Pages

Dadah

Monday, September 26, 2011

Kalau kita selalu buat sesuatu benda itu, lama-lama tanpa sedar ianya akan jadi rutin. Kebiasaan.

Bila rutin itu terganggu, kita pun terpintas dari landasan.

Hari ini aku terpintas.
Entah kenapa, mahu pula tangan-tangan halimunan menghindar aku dari dadah aku yang satu itu. Payahnya... sudahlah perlu menyampai pesan dan menyebar khabar pada beberapa penerima yang penting.

Baru sehari aku sudah tidak senang duduk. Baru sehari aku sudah panas bontot. Marah aku lebih sedikit sebab bukannya selama ini aku endah tak endahkan perihalnya, malah aku pastikan semuanya teratur, terjamin, terpaksi kemas.

Tiba-tiba hari ini...


Ahhhhhhhh, kenapalah kesabaran dan kegembiraan hari ini harus dicalar dengan sekatan bekalan dadah jiwa ini?

Rimas!

2 comments:

The Man said...

kafein jiwa.
worth every penny, every single second. hehe

azyze said...

dewa the man:
Uhuh. ada, tak boleh tidur. tak ada, lagi teruk.
huhu.