Pages

Fakta-fakta penuaan yang tidak boleh disangkal

Wednesday, September 21, 2011

1. Tadi aku turun dari tingkat 8 ke tingkat 6 guna tangga. Sungguh tidak disangka, terkepit-kepit menuruni tangga saat berpakaian baju kurung dengan kasut tumit 4 inci kini memberikan hazab bersensasi keriuk-keriuk pada lutut.


2. Main galah panjang dah serupa macam main semput panjang. Baru lepas 2 rumah dah rasa nak mengamuk. Bila nak menang ni wwoooiiiiiiiiii. Tu belum lagi main caples. Kadar kepantasan diri, beserta saiz tubuh yang cukup auummmm, ceh, memang confirm blom sempat apape dah kena caples dah.


3. Bukan orang suka bermasam muka saja yang akan cepat berkedut. I now have laugh wrinkles. Paling tak tahan, a friend of mine mentioned the other day "Weh, cuba buat muka marah."

So I did. Pastu dia suruh pulak buat muka sedih. Pastu muka gembira dan kagum. By the 5th expression aku dah nak seligi dah kepala dia tapi dia pantas kata "Expression lines ko is from muka terkejut lah!"

She was right. I tried it in front of my mirror and yes, I now have surprised lines. Nampak sangat banyak momen drama mami tanjung dalam hidup aku hahahaha


4. Pegi mana-mana, semua orang panggil kakak. Tempohari, baru nak senyum kat brother barista kat sebuah kedai kopi, dah dia kata "Have a good day, kak!" Thanks, dik.


5. Aku boleh menghabiskan 20 minit geledah rumah cari spek mata yang aku lupa letak mana, padahal 20 minit sebelumnya tu aku cuma bukak dan letak di atas meja sebelah katil. 20 minit tunggang terbalik satu bilik aku kerjakan, dan bila ternampak spek kat mana, dah penat sangat nak clear balik all the mess yang aku bongkarkan hehe.


6. Bila aku rancak borak pasal pemuzik kegemaran, budak-budak baru grad kat sini tak faham. Semua buat mulut lopong muka konfius bila aku cakap Aerosmith, Beatles, Ella Fitzgerald, even Mr. Big.

"Ooooo Beatles tu bapak saya dengar la, kak Elle," lantas menukar topik ke cerita Rihanna bercinta dengan siapa sekarang ni.

Haish. Aku sendiri kompius, aku ni 29 ke 59? Hahahahaha!

No comments: