Pages

Can't seem to move on

Friday, September 02, 2011

Angin tepi pantai menderu mengusap wajah.


Aku tak dapat menikmatinya. Minda menerawang ke tempat lain. Terlalu banyak perkara yang berlegar dalam kepala hotak aku yang tak berapa nak pandai ni.





Korang tau,



dua tahun lepas, aku secara spontan mengambil keputusan untuk membeli rumah di Pulau Pinang.
Aku bermasalah jiwa dan kadang kala, bila aku tak mahu fikir masalah aku, aku lari.



Aku tolak tepi isu-isu yang menyentak hati dan aku lari.




Jadi dua tahun lepas, aku mahu lari dari sesuatu. Aku fikirkan, Penang tempat yang sesuai. Asing tapi familiar, masih lagi seperti kota KL yang sesak dan tak begitu peduli dengan kutu macam aku. Aku yakin aku boleh survive sendirian di Penang. Sesat sendiri, cari jalan sendiri. Jatuh bangun sendiri. Susah senang sendiri. Pada masa itu aku rasa penyelesaian kepada masalah jiwa aku ada pada kejauhan.




Tapi seperti biasa, bila aku bagi masa pada diri aku untuk tenang dan berfikir secara rasional, aku batalkan niat aku. Aku ingatkan diri aku yang aku ini sudah besar, yang aku lebih matang dari perasaan aku yang seringkali memerangkap hati aku untuk bertindak di luar batasan.



Akhirnya aku tewas dengan lojik.


Aku sering tewas dengan lojik.



Tapi hari ini,


aku rasa aku mahu lari semula.



Mungkin aku sepatutnya sudah ambil my leave of absence dari dulu lagi.


Mungkin menunggu di sini membuatkan aku semakin jaded tanpa aku sedari.


Aku semakin lama semakin sinikal, semakin sarkastik, semakin tak pandai menjaga hati orang.


Atau sebab aku terlalu menjaga hati orang, aku terlupa menjaga hati aku sendiri.




Semuanya seperti datang menghambat aku.


Ular-ular dalam rerumput lalang yang menanti masa untuk aku muncul, mencari peluang mematuk betis dengan racun sangsi dan cemburu.


Aku nak lari dari segala masalah aku. Aku rasa ini saja caranya.



Bila aku sudah tak ada di sini, aku boleh bermuhasabah.


Aku juga mahu beri ruang untuk hati-hati batu lain mencair. Mula lupa siapa aku dan seterusnya padam aku dari kotak fikiran mereka.




Aku ibarat pelakar pelangi yang sesekali menceria. Hidup ni tak perlukan pelangi sepanjang masa. Aku tak ada pun, bukannya mati. Pasti ada pelakar lain yang sudi singgah mencerah langit mereka.




Sekali lagi aku dapat dengar sayup-sayup, suara rasional dari belakang minda sudah mula memangkah kehendak hati aku.




Jangan bertindak bodoh, katanya.


Face your demons, katanya. Don't run away from things you know might kill you one day.


Tapi aku penat buat benda yang betul, setiap masa.



Aku perlu cari ruang tenang dalam jiwa aku. Ruang kosong yang boleh mematul keluar kesangsian yang terbuku dalam benak aku dan menyerap segala rasa cinta tak terhingga yang masih aku punyai dalam hati agar aku tidak terus-terusan sesat.



Aku tak sangka Aidilfitri kali ini buka semula tingkap yang aku sangka dah aku katup rapat-rapat suatu masa dulu.



Dah tiba masanya aku berambus dari melankoli ini.


Doakan aku sampai destinasi peribadi aku yang ini.


No comments: