Pages

konon

Friday, November 25, 2011

Semalam saya ada event seharian di pejabat. Lepas waktu pejabat, saya pergi ke KLCC, mencari hadiah untuk harijadi bapak saya (iaitu hari ini!). Selepas beli barang, saya ke gym pula.


By the time sampai rumah, sudah pukul 11 malam.


Sesampai di rumah saya lihat mak baru buka laptop nak check FB, dan bapak pula tengah layan cerita cina lawan pedang sambil minum kopi.

Perut saya lapar gila, tapi sebab terlalu mengantuk dan penat, serta aktiviti betis kejang (padan muka), saya hanya sempat campak beg, tukar baju dan terus mampos di atas katil.



Pagi ini, dalam perjalanan ke ofis, saya buka FB di handphone. Ada satu mesej dari mak. Aiikkk, kenapa mak mesej ni?


"Tadi konon kata penat sangat" 8 hours ago


Huh??

I took me a while to comprehend her message. Ni mesti masa dia bukak FB semalam, dia nampak status saya online so dia ingat saya naik atas bukannya tidur tapi sempat bukak laptop layan FB.

Mesti mak saya tak tau kat handphone FB on je 24 jam. Silap-silap dia tak tau kot kat hangphone boleh FB, hihihihi.


Teringat pulak insiden lain, yang ni berlaku sekitar awal tahun lepas:

Mak: Huih hari ni satu hari mak cuti, punyalah boring. Satu apa pun takdak kat tv.
Saya: Nothing interesting? Selalunya mak ok je layan AFC ke, movies ke.
Mak: Apa pun takdak. Channels biasa, lepas tu Tamil movies banyak la.
Saya: Awat tak tengok HBO ke, Starworld ke.
Mak: Takdak pun. Mak dok scroll next, sampai lah dia kata channels not in subscription. Apa lain semua takdak.

(Mak tak tau movie channels and Starworld semua kena type in the channel bukan main scroll je hahahahaah)

Saya: La... kalau macam tu awat mak tak tengok DVD?
Mak: Err... mak tak tau nak on macam mana.


Hihihihihihii! Mak saya memang chomel gile! Hihi!

No comments: