Pages

Maksudnya

Wednesday, September 28, 2011

Biar betul
Biar ada
Biar bukan ragu

Biar langsung
Biar lega
Biar katup buku

Biar padat
Biar erat
Biar tak berkias

Biar cepat
Biar tepat
Biar dapat aku tinggalkan segala nafsu

Published with Blogger-droid v1.6.5

Tak pernah belajar tapi redha




Memang macam ini.
Dari zaman sekolah. Zaman remaja aku. Kemudian menjengah ke zaman awal dewasa. Hingga sekarang.
Aku masih sama.

Aku gembira untuk dia, sungguh aku gembira.
Aku rasa aku sudah berbakti. Seperti yang aku kata pada mereka, aku buat semua ini dengan penuh ikhlas. Mungkin satu hari nanti ada orang akan buat benda yang sama pada aku, dengan penuh keihlasan juga.

Memang aku betul-betul gembira.

Tapi rasa yang sama aku rasakan bertahun dulu macam menyinggah kembali.
Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah berubah.
Aku masih macam Anil Kapoor. Masih macam Abby Barnes. Masih menyanyikan sonnet racun jiwa yang sama, sambil membaling kelopak bunga pada kegembiraan orang lain.

Memang harimau tak boleh tukar belangnya.
Sampai bila pun, aku tetap sama.

Dadah

Monday, September 26, 2011

Kalau kita selalu buat sesuatu benda itu, lama-lama tanpa sedar ianya akan jadi rutin. Kebiasaan.

Bila rutin itu terganggu, kita pun terpintas dari landasan.

Hari ini aku terpintas.
Entah kenapa, mahu pula tangan-tangan halimunan menghindar aku dari dadah aku yang satu itu. Payahnya... sudahlah perlu menyampai pesan dan menyebar khabar pada beberapa penerima yang penting.

Baru sehari aku sudah tidak senang duduk. Baru sehari aku sudah panas bontot. Marah aku lebih sedikit sebab bukannya selama ini aku endah tak endahkan perihalnya, malah aku pastikan semuanya teratur, terjamin, terpaksi kemas.

Tiba-tiba hari ini...


Ahhhhhhhh, kenapalah kesabaran dan kegembiraan hari ini harus dicalar dengan sekatan bekalan dadah jiwa ini?

Rimas!

Kerja bercanggah dengan etika?

Pissing the night away

Thursday, September 22, 2011

Restless nights.
It has been so for the past few months.

At first, I blamed it on the change of environment.
After that, my moonlighting activities.
Then it was my matters of the heart.
Then it was stress of handling multiple events.

I'm running out of excuses.

Could it be insomnia?
Published with Blogger-droid v1.6.5

Fakta-fakta penuaan yang tidak boleh disangkal

Wednesday, September 21, 2011

1. Tadi aku turun dari tingkat 8 ke tingkat 6 guna tangga. Sungguh tidak disangka, terkepit-kepit menuruni tangga saat berpakaian baju kurung dengan kasut tumit 4 inci kini memberikan hazab bersensasi keriuk-keriuk pada lutut.


2. Main galah panjang dah serupa macam main semput panjang. Baru lepas 2 rumah dah rasa nak mengamuk. Bila nak menang ni wwoooiiiiiiiiii. Tu belum lagi main caples. Kadar kepantasan diri, beserta saiz tubuh yang cukup auummmm, ceh, memang confirm blom sempat apape dah kena caples dah.


3. Bukan orang suka bermasam muka saja yang akan cepat berkedut. I now have laugh wrinkles. Paling tak tahan, a friend of mine mentioned the other day "Weh, cuba buat muka marah."

So I did. Pastu dia suruh pulak buat muka sedih. Pastu muka gembira dan kagum. By the 5th expression aku dah nak seligi dah kepala dia tapi dia pantas kata "Expression lines ko is from muka terkejut lah!"

She was right. I tried it in front of my mirror and yes, I now have surprised lines. Nampak sangat banyak momen drama mami tanjung dalam hidup aku hahahaha


4. Pegi mana-mana, semua orang panggil kakak. Tempohari, baru nak senyum kat brother barista kat sebuah kedai kopi, dah dia kata "Have a good day, kak!" Thanks, dik.


5. Aku boleh menghabiskan 20 minit geledah rumah cari spek mata yang aku lupa letak mana, padahal 20 minit sebelumnya tu aku cuma bukak dan letak di atas meja sebelah katil. 20 minit tunggang terbalik satu bilik aku kerjakan, dan bila ternampak spek kat mana, dah penat sangat nak clear balik all the mess yang aku bongkarkan hehe.


6. Bila aku rancak borak pasal pemuzik kegemaran, budak-budak baru grad kat sini tak faham. Semua buat mulut lopong muka konfius bila aku cakap Aerosmith, Beatles, Ella Fitzgerald, even Mr. Big.

"Ooooo Beatles tu bapak saya dengar la, kak Elle," lantas menukar topik ke cerita Rihanna bercinta dengan siapa sekarang ni.

Haish. Aku sendiri kompius, aku ni 29 ke 59? Hahahahaha!

Free The Mack Daddy








And the modern graces of my artificial heart
Pumps mercury in and out of its aorta

Cursing through my glass veins
A little bit closer to the skin, everytime
Beating
Fleeting
Itching to burst free




- 5.15am


Taman Melawati

Corpses

Monday, September 19, 2011

We were silent throughout the ride. He kept pretty much to himself while driving, and I, I couldn't be bothered to start a conversation. My mind was far away, still thinking about what lies ahead.

A diner sign flashed from afar, tiny dots in the black night. My stomach grumbled.

"So," he said, breaking the silence.

"Hmmm?"

"How come you're flagging cars? You don't look like someone who can't afford a bus ticket," he said, never once taking his eyes of the road.

It was a joke, yet I still looked down at my ensemble. My pink polka dot chiffon top was wrinkled and torn, my grey jeans streaked with dirt. My once 4-inch black heels have been transformed into awkward flats much to my dismay, and my backpack, well, the backpack, although out of place with my girly clothes was the only sane looking thing on me. I peeked at the side mirror and as I guessed, my hair was mussed beyond help. In short, I looked like a lunatic.

But I guessed in that condition a looney was a warm welcome from the swarm of damned around us.

"I'm running low on gas and you sound like you could use a bite too," he said as if it was an off hand comment, face as plain as ever. Yet I detected a change in the air.

The sombre mood that was there before vanished and the air in the car seemed thick with anticipation. He must be a seasoned pro, I deduced. Only a pro could look so laid back yet cracle the ambiance with a zest. In a weird way, it was effecting me too.

I started to feel the rush of adrenaline coursing through my veins and did a double take when I saw my reflection on the window. I was grinning like a maniac, pumped and ready to go.

"Got everything you need? I have some stuff in my duffel if you need backup," he pointed his thumb to the back seat.

I took out my sawed off Remington 870 shotgun and a Baretta that I strapped on my ankle. Turning my back to him, I tugged my top up my back to reveal a straight blade machete tied to my body. "Locked, loaded and ready."

He laughed softly."And here I thought you had a rod up your ass, sitting stiffly like that."

We exchanged knowing smiles and laughed in abandon.

The smell of putrid flesh and black blood permeated the car as we got closer to the diner station. Left and right, the undead dragged their feet, flashing their empty eyes and bloody crevices as they started towards us.

He took a dynamite, lit it up and tossed it casually out his window. As a huge blast tore through the silent night, he looked at me with a grin as wide as mine and said

"Well if it ain't the death of the black parade. This is going to be super fun!"

He was right.

Zombie killing never felt this exhilarating.




Published with Blogger-droid v1.6.5

I can't change my mould

Thursday, September 15, 2011

Suatu masa di separuh kedua 90an, lagu ini jadi tema hidup seorang budak remaja yang semak, poyo dan halimunan.

Hari ini, lagu ini sekali lagi menjadi tema seorang budak yang semak, poyo dan halimunan. Cuma dia dah tak remaja aje hehehehe.



Bittersweet Symphony - The Verve

'Cause it's a bittersweet symphony, this life
Trying to make ends meet, you're a slave to the money then you die
I'll take you down the only road I've ever been down
You know the one that takes you to the places where all the veins meet, yeah

No change, I can't change, I can't change, I can't change,
but I'm here in my mold , I am here in my mold
But I'm a million different people from one day to the next
I can't change my mold, no, no, no, no, no

Well, I've never prayed, But tonight I'm on my knees, yeah
I need to hear some sounds that recognize the pain in me, yeah
I let the melody shine, let it cleanse my mind , I feel free now
But the airwaves are clean and there's nobody singing to me now

No change, I can't change, I can't change, I can't change
But I'm here in my mold , I am here with my mold
And I'm a million different people from one day to the next
I can't change my mold, no, no, no, no, no

(Well have you ever been down?) (I can't change, I can't change...)(Ooooohhhhh...)

'Cause it's a bittersweet symphony this life
Trying to make ends meet, trying to find some money then you die

I'll take you down the only road
I've ever been down
You know the one that takes you to the places where all the veins meet, yeah

You know I can't change, I can't change, I can't change,

but I'm here in my mold, I am here in my mold
And I'm a million different people from one day to the next
I can't change my mold, no,no,no,no,no

(It justs sex and violence melody and silence)
(It justs sex and violence melody and silence)
(I'll take you down the only road I've ever been down)
(It justs sex and violence melody and silence)
(I'll take you down the only road I've ever been down)
(Have you ever been down?)(Have you ever been down?)(Have you ever been down?)

Gedik sekali sekala

Wednesday, September 14, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.5

Thick glasses' anthem

Sunday, September 11, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.5

Tolonglah!

Friday, September 09, 2011

One message, in the middle of the night.
One single line.

"I miss you, sayang."

Well b, pegi mampos.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Feminon, yang arif

Thursday, September 08, 2011

Dabi memandang saya seolah saya sudah di luar akal.

“Kau takkan serius nak pakai macamni dengan aku?” tanya dia, kening terjungkit sebelah.

Saya lihat pakaian saya. “Kenapa tak boleh?”

“Cuba kau tengok perbezaan baju aku dengan baju kau. Kau nak pergi event aku, kau kena pakai macam aku lah. Ni kekwat pulak nak pakai lain dari yang lain.”

Saya lihat ensamble nya. Saya lihat pula blaus satin ungu berbahu ropol dan seluar jeans kelabu boot cut saya, serta kasut tumit tinggi hitam berpotongan ala Balenciaga saya. “I thought you said wear something feminine.”

Matanya menerjah siling. Muka bosan. “Ye aku kata feminin, tapi bukan feminin macam ni. Feminin macam aku ni ha!”

Dabi berdiri mencekak pinggang. Overall skirt berwarna kuning terang membalut tubuh bagaknya. Bulu dada sedikit menjuih keluar dari hujung singlet yang dipadankan bersama. Kasut doc martens dan rambut pendeknya disikat dan digelkan melekap ke kepala. Di telinga ada subang butang berwarna emas, dan di leher tergantung rantai berloket logo peace. Macam pondan tak cukup duit nak buat sex change sangat.

“Oh. Maksud kau Kumpulan Feminin ke…”

Misi menyambut raya

Terlupa mahu kata,

Misi peribadi Aidilfitri tahun ini bukannya untuk tidak makan agar tidak kembali berdonat dasyat.

Misi peribadi Aidilfitri tahun ini adalah sesi pembelajaran dan menfamiliarisasikan diri dengan Therion, Godflesh dan Pelican.

Oh kepala hotak, jangan jadi gila lagi. Hihi.

Sekian.

Misi menyelamat jiwa

Minggu ini aku kelam kabut.

Jam biologi masih lagi buat gila.
Aku rasa aku perlu berhenti melayan jimba minda aku dan paksa bebola mata aku untuk tidur.
Kalau tak mahu tidur jugak, kena buat sesuatu pronto. Makin lama makin teruk ni. Insomnia kah?

Kerja wise,
Ada 4 artikel untuk suratkhabar yang perlu ditulis.
4 okeh. Semuanya mahu hari ini.
Ada satu itinerary CEO aku ke London yang perlu aku selesaikan. Dari book tiket penerbangan ke mendapatkan slot meeting dia dengan embassy dan syarikat-syarikat hartanah dan perlaburan di Central London ke bershopping sampailah ke jalan-jalan jimba. Takde contact person, takde apa-apa aide. Aku cuma ada Google dan gerak hati.
Ini mahu esok.
Ada event esok. Ada event lagi minggu depan. Ada finale rancangan CSR aku minggu seterusnya.
Semua aku terlibat dan semua aku kena pulun.
Update mahu sekejap lagi.
Ada collabo dengan UM untuk set up trading room dan kerja-kerja CSR lain.
Ini mahu finalize Isnin depan.


Semua di atas, satu bende pun aku tak buat lagi.

Tahniah Elle, korek kubur sendiri nampaknya.

La Takhaaf

Wednesday, September 07, 2011

Habis sudah segala yang ku inginkan
Kini sudah tidak ada apa-apa

Datang bagai ribut merentap akar umbi yang penat kuselirat ke tanah jiwa
Dan kau larikan kotak minda ku melayang
Berpusing-pusing
Berkocak selerak
Dalam tebal sampah yang kau sapu bersama
Aku terkontang

Tapi aku suka!
Sudah lama debar tak berlari sekencang ini
Bolak balik kau perlakukan, aku rasa seperti… ah

Bila aku sangka ku sudah mendekati terasmu
Terlewat baru ku sedar
Mata ributmu kosong
Dan anginmu hilang
Menghempas aku ke tanah
Berterabur aku dalam lopak
Kau berlalu, hilang sudah suaramu
Sepi, statik, tenang
Seperti tidak penah pun kau datang

Aku bangun berdiri dalam lopak
Masa mengutip satu-persatu kecai permata
Tapi tak mengapa
Kerana datangnya kamu membuka mata aku
Aku tak mati selama ini
Masih ada sisa nafas yang terkubur menanti saat berenang semula ke permukaan
Aku kini yakin
Remuk ini pasti aku dapat licinkan semula

Terima kasih, sayang
Pada kamu aku layangkan senyuman terlebar hari ini
waving my peace sign, with my index finger down

Aku terima nikahnya

Ada kawan post benda ni di FB. Rasa macam menarik nak kongsi:


"Aku terima nikahnya Si Dia binti Ayah Si Dia dengan mas kahwin RMxx.xx"



Bunyi macam senang? Huh, ni maksud sebenarnya:


"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu-bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hinggalah ke tinggal solat. aku tanggung dan bukan lagi mak bapak dia tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal-bakal anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas hingga pecah badanku."



Fuh.
Nak kahwin bukan senang beb.
Seram.

mahu cecah 1000 sebelum aku 30!




Kaki Raya Saya 2

Monday, September 05, 2011

Published with Blogger-droid v1.6.5

kaki raya saya

Published with Blogger-droid v1.6.5

Can't seem to move on

Friday, September 02, 2011

Angin tepi pantai menderu mengusap wajah.


Aku tak dapat menikmatinya. Minda menerawang ke tempat lain. Terlalu banyak perkara yang berlegar dalam kepala hotak aku yang tak berapa nak pandai ni.





Korang tau,



dua tahun lepas, aku secara spontan mengambil keputusan untuk membeli rumah di Pulau Pinang.
Aku bermasalah jiwa dan kadang kala, bila aku tak mahu fikir masalah aku, aku lari.



Aku tolak tepi isu-isu yang menyentak hati dan aku lari.




Jadi dua tahun lepas, aku mahu lari dari sesuatu. Aku fikirkan, Penang tempat yang sesuai. Asing tapi familiar, masih lagi seperti kota KL yang sesak dan tak begitu peduli dengan kutu macam aku. Aku yakin aku boleh survive sendirian di Penang. Sesat sendiri, cari jalan sendiri. Jatuh bangun sendiri. Susah senang sendiri. Pada masa itu aku rasa penyelesaian kepada masalah jiwa aku ada pada kejauhan.




Tapi seperti biasa, bila aku bagi masa pada diri aku untuk tenang dan berfikir secara rasional, aku batalkan niat aku. Aku ingatkan diri aku yang aku ini sudah besar, yang aku lebih matang dari perasaan aku yang seringkali memerangkap hati aku untuk bertindak di luar batasan.



Akhirnya aku tewas dengan lojik.


Aku sering tewas dengan lojik.



Tapi hari ini,


aku rasa aku mahu lari semula.



Mungkin aku sepatutnya sudah ambil my leave of absence dari dulu lagi.


Mungkin menunggu di sini membuatkan aku semakin jaded tanpa aku sedari.


Aku semakin lama semakin sinikal, semakin sarkastik, semakin tak pandai menjaga hati orang.


Atau sebab aku terlalu menjaga hati orang, aku terlupa menjaga hati aku sendiri.




Semuanya seperti datang menghambat aku.


Ular-ular dalam rerumput lalang yang menanti masa untuk aku muncul, mencari peluang mematuk betis dengan racun sangsi dan cemburu.


Aku nak lari dari segala masalah aku. Aku rasa ini saja caranya.



Bila aku sudah tak ada di sini, aku boleh bermuhasabah.


Aku juga mahu beri ruang untuk hati-hati batu lain mencair. Mula lupa siapa aku dan seterusnya padam aku dari kotak fikiran mereka.




Aku ibarat pelakar pelangi yang sesekali menceria. Hidup ni tak perlukan pelangi sepanjang masa. Aku tak ada pun, bukannya mati. Pasti ada pelakar lain yang sudi singgah mencerah langit mereka.




Sekali lagi aku dapat dengar sayup-sayup, suara rasional dari belakang minda sudah mula memangkah kehendak hati aku.




Jangan bertindak bodoh, katanya.


Face your demons, katanya. Don't run away from things you know might kill you one day.


Tapi aku penat buat benda yang betul, setiap masa.



Aku perlu cari ruang tenang dalam jiwa aku. Ruang kosong yang boleh mematul keluar kesangsian yang terbuku dalam benak aku dan menyerap segala rasa cinta tak terhingga yang masih aku punyai dalam hati agar aku tidak terus-terusan sesat.



Aku tak sangka Aidilfitri kali ini buka semula tingkap yang aku sangka dah aku katup rapat-rapat suatu masa dulu.



Dah tiba masanya aku berambus dari melankoli ini.


Doakan aku sampai destinasi peribadi aku yang ini.