Pages

Terima kasih pakcik teksi!

Tuesday, August 09, 2011




Cara menahan cab. Kau hado?







Hampir setiap hari aku mesti naik cab.
Takde la mahal mana pun, ade la dalam RM4.50 pagi-pagi, dari train ke office sebab pagi-pagi aku tak sanggup nak jalan kaki 30 minit dari KLCC pegi ofis. Basah peluh lah aku nanti, kan. Kengkadang balik dari LRT ke rumah aku naik cab gak. Mahal sikit, RM6.80 per trip. Saje je, nak perabih duit. Aku kan kaya. Wuissshhh kayaaaaaaaa.... budi bahasa hahaaha.



Tapi tu tengok la, ikut mood aku. Kengkadang bila aku rasa macam terlebih semangat rakyat kebanyakan 1 Malaysia, aku blasah je naik bas bergayut-gayut. Kalau naik bas, harus lah bas berhentikan aku kat jalan besar, jadi aku kena la jalan kaki masuk ke dalam kawasan perumahan aku.



Kalau time siang memang aku tak kesah, tapi kalau dah malam sangat memang aku cuak gak. Walaupun aku ni ada rupa perempuan kental dengan spek mata nerd berserta sneakers (pakai to and fro office, kat opis aku dah standby heels heheh), tapi dalam hati memang berdebar pasal short cut nak balik umah aku dari bus stop tu kena lalu belakang rumah orang la, celah dapur orang la... Pastu naik jambatan kat sungai kecik la, jalan lecak takde lampu la... haaaaaa bunyi sungguh kekampungan kan, takde macam KL langsung kan? (Hahahahah itulah kehebatan kawasan perumahan aku, kau hado sungai kat tengah-tengah area kau?)



Anyway,
disebabkan aku kurang yakin dengan habitat di sekeliling kawasan sungai kecik tu, maka aku memang lebih konfiden untuk naik teksi je bila balik. Dan kalau dah kerap naik teksi, macam-macam jenis driver lah yang aku jumpa.




Ada yang pakai smart macam nak pergi kerja pejabat, dengan lisu baju tajam, seluar slack hitam, bau semerbak sampai aku pun confuse samada aku yang kerja office atau aku yang pemandu. Ada yang muka bangun tidur, dengan baju tak berbutang dan singlet macam 4 hari tak basuh.




Ada yang bila kita naik, dia diam dari awal sampai habis. Ada yang rajin berborak, sampai kadang-kadang aku rasa bersalah bila telinga aku bersumbat earphone. Ada pulak tu, macam dengki gila tengok aku pakai earphone, saje je dia kuatkan lagi volume radio dia. Stres tu stres (ganggu aku layan playlist start the day / end the day aku) tapi aku anggap je la dia nak share kegembiraan bergelak ketawa pagi-pagi dengan Kak Engku, Krill dan SY. Layankan aje la.





Kadang-kadang, kalau bertuah, aku akan dapat pemandu teksi yang best. Peramah tapi tak terlalu chatty, bila berborak pun tentang benda-benda umum dan memandu pun tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Selalunya aku akan bagi lebih kat pemandu-pemandu macam ni pasal aku rasa diorang bagi servis yang lebih dari pemandu teksi average lain. Keep the change lah kiranya.





Kengkadang diorang selalu tak nak ambik 20 sen atau 10 sen (contohnya charge RM4.10) tapi aku selalu insist. Maka akan terjadilah perdebatan kecil, “takpe bang, ambik je” “takpe dik tak payah” sampailah aku paksa jugak. Aku tau diorang tak nak berkira tapi diorang pun cari rezeki jugak, sama je macam aku. Seposen kalau 10 kali, dah seringgit kan.





Alkisahnya,dua hari lepas aku naik teksi di stesen Wangsa Maju untuk balik ke rumah. Lebih kurang pukul 7 malam kot masa tu.



Habit aku bila naik teksi adalah terus tengok kad biru pemandu untuk mengenalpasti a) bangsa / agama (supaya senang aku tau nak guna bahasa Melayu / English ngan nak wish apa bila keluar cab) dan b) Nombor IC supaya aku tahu berapa umur dia (nak panggil pakcik? Abang?)




So pemandu cab tersebut adalah seorang pakcik Melayu yang tua sikit dari bapak aku. Muka periang dan sungguh kebapaan. Bila aku mula-mula naik, dia dah senyum. Aku dah agak perjalanan kitorang mesi relaks sebab dia nampak tenang.



Tak ku duga, perbualan kitorang sungguh…..hadoyai.


Pakcik: Kamu ni selalu ke balik lambat?

Aku: Eh, ni kira awal la ni pakcik. Dulu pukul 9 baru keluar office.
Pakcik: La, lambatnya. Muda-muda ni jangan jadi kebiasaan balik lambat-lambat. Nanti dah 30 nanti kamu menyesal. Baru perasan kamu takde kehidupan bermasyarakat.




Pada waktu ni aku terdiam. Mula-mula nak bagitau dia yang aku setahun lagi je dah nak naik 30. Tapi lepas tu aku terfikir, weh, pathetic jugak kan, memang pun sejak start keje aku bukannya ada social life sangat pun. Asyik keje je. Apa pakcik tu kata betul lah.




Pakcik: Kamu dah kahwin ke belum, ni?





Hallamak, pakcik ni cerita jodoh lah pulak…..





Aku: Err, belum.
Pakcik: Umur kamu? 25?
Aku: Wuish hahahaha, saya dah 29 dah, pakcik.
Pakcik: Tak kahwin-kahwin lagi? Kamu ni, jangan lah memilih sangat. Nak cari lelaki yang sempurna memang susah sekarang ni. Kita terima seadanya je.





Eh? Ape cer plak pakcik ni? Hahahah


Aku: Ehhhh pakcik, saya ni lah orang paling sempoi sekali pakcik. Saya manade memilih-memilih ni. Janji dia sekepala, pasut boleh pimpin saya ke jalan kebenaran, tu dah kira orait dah tu. Saya je yang tak best, jadi lelaki yang tak pilih saya (gelak over sikit dari biasa)



Pakcik:Eleh, pakcik nengok kamu ni, dengan pakai kot, dengan kemas-kemas kamu ni, mesti kerje bagus. Boipren kamu tu lembap benar. Takpe, dia yang rugi. Kamu cari je la boipren baru.





Masa ni aku macam nak kata je yang a) aku takde pun boyfriend sekarang ni, dan b) kalau lah lelaki sekepala yang boleh layan merepek aku tapi at the same time matang enough to guide me tu boleh pakai main petik-petik je tepi jalan, dah lama kot aku kahwin haha.

Aku: Hmmm tengok lah pakcik.

Kami dua-dua diam. Aku buat-buat tengok phone. Macam tak tau nak cakap apa. Korang tau je la, topic bercinta ni sensitive sikit. Mak bapak aku pun baru-baru ni sibuk soal siasat aku. Padahal diorang tak tau aku ni dok menyembuh luka di dada hahaha.



Tiba-tiba

Pakcik: Ha, anak pakcik ade! Kamu nak? 32 tahun,keje engineer kat Petronas. Tapi dia dekat Terengganu la sekarang. Kamu nak meh pakcik kenalkan! Hensem boleh tahan tapi dia tu suka main muzik. Kengkadang lebih main muzik dalam bilik dari bergaul. Kamu nak? Pakcik orait je. Pakcik sporting! (senyum lebar)

Herkkk, pakcik teksi pun sama nak menjodohkan aku jugak?!
*Matila pitam*

p/s: tak, aku tak ambik pun contact number anak pakcik tu. Sebab aku skema hahahahahah. Sekian.

11 comments:

mizzyN said...

Hahahaha, main muzik dan engineer. Gilos gabungan tu. Ala kalo ada jodoh adela jumpa kot. Kalo xde jodoh, paksa comolot pun x jadinye. Hati ada suka jalan da, hati benci maka sampai mati xkan jadi.

Aku percaya kalau petik2 tepi jalan mesti semua org kawin 6 bln je max, baik memilih. Islam pun suruh memilih ikut keturunan, agama dan adab. Duhhh, pakcik ni petik bini dia kat mana?

Psl teksi, teksi kl is always better than jb. Sini meter 4.80 terus jadi 5. Senang hati je bundarkan. Rasa nak pelempang. Aku prnah naik teksi brader cina ni, dia punyala tensen jalan jem smpi masa aku bayo dgn syiling byk2 dia kata x nak kira. Satu masa naik dgn brader yg baru mula bawak teksi siap bagi diskon sbb dia kata dia salah ikut jln jem, padahal jln tu selalu je berpotensi jem.

roxychick said...
This comment has been removed by the author.
roxychick said...

muahahaha.. main muzik. tu dah satu kriteria tu. tapi tiba-tiba main muzik dangdut. alamat, amelina & iwan laaa.. muahahahaha...

eh, 32, kerja engineer kat petronas? bagi kat aku la weh.. muahahahahahaha untuk kesekian kalinyaa... :P

pakcik cab tu kenan kat ko la kot tu... memang sporting! kelassss kau jahhhh...

azyze said...

Mizzy:
Aku setuju. Better saring sebelum menyesal haha

Roxy:
Sukati je pakcik tu. Ntah2 anak dia dah ada gf ke hahaha. Masa tu i hampir tersedak air liur sendiri. Sib baik bulan puasa so I anggap dia nak binajan masjid di bulan berkat je la hahaha

dex said...

adoiya. tergelak sorg aku bace post ko ni. agree with mizzyn gak better memilih

azyze said...

mar:
ko layan gak ek novel melayu? mardiana alisya lah hehehe

dex said...

masa uitm dulu layan jek. hahaha. goli den itu nama.

school of thoughts said...

suke baca entry ni elle. adoyai. pakcik teksi best ni, kalau jadi, aku nak je jadi emcee ko. leh aku bikin kronologi. heheheh...

azyze said...

Aida:
haha ngok ko. Siap nak jadi emcee haha! Nanti la, ada rezeki, ada la...

My name starts with M said...

OMG PAKCIK, NAK!!!!!!!!!! hahhahaha

azyze said...

mas:
aku terlupa pasal ko, omg! kalau tak tetiap hari bole dating. lupa lah babe!