virus HIV tak boleh hidup lama dalam nyamuk sebab nyamuk bukan manusia. Sekian.



I tau boyfriend I bukan HIV+ sebab dia sihat gila
Ada orang yang hanya menunjukkan simptom HIV dalam badan selepas 10 tahun menghidapnya. Ada beb. HIV duduk dalam badan dan attack sistem immune badan, iaitu sistem yang mengeluarkan antibodi (antibodi adalah askar2 yang lawan penyakit dan bakteria). Keje HIV adalah lemahkan sistem immune. Orang akan terus sihat kalau takde jangkitan dari penyakit-penyakit lain.
Tapi
bila ada penyakit lain, macam bakteria, atau demam atau masalah kulit ke, atau luka, haaaa masa ni sistem immune dah tak boleh tolong hantar askar gi baiki balik kerosakan tu. Maka time tu baru badan mula jadi lemah dan takde perisai nak lindung badan dari terus dijangkiti oleh virus / jangkitan lain. Time tu baru orang tu akan kena AIDS.


Pakai kondom, main tak best lah.
Kena HIV, best tak?
Sekarang ni ada macam-macam jenis kondom, untuk macam-macam saiz dan keperluan / keinginan. Jangan risau, mesti ada yang sesuai untuk korang. Yang penting, tengok expiry date. Jangan beli yang dah luput sebab kondom mudah pecah atau koyak lepas tarikh luput.


So awak ni menggalakkan saya buat seks????
Ehhhhhh sabar beb, sabar. Amboi marahnya. Camni eh, dalam kes HIV/AIDS ni, tak ada yang lebih baik dari menahan diri dari melakukan perkara berisiko tinggi dan ya, seks memang berisiko tinggi. Cuba hidup dengan ABC ni:

Abstinence : Jangan buat. Tak kira la seks ke, ambik dadah ke, jangan buat. Tahan diri dari buat semua ni. Ingat agama, paling tak pun ingat lah mak bapak dan hazab kalau korang kena HIV / AIDS nanti.
Be faithful: Kalau dah tak boleh nak tahan diri dari buat, setiakan diri dengan hanya satu pasangan mahupun jarum.
Correct use of condoms & needles: kalau dah menggelijat sangat dan dah tak boleh nak tahaaannnnnnn sangat nak jugak nak jugak kalau tak I mati, make sure korang guna kondom. Kalau ambik jugak dadah, jangan kongsi jarum!


Orang HIV takleh kawen. So cemana kalau lepas buat test HIV untuk kawen, tetiba pasangan aku HIV+?
Okay, ini isu yang agak sensitif dan sebenarnya penyelesaian terletak pada individu tu sendiri.

Saya kenal seorang lelaki awal 30an yang baru saja berkahwin, dan ya, dia HIV+. Saya juga kenal seorang wanita HIV+ yang putus tunang sebab dia taknak risikokan bakal suami dia.

Thing is, kesanggupan kita. Benda utama adalah untuk tau fakta berkenaan HIV/AIDS dulu. Cemana merebak, kalau dah HIV+ cemana nak contain, cara pencegahan dari terus merebak, risiko-risiko... bila dah tahu benda-benda macam tu, baru lah boleh duduk bincang dan decide nak kahwin atau tidak.

Memang akan rasa kecewa, ragu, sedih dan sebagainya. Tapi perasaan tu mungkin memuncak sekejap je. Cuba plak fikir, apa reason korang nak kawen? Berapa lama dah korang sama-sama, sedalam mana cinta tu (yang konon apa jadi pun I tetap sayang you. Ha skang dah jadi, amacam?). Dan pastu, fikir juga kesanggupan dan keupayaan untuk hidup dengan HIV+.
It's really up to you.




Apa guna saya kawen dengan dia kalau pastu dia sakit, mati.
Semua orang pun mati, beb. Takyah kena AIDS pun boleh esoknya mati kena gelek lori (naudzubillah).
Sekarang ni macam-macam rawatan ada untuk HIV/AIDS. Kerajaan turut bagi bantuan ubat-ubatan percuma. 10 tahun lepas, memang kos ubat HIV boleh cecah sampai RM1500 sebulan, tapi sekarang tak lagi. Dengan penjagaan yang betul dan kadar kesihatan yang optimum, seseorang Yang Hidup Dengan HIV boleh hidup sehingga 20 tahun. That's a long time.
Harap korang dah faham sedikit sebanyak tentang soalan-soalan penting dalam kepala hotak korang pasal HIV/AIDS.
Tapi kalau ada yang memusykilkan, tinggal soalan korang kat ruang comments and I'll try to answer them ok :)

21 comments:

saufi labib said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Kalo air mazi terkena luka skit.. Risk dia tinggi ke?

Anonymous said...

Sy trsentuh drh pesakit ni tp tngn sy x da luka.. jngkitka?... tolong tolong

azyze said...

Hi Anon,
kalau terkena darah tapi anda tak ada sebarang luka, virus tak boleh masuk. Virus dalam darah tu pun tak boleh hidup lama di luar badan manusia.

Tapi cara terbaik untuk tahu adalah dengan mengambil blood test 6 bulan selepas anda tersentuh tu.

Anonymous said...

hi...saya terkena jarum insulin bukan pesakit hiv...bila tengok xda luka...bila saya picit n basuh kuar darah kurang dari setitik...adakah potensi saya dijangkiti??

azyze said...

Salam Anon,
Maksud anda bukan atau bekas pesakit?
(AIDS takde 'bekas' sebab once infected, forever infected with HIV. HIV tak ada ubat untuk sembuh sepenuhnya)


Jika pesakit tu tk menghidap HIV, maka kemungkinan anda mendapat HIV tu cukup la jauh. Tapi kalau anda was-was atu mengesyaki, saya syorkan ambil ujian darah 6 bulan dari tarikh awak terkena jarum tu.

Kenapa 6 bulan?
Bukan sebab saya sengaja nak virus HIV tu duduk dalam badan awak lama-lama baru nak check, tapi sebab virus ni pandai berselindung dan pengesanan paling awal yang kita boleh buat adalah dalam 6 bulan. Awal dari itu, bacaan mungkin salah sebab susah nak detect.

Anonymous said...

Harap mmbntu..saya llaki..Saya ada masalah macam ni..saya suka puaskan dri sya dgn onani..slh stu cara mlncp tp memegang zakar beralaskn pakaian saya seperti boxer dan ktika climax saya mglap air mni mgunakan kain yg sma..kmudian sya biarkn pkaian itu brminggu sebelum di bsuh..adakah risiko hiv di situ..

Soalan strusnya stu hari sye dh rndamkn pkian sye yg dh bminggu kna air mni...ktika hndak mncuci tkna tgn yg luka..ada rsiko hiv x..

Anonymous said...

Saya ada buat aktiviti risiko..tak pakai kondom..tapi zakar saya x luka dan x melecet..ada kah peratus dijangkiti tinggi..adakah virus boleh masuk melalui saluran kencing..

Anis Dyana said...

Bole kah virus berjangkit apabila jari seorang penghidap HIV luka dan kita terhisapnya

azyze said...

Anon Onani:
HIV berjangkit melalui 3 perkara yang saya sebutkan dalam post iaitu:
1. Seks tak selamat (samada anal or vaginal)
2.Perkongsian jarum
3. Dari ibu kepada anak.

Jadi kalau onani sendirian, tak kira la mani dua minggu ke, tak mandi 14 hari ke, atau lepas onani lupa basuh tangan terus makan ke, tiada risiko dijangkiti HIV.
Tapi mungkin dijangkiti penyakit lain macam jangkitan kuman sebab semua tindakan perap baju sebegitu meggalakan pertunbuhan bakteria dan kuman lain.



Anon luka:
Ya, HIV boleh berjangkit melalui saluran kencing, jubur mahupun mulut JIKA seorang dari anda
1. HIV positif, 2. tidak memakai kondom dan 3. Ejakulasi dalam salah satu dari 3 lubang/bukaan yang disebutkan.

HIV boleh berjangkit melalui luka di badan juga, tapi darah HIV tu perlu tumpah dengan banyak dan masuk dalam luka tersebut lah.

Kalau pasangan anda ada HIV atau anda rasa ragu, saya syorkan pergi klinik dan buat blood test untuk HIV (bukan blood test biasa, kena cakap kat doctor nak buat test HIV).
Jangan takut, pendam dan duduk diam2 lepas tu menyesal. Lebih baik tau dari tak tahu.

azyze said...

Anis Dyana:
Saya tak boleh nak kata ya atau tidak, tapi anda BERISIKO untuk dijangkiti.

Seeloknya kalau Anis memang confirm orang tu memang penghidap HIV dan Anis memang terhisap darah luka tersebut, pergi klinik dan buat blood test. Kita tak boleh agak-agak jangkit atau tidak.

Klinik sepatutnya menjaga privasi setiap pesakit yng buat blood test, jadi jangan risau tentang persepsi buruk orang kalau anda buat test. Lagipun sekarang ramai orang buat saringan darah.

almie said...

Nk tye klau kita tertelan darah org hiv, berjangkit tak

almie said...

Nk tye klau kita tertelan darah org hiv, berjangkit tak

almie said...

Nk tye kalu kita tertelan darah org hive berjangkit tak

Anonymous said...

bagaimana kalau oral sex pula?tq

Anonymous said...

Nak tanya if lelaki main dgn shemale use condom but after he open the condom before air mani dia keluar condom tu basah idk what's going on

Anonymous said...

Nak tanya kalau pasangan bottom terakhir saya dah buat ujian hiv, dan die kate die bebas. Adakah bermakna saya juga bebas?

Anonymous said...

sy nak btanya..klau seseorang slalu atau kadang melancap guna kan sabun atau air liur..boleh kah dijkiti HIV..

azyze said...

Almie:
Susah saya nak kata ya atau tidak sebab saya bukan doktor, cuma ya, ada risiko. Kadang-kadang tekak atau gusi kita ada luka-luka kecil yang kita tak rasa. Kalau tertelan banyak darah atau air mani, dan rasa ragu-ragu, pergi buat pemeriksaan darah HIV. Boleh Google klinik mana di Malaysia yang buat blood test untuk HIV.

Anon Oral:
Ada risiko kalau pasangan ada HIV.

Anon Shemale:
Errr... saya kurang faham soalan anda. Maaf tak boleh nak tolong jawab.

Anon bottom:
Adakah anda cuma ada satu pasangan? Kalau ya, dan anda tak pernah ada pasangan seks lain, mungkin anda bebas. Seeloknya anda sendiri buat blood test untuk HIV sebab jika ini bukan satu-satunya pasangan anda, mungkin HIV dari pasangan lain?
Saya tak berniat untuk menakutkan... just beter be safe than sorry, kan? Take care!

Anon lancap:
Tak boleh dijangkiti kalau guna air liur sendiri.HIV cuma berjangkit melalui 3 cara iaitu
1. Seks tak selamat (samada melalui dubur atau vagina)
2.Perkongsian jarum (sisa darah HIV masuk ke dalam salur darah anda)
3. Dari ibu kepada anak melalui darah.

Anonymous said...

Mahu bertanya.
Jika seorang perempuan itu ada hiv dan dia hisap zakar.
Boleh di jangkiti hiv pada lelaki tu?

Anonymous said...

Salam sy ingin brtanya. 24 hari y lepas sy p spa, tukang urut tu melancap sy sampai terpncut. Skrg sy dah mula rasa mual, muntah dan x lalu nak mkn. Ari y ke 14, 18 , dan 23 sy buat ujian hiv dan kputusan negetif. Adakah tanda2 y mual, muntah dan x lalu nak mkn itu d sebab kn hiv? Harap dpt membantu