Pages

Fern under the rock

Monday, October 17, 2011

Dabi telefon aku awal pagi Ahad. Aku masih tidur lena, dengan suara mamai aku jawab telefon.

"Urrhhmmmm?"

"Babe, aku sedih babe."

Huh, Dabi lelaki ceria yang tak pernah ada masalah jiwa tiba-tiba sedih? Lelaki bermulut keji yang tak pernah terlintas nak jaga hati orang dari ketelusannya tu tiba-tiba sudah terasa?

"Huh, Dabi ke ni?" suara aku serak-serak manja mengada, memang macam tu kalau aku baru bangun tidur (bukan aku kata, someone else kata!), cepat cepat aku betulkan. "Ko kenapa nak meroyan-" aku tengok jam henfon "-pepagi pukul 9.45 ni?"

Diam di talian. Aku gosok-gosok mata. Tengok skrin henfon kot-kot lah dia sudah letak. Eh, masih ada.

"Bi, ko ade ke tak ni?"

Diam lagi. Tapi aku dengar bunyi esakan. Menangis pulak... "Bi, kenapa ni... Cakap je lah. Ko kat mana ni? Nak aku pegi jumpa ko ke?"

Esakan dia makin kuat. Aku dapat bayangkan bahu dia bergoyang, tangan menekup muka, air mata mengalir bercantum dengan hingus yang pada masa ini mungkin sudah bercurah ke atas bibir, menitik ke baju spandeks hijau/kuning/pink yang dia suka sangat pakai tu.

Aku baru nak bukak mulut, suaranya menerpa

"Aku baru tau Ahmad Jais dah meninggal! Babi kau tak bagitau akuuuuuu!!!!!!!!!!!!"

Kedepek! Dia putuskan panggilan. Aku cakap kedepek sebab Dabi ada one of those ultra-uber usb phones berganggang yang boleh dicucuk pada henfon, although it defeats the purpose of having a small phone kalau nak kena bawak manbag letak ganggang tu ke merata tempat.

Pening aku.
Semenjak bila dia suka Arwah Ahmad Jais ni?

Aku sambung tidur balik.



3 comments:

The Mind said...
This comment has been removed by the author.
The Mind said...

hahaha. padu betul. mesti dia terus sentap.
tapi cool gila juga gajet dia guna. sahih supewr-geek mamat Dabi tu.

*tertaip askara kat ruangan komen plaks. dem

azyze said...

Jiwa:
Dabi bukan saja geek. Dia entiti yang out of this world. Tapi as outrageous as he is, dia ada dalam kita semua. huhu.

Btw i'm addressing you as Jiwa lah pasal mula2 dulu u used DewaJiwa kan. Some things stick to me :)