Pages

Obsessing

Tuesday, October 18, 2011

Terasa seperti mahu kembali kepada benda-benda lama yang selalu buat aku gembira dulu.

Bila aku kata gembira, aku maksudkan separa miserable. Mungkin manusia macam aku sedikit fakap. Aku si melankolik yang hanya berasa hidup bila aku perlu memuja dari jauh, bermuram dalam gelap malam mengenang masa depan, bergelumang dengan rasa kesunyian yang berpanjangan.

Susah untuk benar-benar gembira.

Sebab gelak tawa cuma singgah sementara. Setiap kali aku benar gembira, aku pasti tersungkur tak lama selepas itu.

Aku sukar percaya hidup aku boleh benar-benar jumpa puncak kebahagiaan dan kekal di situ. Memang benda itu mustahil pun untuk sesiapa, menjumpai kebahagiaan yang berkekalan. Tapi aku rasa ramai yang mampu be at peace dengan diri sendiri.... cuma aku belum sampai plateau itu. Aku perempuan bastardo yang suka duduk dalam lopak keresahan yang aku cipta sendiri.

Mungkin kau rasa itu bodoh.
Mungkin.

Ah, kita semua ada kelemahan masing-masing. Kita semua ada kryptonite peribadi. Aku, perempuan paling optimistik di kalangan orang, tapi sebenarnya pesimis terhadap diri sendiri.

Sebab itu aku rasa buang masa korang cuba nak berkawan dengan aku. Huhu. Betul.


Aku sudah mula cari dadah keresahan dan longing aku minggu ini, tanpa disedari.

Blower's Daughter berputar tanpa henti di telinga.
Terasa ingin baca kembali Hannibal dan live again the rich, self-revelation experience of Hannibal Lecter and Clarice Starling.
Mahu mula menulis atas paksi lama, menulis kembali cerita-cerita jiwa yang lama cuba dipendam.


Hmm... apakah?


p/s: On a lighter note, Nanowrimo akan bermula dalam 2 minggu. Berjayakah aku siapkan novel aku sepanjang November? Entah. Tapi aku mahu cuba. Kali ini mahu menulis cerita dari hati, bukan plot rekaan. We'll see how that goes.

No comments: