Pages

Feminon, yang arif

Thursday, September 08, 2011

Dabi memandang saya seolah saya sudah di luar akal.

“Kau takkan serius nak pakai macamni dengan aku?” tanya dia, kening terjungkit sebelah.

Saya lihat pakaian saya. “Kenapa tak boleh?”

“Cuba kau tengok perbezaan baju aku dengan baju kau. Kau nak pergi event aku, kau kena pakai macam aku lah. Ni kekwat pulak nak pakai lain dari yang lain.”

Saya lihat ensamble nya. Saya lihat pula blaus satin ungu berbahu ropol dan seluar jeans kelabu boot cut saya, serta kasut tumit tinggi hitam berpotongan ala Balenciaga saya. “I thought you said wear something feminine.”

Matanya menerjah siling. Muka bosan. “Ye aku kata feminin, tapi bukan feminin macam ni. Feminin macam aku ni ha!”

Dabi berdiri mencekak pinggang. Overall skirt berwarna kuning terang membalut tubuh bagaknya. Bulu dada sedikit menjuih keluar dari hujung singlet yang dipadankan bersama. Kasut doc martens dan rambut pendeknya disikat dan digelkan melekap ke kepala. Di telinga ada subang butang berwarna emas, dan di leher tergantung rantai berloket logo peace. Macam pondan tak cukup duit nak buat sex change sangat.

“Oh. Maksud kau Kumpulan Feminin ke…”

No comments: