Pages

Tak pernah belajar tapi redha

Wednesday, September 28, 2011




Memang macam ini.
Dari zaman sekolah. Zaman remaja aku. Kemudian menjengah ke zaman awal dewasa. Hingga sekarang.
Aku masih sama.

Aku gembira untuk dia, sungguh aku gembira.
Aku rasa aku sudah berbakti. Seperti yang aku kata pada mereka, aku buat semua ini dengan penuh ikhlas. Mungkin satu hari nanti ada orang akan buat benda yang sama pada aku, dengan penuh keihlasan juga.

Memang aku betul-betul gembira.

Tapi rasa yang sama aku rasakan bertahun dulu macam menyinggah kembali.
Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah berubah.
Aku masih macam Anil Kapoor. Masih macam Abby Barnes. Masih menyanyikan sonnet racun jiwa yang sama, sambil membaling kelopak bunga pada kegembiraan orang lain.

Memang harimau tak boleh tukar belangnya.
Sampai bila pun, aku tetap sama.

No comments: