Pages

Terasa kecik di sisi Les Paul

Monday, October 03, 2011

Ada impian yang nak kena setel sebelum hujung tahun tamat. Impian yang dah lama tertangguh akibat sifat prokrastinasi aku yang maaakkkkk aiiiiii penangguh lain pun takut nak compete.

Time ni lah juga lagu Kembara nak mengiang di telinga. Lagu cari duit yang tak jumpa-jumpa tu.

Ada seorang kawan selalu ingatkan aku, jangan kata 'tak ada duit', tapi kata ada duit tapi bukan untuk buat x dan x. Katanya, kata-kata itu doa dan kalau cukup 44 kali aku cakap aku takde duit, ada potensi untuk aku bankrup dengan sekelip mata. Seram jugak, walaupun duit dalam bank tu berapa kerat je.

Aku rasa dalam berapa bulan terakhir ni, payah jugak untuk aku kejarkan benda-benda yang kengkononnya aku nak buat sebelum 2012 menjengah. Yeah yeah I keep repeating myself like a broken record... nak kena ketukkan dalam kepala hotak supaya aku tak terbabas lagi. Banyak sangat temptations... panggilan berjimba, seruan bersosial, tuntutan kekeluargaan, bayaran komitmen dan yang paling ketara, unnecessary stresses yang buat aku makin stress dan infinitely cari channel melepaskannya, tapi semua menjahanamkan diri. Seperti nak sarapan epal tapi stres kerja London deal ni punya pasal, terus rasa nak turun kafe pegi beli nasi lemak sambal banjir. Atau melencong ke KLCC lepas kerja kang and blow a few hundred bucks at La Senza and M&S. Nasi baik aku ada la gak ketahanan diri. Kalau tak, silap-silap aku dah ada library bra dah kot.

Aahhhh malas betul buat kerja menunggu! (Org meeting ngan aku ni kna panggil dgn boss dia pulak. Dah 30 minit aku tunggu ni. Haish). Ni ada jugak aku gi beli nasi lemak ni kang.

Dah la, nak gi usha blogshops ah.

Published with Blogger-droid v1.6.5

No comments: