Pages

Clairvoyant

Monday, November 21, 2011

Kamu tahu kenapa kadang-kala saya keluar dari kepompong dunia dalam kepala hotak saya dan suka hati berbual dengan orang yang tak saya kenali di stesen lrt atau tempat awam lain?

Sebab kadang-kala mereka ada insight yang tak terjangkau atau ternampak oleh kita.

Semalam saya berbual dengan seorang yang tak saya kenali. Perbualan yang bermula sekadar bertukar khabar akhirnya berubah rancak. Dari hal muzik ke perihal keluarga hingga topik agama semuanya keluar dengan mudah, mesra dan tanpa sebarang hostiliti.

Tapi yang emasnya adalah pengakhir perbualan kami. Sebelum kami berpisah lelaki pertengahan 30an itu sempat mengulas bahawa:

Jodoh saya akan sampai dalam bentuk seorang lelaki berusia 38-42 tahun, berjawatan dalam sebuah lembaga pengarah atau yang sama waktu dengannya. Besar kemungkinan dia seorang yang pernah berkahwin, tapi isteri telah meninggal dunia, atau mungkin bercerai. Katanya lagi, by the end of 2012, I will be a married woman.

Gittew.

Kau hado tukang tilik bobohizan percuma macam ni?
*Muka kekwat kibas rambut sambil betulkan crown*

Published with Blogger-droid v1.6.5

3 comments:

roxychick said...

aku rasa orang yang berbual dengan kau tu lah jodoh kau.. dia cakap dia pertengahan 30-an kan..? sebenarnya umur dia dah nak masuk 38. memang board of directors tapi jenis sempoi taknak tunjuk kemewahan... dia saja tak nak pecah lobang...

:*

p/s: adakah kau syella kamaruddin seterusnya? kalau tak paham sila google.

mizzyN said...

oh seram mak nokksss. tak payah ko bayar tukang telek ada yang pree volunteer gitu.

ps - aku ada pakcik duda umur sedang2 itu tapi bukan berjawatan ala lembaga pengarah tapi kalau rumah ko xde kipas siling dia bleh pasangkan freeeeeeee

azyze said...

Hek korang hahaha!

Roxy:
Hahaha I don't think so sebak random stranger kot. Not like we exchanged addresses or something hihi

Nadh:
Err.. Takpe lah Nadh. Aku pun ade pakcik duda haha :p