Pages

Rebiu : 21 oleh Adele

Friday, August 05, 2011

Adele 2011




Adele adalah enigma yang cukup mengkagumkan. Pada usia semuda 19, dia sudah mampu memberi impak yang mendalam pada setiap yang mendengar album sulungnya. 19 merupakan taruhan yang cukup berani dan ternyata, permainan jiwa Adele menerusi genre ala Motownnya membuahkan hasil.




Album sulung Adele, 19 (2009)


Pada masa pengikut muzik mula teruja dengan keranggian 60-an Amy Winehouse (r.i.p Amy!), hadir Adele mengukuhkan lagi genre yang suatu masa dahulu dikenali sebagai 'muzik orang hitam'. Semangat kedua wanita British ini bagai melakar jalan yang luas untuk soul, swing dan blues kembali mencuri perhatian pendengar, terutamanya bagi generasi Y -- mereka ini mungkin tak pernah kenal The Platters, Supremes, Clapton, Wonder dan ratu-raja Motown tapi adanya penyanyi muda seangkatan mereka yang membolos tembok pop-dance di UK (dan serata dunia), muzik genius ini kini dikongsi merentas sempadan usia dan geografi.











19 membawa nadi soul dan Motown dengan sisipan elemen beats yang segar. Adele pandai bermain dengan perasaan pendengar melalui luahan lirik yang mudah namun tepat ke sasaran serta melodi yang berhantu. Sukar menerima bahawa karya cemerlang adalah nukilan seorang gadis yang belum pun menjejak dewasa, tapi itulah keistimewaan Adele.

Mengapa Adele ada kuasa magis terhadap kita? Apa yang best sangat tentang Adele yang membuatkan kita terpukau?

Sebetulnya, Adele menulis mengikut pengalaman peribadi. 19 adalah cerita cinta remajanya yang kecundang. Ingat Chasing Pavements? Jiwa remaja yang kacau dan tak ketentuan. Mencari hala tuju di persimpangan. Sebab itu 19 jadi sukses yang hebat. Dan di dalam album barunya, formula sama terus digunapakai.





" Saya mungkin berbunyi old-soul, tapi saya cuma budak 22 tahun yang cheeky, periang dan sarkastik!" - Adele




Walaupun 19 dan 21 membawa tema yang sama, namun melalui 21 Adele menjadi semakin raw, semakin mencengkam, semakin melankoli namun tetap telus dengan kejujuran tanpa batasan.


Jika anda seperti saya, mudah mengkompartmen memori dengan muzik, maka album 21 adalah album terbaik untuk anda capai saat anda disinggahi kekecewaan bercinta kerana sejarah album ini mungkin tidak lari jauh dari kisah sedih anda.





Sejak 2009, Adele memenuhkan 2 tahun dengan mempromosi album beliau. Luka yang diceritakan dalam 19 pulih dan seperti hati fragile wanita lain, dia kembali dipujuk cinta, kali ini dengan seorang lelaki yang lebih tua darinya (sehingga kini tak siapa tahu identiti lelaki misteri ini). Cinta baru merubah dirinya dari gadis menjadi wanita, namun ah, sudah dijangka, ia kecundang lagi.

2 tahun beremuk rendam dalam kekecewaan, Adele bangkit dengan merakam segala butir perit kisah cinta tak kesampaiannya dalam 21.



Album ini seperti menaiki rolerkoster putus cinta - bermula dengan kemarahan yang lantang, berubah ke kecewa, langsung melempias ke sifat terdesak "aku boleh berubah untuk kau, percayalah!" dan akhirnya tiba di garisan penamat bila mana dengan luluh dan penuh defeat, kita redha dengan perpisahan yang ditakdirkan dan hanya mampu mendoakan kebahagiaan si dia.






Rebiu tracks:


Pembukaan album 21 adalah lagu panas hati, Rolling In The Deep. Ditulis sebaik sahaja selesai bergaduh dengan bekas kekasihnya (dan mereka broke-up pada masa itu), Adele lari ke studio dan terus merakam amarahnya. Rolling In The Deep yang anda dengar itu adalah versi demo yang terus dijadikan album cut kerana mengikut produser, tak ada take lain yang sebaik demo saat Adele betul-betul mengamuk. Track dengan beat pantas dan mood blues gospel ini diiringi piano dan gitar yang mencermin api yang membuak dalam hatinya.



Trek 2, Rumor Has It menyambung amarah dengan merujuk kepada gosip kawan-kawan mengenai perpisahannya. Unsur swing-jazz neo-moden sungguh ketara dalam lagu yang dicipta bersama Ryan Tedder ini (Tedder penyanyi dalam lagu Rocketeer tu). Sekali dengar macam lagu konfiden dengan ke-best-an diri sendiri, dua kali dengar baru anda jumpa sinikalnya.


Trek 3, Turning Tables mula mencorak fasa kecewa dan pergaduhan tiada henti. Piano melankoli membuat trek ini berhantu, dan liriknya juga cukup 'merungsingkan'. Saya suka lirik


Next time I'll be braver / I'll be my own saviour / When the thunder calls to me
Next time I'll be braver / I'll be my own saviour / Standing on my own two feet


Memang tepat untuk kita yang pernah kecewa dan berjanji untuk tidak sekali-kali menyerahkan hati kepada lelaki/ perempuan lain untuk direnyukkan sekali lagi.






Trek ke empat, Don't You Remember bernada ala folk-country. Ini mungkin pengaruh muzik Americana yang banyak didengari Adele ketika beliau menetap di US untuk sesi jelajahnya. Lagu ini cukup berat di jiwa. Adele mengakui kekurangan dirinya dan minta agar si dia ingat saat-saat gembira bersama. Siapa yang tak pernah buat refleksi sebegini?




Terjemahan emosi terbaik adalah bila Adele beraksi di pentas



Set Fire To The Rain antara yang paling puitis liriknya. Antara kegemaran saya (selain Dont You Remember dan Someone Like You), lagu berentak separa rancak ini mula menunjukkan kerapuhan hati yang cuba dirasionalkan dan perasaan benci-sayang yang sungguh kuat. Apa yang kita buat dengan memori sebegini? Memetik kata2 glemer Usop Wilcha, "Kite bakor je!"






Adele mula memujuk dengan He Won't Go, I'll Be Waiting dan Take It All. Memujuk hati, atau memujuk si dia, itu subjektif. Saya sinonimkan lagu-lagu ini dengan And I Am Telling You (I'm Not Going) dari filem Dreamgirls. Denial pun ada, bersungguh pun ada, tapi yang pastinya kecewa.





Satu-satunya lagu yang tidak ditulis berkenaan percintaan beliau adalah One & Only yang ditulis khas untuk rakan karibnya. Tapi serious, lagu ini pun sama pecah hatinya kalau anda memang tengah frust. Piano, riff simple dan suara Adele yang cukup 'sakit' ... layan beb.





Lovesong pula satu-satunya lagu cover dalam album ini. Asalnya lagu dari otai punk-rock British, The Cure, lagu ini diberi nafas baru dengan rentak yang lebih raw. Lirik The Cure yang berdarah, dikombinasikan dengan terjemahan nyanyian yang weeping dari Adele, aduh.... pandai Adele memilih lagu, dengar ini dan saya yakin The Cure bangga dengan si molek ini. Memang menangis, memang kental...dengan jiwa tersendiri.



Album ini ditutup dengan Someone Like You. Trek yang cukup berbeza dengan pembuka album ini, SLY mencermin keredhaan dengan takdir dan suratan. Tiba satu saat dalam kita, benci dan kecewa mula melusuh dan yang tinggal hanya acceptance.



Adele menyanyikan Someone Like You di rumahnya. Sungguh meremangkan bulu roma!


Saya suka keikhlasan trek ini, dari petikan piano (sahaja, tak ada instrumen lain) hinggalah persembahan jiwa Adele, semuanya bercantum menjadi encore yang cukup bertepatan. Masanya untuk let go, untuk move on. Seperti yang saya selalu katakan, aku mudah memaafkan tapi jauh sekali untuk melupakan. Cinta itu masih ada di dalam sanubari tapi aku redha dengan pemergian kau. Ingat lah kenangan manis kita sekali-sekala dan semoga kau bahagia.





Lebih kurang macam itu lah.







Anthem cinta kecundang yang dibawakan Adele ini memang berat, tapi tak bermakna album tak sesuai untuk anda yang tengah sakan bercinta. If you can't appreciate the heartbreaking lyrics, anda pasti terpukau dengan melodic transtitionsnya yang konsisten dan susun atur album yang mantap (Rick Rubin yang produce album ini, jadi harus lah best kan?)

Esok kecewa, dah tau album apa nak cari, kan?

Saya nantikan album seterusnya dari goddess ini. Sementara itu (mungkin kena tunggu lagi 2 tahun kot!), biarlah saya layan perasaan dengan 21.

Aiight.

6 comments:

roxychick said...

aku suka semua lagu-lagu dalam 21 ni. macam aku cakap hari tu la, melancholy. and sexy... hahaha!

anyway, aku memang setuju sangat album untuk mereka yang sedang remuk. tapi kalau aku tengah remuk, mau tak boleh bangun. duduk tersidai dekat katil sambil sumbat telinga dengar album ni, babe! seriously! aku akan menjadi terlalu depressed!

arggghhh! i love you lah adele!
and you too babe! *hugs*

azyze said...

Roxy:
Gua dah buat dah semua tu babe haha. Skang ni mood gua macam 'Aaaahhhh mampus kau la, aku nak happy2 je'.
And yes adele mmg Hoyeah!

My name starts with M said...

aku suka adele 19. zaman2 hati batu coz they melt my heart to stone haha.

bila baca review kau ni.. terus nak cari adele 21 plak. haha. thanks Ely! :D

azyze said...

Mas:
no problem babe. Enjoy! :)

My name starts with M said...

babe! aku sgt addicted to Someone Like You! aku suka gile part 'i beg'!

sanggup aku cari balik entry kau ni psl nak bitau hahaha

sometimes it lasts in love, sometimes it hurts instead eh?

azyze said...

Yes, cepat ke sasaran kan, M?